Friday, July 6, 2012

IKHLASKAN BERSEDEKAH


Tips untuk menjadi jutawan.

Banyakkan bersedekah. Simple, tetapi ramai yang tak buat. Kerana sayangkan harta. Betul?

Tips ini aku dapat dari Imran Koyube, dia menceritakan bahawa rakannya mendapat keuntungan hasil jualan kereta sebanyak 0.5 JUTA.. !

Bila di tanya mengenai rahsia keuntungan tersebut, dia cakap, lagi banyak kita bersedekah di Jalan Allah, lagi banyak Allah ganti balik pada dia. Bila di tanya lagi, dia cakap, Setiap hari jumaat, dia akan pilih mana-mana masjid dan memasukkan RM 50 ke dalam tabung masjid.. !

ikhlaskan diri dan yakin dengan janji Allah.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
( Surah Al- Baqarah : Ayat 261)
IMRAN KOYUBE