SIBUK dengan usaha menurunkan berat badan, membuang lemak atau mengurangkan makanan berminyak, ramai wanita yang mungkin lupa kepada keperluan kalsium di dalam tubuh.
Apatah lagi, bukan budaya masyarakat kita menjamah keju saban pagi atau meneguk segelas dua susu sebelum tidur. Jika ada pun, barangkali kurang dipeduli jumlah optimum yang diperlukan malah mungkin ada yang beranggapan, asal minum susu, ia sudah memadai.
Ada juga wanita yang mengelak daripada mengamalkan pengambilan makanan atau minuman berasaskan tenusu kerana tidak tahan dengan bau makanan atau minuman berkenaan. Lebih memburukkan keadaan apabila kekurangan itu tidak diganti dengan pengambilan bahan bukan tenusu lain yang juga dapat membekalkan kalsium.
Apa sekalipun alasan, kalsium yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi serta membolehkan otot bertindak dengan baik termasuk otot pada jantung itu, tidak harus dipandang remeh apatah lagi ia bermanfaat untuk pelbagai peringkat usia wanita
Di kalangan wanita dewasa, secara purata keperluan kalsium mereka adalah kira-kira 800 miligram (mg) sehari yang bersamaan dengan dua hingga tiga gelas susu.
“Kajian mendapati corak pemakanan masyarakat Asia dan Afrika menunjukkan pengambilan kalsium yang rendah. Kajian di Afrika pula menunjukkan mereka hanya mengambil purata 300 mg kalsium sehari.
“Fakta berkenaan bukanlah sesuatu yang mengejutkan apatah lagi rata-rata budaya pemakanan masyarakat negara ini tidak cenderung kepada pengambilan kalsium
“Bagi kanak-kanak pula, apabila mereka sudah tidak mengambil susu daripada botol, biasanya mereka akan terus berhenti minum susu,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari.
Keperluan kalsium untuk wanita berbeza sepanjang hayat mereka. Jika wanita dewasa perlukan kira-kira 800 mg sehari, keperluannya lebih tinggi di kalangan wanita hamil dan wanita yang menyusukan bayi.
“Bagi wanita hamil dan menyusukan bayi, disarankan supaya pengambilan kalsium dipertingkatkan iaitu antara 1,200 hingga 1,500 mg sehari. Ini kerana bayi dalam kandungan akan menarik kalsium daripada ibunya dan jika ibu hamil itu tidak meningkatkan pengambilannya, ia boleh memberi kesan kepada ibu terutama dari segi kesihatan gigi.
Kata orang dulu-dulu, setiap kali mengandung, setiap kali itulah gigi patah sebatang. Sebenarnya, ia disebabkan kekurangan kalsium dalam tubuh ibu yang hamil. Menerusi pengalaman saya di bidang sakit puan, masalah gigi di kalangan wanita hamil masih berlaku.
“Mungkin mereka tidak mengalami masalah teruk hingga menyebabkan gigi patah tetapi boleh dikatakan di kalangan 20 wanita hamil, ada seorang yang mengalami masalah gigi. Sesetengahnya tidak pernah mengalami masalah gigi tetapi ia hanya berlaku ketika hamil misalnya gigi berlubang, tampalan pada gigi tertanggal, gigi terhakis dan serpihan pada gigi,” katanya.
Apapun, menurutnya, kesedaran terhadap pengambilan kalsium tidak seharusnya tertumpu ketika seseorang wanita itu hamil atau menyusukan bayi kerana kepentingannya harus bermula sejak kecil lagi.
“Kekurangan kalsium tidak memperlihatkan kesan yang drastik misalnya boleh menyebabkan serangan penyakit tertentu. Mungkin atas alasan ini, ramai yang tidak begitu endah pada kepentingan kalsium.
“Namun, ia seharusnya diberi perhatian untuk membolehkan seseorang itu mempunyai simpanan kalsium yang mencukupi sepanjang hayat mereka bagi mengelakkan masalah osteoporosis yang lazimnya berlaku ketika wanita berada di peringkat usia menopaus.
“Apatah lagi kini, jangka hayat untuk wanita dan lelaki kian meningkat. Bagi wanita, jangka hayat mereka boleh menjangkau sehingga usia 80 tahun lantas bekalan khasiat dalam tubuh sebegini memang penting supaya mereka mempunyai simpanan kalsium mencukupi sekali gus membantu mereka memperoleh taraf kehidupan yang lebih berkualiti pada usia sedemikian,” katanya.
Tidak perlu menanti hingga masalah osteoporosis menjengah malah di kalangan wanita muda, antara petanda yang menunjukkan kekurangan kalsium dalam tubuh adalah apabila mereka sering mengalami masalah kejang kaki khususnya pada bahagian betis.
Lantas, budaya pemakanan sihat harus dipupuk sejak kecil terutama membabitkan pengambilan kalsium. Jika anak tidak lagi minum susu daripada botol, galakkan mereka supaya minum susu daripada cawan.
Di kalangan wanita yang tidak tahan dengan bau makanan atau minuman hasil tenusu seperti telur, keju dan dadih, ada pelbagai pilihan makanan bukan hasil tenusu yang dapat membekalkan kalsium.
Antaranya adalah sayur-sayuran hijau seperti brokoli serta makanan lain termasuk kekacang dan sardin. Selain itu, sumber makanan lain yang diperkayakan dengan kalsium juga kian banyak di pasaran termasuk roti, jus dan biskut.
>Info
Hasil tenusu (kandungan kalsium dalam mg):
Segelas susu - 240 mg
150 gram dadih rendah lemak - 225 mg
2 cedok kecil ais krim - 120 mg
Bukan hasil tenusu (kandungan kalsium dalam mg):
2 keping roti putih - 83 mg
1 keping capati - 42 mg
Separuh keping roti naan - 137 mg
Menu ringkas untuk menambah kalsium:
- Nikmati bijirin yang dicampur bersama susu segar ketika bersarapan
- Nikmati dadih buah-buahan rendah lemak sebelum makan tengah hari
- Jika memilih sandwic untuk makan tengah hari, sertakan keju dalam hidangan
- Brokoli bersama lobak merah dan kentang juga enak jika dijadikan hidangan sampingan ketika memanggang ayam
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ulam tak mudarat jika dimakan setiap hari
AMALAN makan ulam sebenarnya sudah menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
Ada juga yang tidak berselera makan jika tidak disertakan ulam atau sayur mentah, paling tidak, timun yang biasanya dicicah bersama sambal belacan.
Selain dijadikan sebagai pembuka selera, ulam dikatakan antara makanan yang boleh membantu seseorang kelihatan awet muda dan cantik.
Ini disebabkan kebanyakan ulam atau sayuran berkenaan mengandungi banyak nutrien penting serta bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Namun, ramai yang masih tidak mengetahui apa jua yang dinikmati hari ini sebenarnya pelaburan kepada kesihatan kita kelak.
Kesan pelaburan ini pula banyak bergantung kepada jenis makanan yang diambil kerana jika sering mengamalkan diet yang banyak mengandungi lemak, ia memungkinkan masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pula antara lain membantu diri kelihatan lebih sihat dan menarik.
Ketua Pemakanan, Hospital Pakar Ampang Puteri, Jennifer Chiam Chwee Lian, berkata kebanyakan ulam sesuai diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Menurut Jennifer, ulam boleh dikategorikan sebagai sayur mentah seperti salad dan ia tidak mendatangkan sebarang keburukan sekiranya dimakan setiap hari.
Katanya, ulam memang elok untuk kesihatan dan ia sudah menjadi amalan masyarakat negara ini sejak sekian lama.
“Ulam boleh dimakan setiap hari kerana ia tidak mengandungi kalori seperti sesetengah makanan lain. Tetapi harus diingat, ulam yang dimakan bersama sambal belacan tidak digalakkan untuk diamalkan kerana ia (sambal belacan) mengandungi kandungan garam serta kolesterol yang tinggi,” katanya.
Info ulam-ulaman:

Pegaga
Pegaga, nama saintifiknya Cantella asiatica biasanya tumbuh melata di keliling rumah dan mempunyai pelbagai khasiat. Ia kaya vitamin dengan A dan C serta zat besi yang sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.
Ia membantu membangkitkan selera makan, meredakan masalah penghadaman seperti buasir, menyejukkan badan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid serta keputihan.

Timun
Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.
Amalan makan timun juga boleh membantu mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong, batuk, merendahkan tekanan darah, menambah selera makan serta untuk penjagaan kecantikan kulit wajah.

Cekur
Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Cekur mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.
Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan, mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.

Kunyitmuda
Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.
Kajian yang dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.
Selain itu, ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, serta mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.
Pengamal perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.

Petai
Petai mempunyai bau kuat tetapi tetap menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pucukkaduk
Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ramai yang tidak mengetahui ia juga boleh dimakan mentah. Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

Gajus
Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

Lobakmerah
Lobak merah jarang dijadikan ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya dengan vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.
Ia baik untuk membantu mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.

Mengkudu
Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karotin dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.
Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksidan, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Jering
Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat yang dipercayai membantu mengubati penyakit kencing manis.

No comments:
Post a Comment