Wednesday, October 11, 2017

PEMAKANAN UNTUK CEGAH KANSER

SEBELUM saya telah menerangkan kaedah mengubati kanser dari perspektif moden dan al-Quran. Kali ini saya akan berbicara mengenai kaedah mencegah kanser melalui pemakanan. Dalam pengalaman saya mengubati pesakit kanser di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya pesakit terutama yang telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Mereka telah sihat tetapi tidak mahu kanser datang kembali (cancer relapse atau cancer recurrence.)
  
Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip "mencegah lebih baik daripada mengubati".
Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.
Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.
Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan.
Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.

6 CARA MENJAGA SENDI TETAP KUAT

Akitiviti sehari-hari mungkin menjadi terbatas apabila Anda memiliki masalah sendi dan harus berurusan dengan tekanan berat pada sendi. Sebelum Anda mengikuti beberapa tips untuk menjaga kesehatan sendi, kenali cara kerja sendi dalam tubuh.
Sendi itu terbuat dari apa?
Sendi dapat dikatakan sebagai penghubung tulang, seperti lutut, pinggul, dan bahu. Tendon, otot, dan tulang rawan (kartilago) mengikat tulang bersama-sama agar dapat bergerak dengan lancar. Biasanya, kegiatan fizikal dapat meningkatkan risiko kerusakan sendi. Ketika Anda sudah lanjut usia, kartilago mulai haus dan menjadi kasar. Seiring berjalannya waktu, kerusakan pada kartilago dapat menyebabkan osteoarthritis.
Tips untuk menjaga kesehatan sendi
Berikut ini beberapa tips yang dapat Anda cuba untuk menjaga kesehatan sendi:
Tetap berhati-hati
Anda dianjurkan untuk menggunakan padding atau bantalan ketika melakukan senaman berat. Pelindung sendi juga berguna untuk mencegah cedera pada sendi Anda.

Thursday, October 5, 2017

SEBULAN SEBELUM SERANGAN JANTUNG ANDA AKAN MENGALAMI TANDA-TANDA INI

SEBULAN SEBELUM SERANGAN JANTUNG ANDA AKAN MENGALAMI TANDA-TANDA INI  Ramai yang sangka bila bersenam , aktif bersukan kita tak kan  kena serangan jantung.Tapi sebenarnya serangan jantung boleh berlaku pada sesiapa saja.
Kadang2 kita bersukan tapi kita juga merokok.. Ada juga yang aktif bersukan setiap hari tapi diet dan pemakanan nya tidak sihat.




Sebab itu kita kena berhati-hati dan bersedia untuk bertindak apabila merasai satu kelainan pada tubuh badan kita.Sebab itu ianya digelar pembunuh senyap.

Antara  sebab serangan jantung ialah merokok , sejarah keluarga dan tekanan darah tinggi.

Namun tanda-tanda serangan jantung akan berlaku boleh di kesan sebulan atau sebelum berlakunya serangan jantung . Cuma bila ada tanda2 macam ni jangan lah terlalu takut dan sangka korang ada penyakit serius..

Kadang2 perkara2 ni terjadi sebab tersilap makan, stress dan sebagainya.

SEBULAN SEBELUM SERANGAN JANTUNG ANDA AKAN MENGALAMI TANDA-TANDA INI 

8. Keletihan

Keletihan yang luar biasa adalah salah satu gejala utama yang menunjukkan serangan jantung akan berlaku. Wanita lebih cenderung untuk mendapat gejala ini berbanding lelaki.70% wanita yang mengalami serangan jantung mendapat gejala letih sebelum berlakunya serangan jantung.

#: Keletihan yang dirasai biasanya bukan disebab kan aktiviti fizikal. Keletihan akan semakin dirasai  pada penghujung hari. Gejala ini agak jelas dan tidak akan disedari: kadang-kadang kita merasa letih untuk melakukan tugas2 mudah   seperti mengemas atau mandi



Sunday, October 1, 2017

APA ITU INSOMNIA?

Apa itu Insomnia?
Insomnia adalah suatu gangguan tidur dengan gejalagejala seperti selalu berasa letih dan lelah sepanjang hari, mengalami kesulitan untuk tidur atau selalu terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur. Hal ini berterusan (lebih dari sepuluh hari).

Jenis-jenis Insomnia
Insomnia Sementara:- Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

Insomnia Jangka Pendek:-  
Jika lebih banyak tekanan yang datang (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu. 

Insomnia Kronik:-  Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, disfungsi fisiologi (gangguan fisiologi) atau penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.  

Saturday, September 16, 2017

ASAM GELUGOR MENGURANGKAN BERAT BADAN

Asam keping (asam gelugor) mengurangkan berat badan dan mengurangkan selera makan. 

Makanan melayu dan nusantara yang biasa kita makan yang bisa kita makan setiap kaya dengan ulam dan rempah ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini.

Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus  seperti asam jawa, asam suntam, asama gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji.