Friday, July 6, 2012

FAKTOR KESUBURAN

Faktor gaya hidup dikatakan sebagai antara penyebab yang mempengaruhi kesuburan lelaki.

Tahukah anda ada beberapa perkara yang harus lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai anak. Berikut ini disenaraikan 7 perkara yang harus dihindari oleh kaum lelaki agar masalah sukar mendapat anak tidak terjadi :

* 1. Jangan selalu mandi air panas atau sauna

Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh. Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma. Keadaan panas pada bahagian testis menyebabkan tahap kecergasan/keaktifan sperma menurun, lantas menyukarkan proses persenyawaan.

* 2. Jangan Terlalu Kerap Berbasikal

Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.

* 3. Elakkan Stress atau Tekanan

Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.

* 4. Elakkan daripada terdedah kepada bahan radiasi/bahan kimia

Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada.

* 5. Jangan ambil ubat sembarangan

Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada fungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.

* 6. Jangan Merokok / Kurangkan Merokok

Penelitian - penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Lebih baik hentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.

* 7. Elakkan Makanan Ringan

Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.

No comments: