Tidur malam selama tujuh jam dan banyak membaca.
Nampaknya itulah formula ajaib untuk membuat mental
selalu cergas ketika usia tua. Selepas menganalisis gaya hidup 245 orang
warga emas berusia 65 tahun dan ke atas, penyelidik daripada Universiti
Cerdenal Herrera, Valencia, Sepanyol mendapati mereka yang tidur
terlalu banyak atau terlalu sedikit dan menjauhkan diri daripada
aktiviti yang merangsang otak seperti membaca mempunyai risiko
peningkatan kemerosotan kognitif yang lebih tinggi.
Mengikut kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Revista de Investigacion Clinica,
warga emas yang tidur lebih daripada lapan jam atau kurang daripada
enam, adalah 2.6 kali ganda berkemungkinan akan mengalami isu kogninif
berbanding mereka yang mendapat enam hingga lapan jam tidur satu malam.
Begitu juga dengan ketiadaan aktiviti yang merangsang
minda seperti membaca menyumbang kepada penurunan kognitif. Mereka yang
tidak membaca mempunyai risiko sebanyak 3.7 kali ganda, mereka yang
membaca sekali sekala mempunyai risiko sebanyak 2.5 kali ganda.
Cara lain untuk membuat warga emas mengekalkan
ketajaman mental mereka adalah bersenam secara kerap, makan makanan
seimbang, yang turut mengandungi makanan perangsang minda yang kaya
dengan omega-3s dan antioksidan.
No comments:
Post a Comment