Saya nak kongsi tips yang saya dapat daripada seorang
kenalan, untuk dijadikan panduan bagi kita yang pernah atau sering
terjaga daripada tidur untuk ke bilik air.
Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3 kali
1/2 minit. Kenapa 3 kali 1/2 minit ni penting? Amalan ini sangat mudah
namun boleh mengurangkan angka kematian secara mengejut. Anda mungkin
pernah mendengar cerita ada individu yang nampak sihat di siang hari
tetapi meninggal dunia keesokan pagi.
“Petang semalam saya bersembang dengan dia, dia nampak ceria, sihat dan cergas. Dia dah meninggal? Apa penyakit dia?”
Penyebabnya, ketika bangun malam untuk ke bilik air, ramai yang
melakukan dengan terlalu cepat. Iaitu bangkit dari katil dan terus ke
bilik air. Jika terus bangun, otak kita masih kekurangan aliran darah.
Pattern ECG (Electro Cardiogram) seseorang individu normal pada siang
hari manakala di waktu malam ketika bangun untuk buang air contohnya,
pattern ECG boleh berubah. Bangun secara tiba-tiba menyebabkan otak akan
menjadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung disebabkan kekurangan
darah.
Nasihat pakar adalah mengamalkan 3 kali 1/2 minit, iaitu:
- Bila bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil, berbaringlah dahulu selama 1/2 minit.
- Kemudian duduk atas katil untuk tempoh 1/2 minit.
- Selepas tu, turunkan kaki ke lantai, duduk di tepi katil selama 1/2 minit. Kemudian baru bangun untuk ke bilik air.
Selepas 3 kali 1/2 minit tersebut, otak tidak akan anaemic dan
jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan
terjatuh dan meninggal dunia ketika bangun tengah malam seperti yang
kita sering dengar.
Ada seorang tua menangis kesal kerana beliau tidak mengetahui perkara
ini dari dulu lagi ketika diberitahu tentang tips ini. Dua tahun lalu
beliau terjaga untuk buang air kecil. Tiba-tiba dunia terasa berpusing
dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak
boleh bangun daripada katil. Seandainya dia mengetahui perkara ini,
beliau tak menderita seperti sekarang.
Kongsi maklumat ini dengan orang yang anda sayang untuk menghindari
perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa tanpa
mengira usia tua atau muda.
No comments:
Post a Comment