Thursday, May 29, 2014

NUTRISI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah salah satu masalah kesihatan global khususnya di Asia Tenggara kerana ia berhubung kait dengan diabetes dan tekanan darah tinggi, penyakit-penyakit yang kerap digelar penyakit 'gaya hidup'.

Hasil kajian terhadap CKD juga menunjukkan bahawa pengurangan fungsi buah pinggang akan menyebabkan peningkatan penyakit berkaitan kardiovaskular dan membawa kepada kematian awal.

Rawatan dialisis merupakan salah satu rawatan pilihan, di samping pembedahan pemindahan buah pinggang bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang yang kronik. 

Dialisis akan membantu 'mengambil alih' tugas-tugas buah pinggang yang rosak dengan membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. 

Timbul persoalan adakah rawatan dialisis yang terpaksa dilalui pesakit buah pinggang akan menyebabkan kesan-kesan lain yang mungkin akan menjejaskan hidup.

Ini lebih-lebih lagi, setelah sekian lama memiliki buah pinggang yang sihat, menjalani dialisis pasti menimbulkan suasana berbeza kerana pesakit terpaksa bergantung hidup pada mesin.

Saturday, May 17, 2014

10 PEMBOHONGAN TENTANG KANSER PAYUDARA TERBONGKAR

1 Saya terlalu muda untuk mendapat kanser payudara!

Tidak dinafikan semakin meningkat usia maka risiko mendapat kanser di kalangan wanita juga akan meningkat. Tetapi kanser payudara boleh terjadi seawal usia 20-an. Lebih membimbangkan apabila kanser payudara di kalangan wanita muda adalah lebih agresif dan sukar dirawat. Kanser juga lebih cepat merebak dan bertambah dari tahap 1 ke tahap 4.

2Petanda kanser payudara hanyalah benjolan

Kehadiran ketulan atau benjolan merupakan salah satu petanda kanser payudara, dan ia juga mungkin merujuk kepada kehadiran benigna (sejenis tumor yang tidak merebak). Namun selain kemunculan benjolan, terdapat 11 petanda lain yang perlu diambil perhatian dan antaranya termasuklah kerutan, pengerasan, keluar cairan dan sebagainya. Oleh itu, dengan menjalani mamogram, ia boleh mengesan kehadiran kanser sebelum apa-apa gejala dirasai atau dilihat sama sekali.

3 Hanya wanita yang mengalami kanser payudara

Walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut diserang kanser payudara. Di kalangan lelaki, kanser payudara sering dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.

4 Risiko diserang kanser payudara hanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga

Hanya 5 hingga 10 peratus daripada semua jenis kanser payudara adalah diwarisi daripada keturunan disebabkan oleh perubahan dalam gen. Perubahan genetik seperti ini lebih kerap berlaku kepada sekumpulan etnik tertentu seperti kaum Ashkenazi (Eropah tengah dan timur) dan kaum Norwegian dan Icelandic. Ini adalah kerana mereka berkahwin dengan keluarga yang terdekat dan berkongsi salasilah keturunan yang sama sejak awal generasi. Maka perubahan pada genetik akan berlaku dengan lebih kerap dan mudah.

Friday, May 16, 2014

Sendawa berlebihan

SENDAWA merupakan satu bunyi kecil dan sekejap yang akan kedengaran apabila seseorang itu kekenyangan selepas makan.

Perkara ini merupakan rutin harian yang pastinya akan terjadi selepas menikmati apa juga hidangan dan ia bukanlah satu perbuatan yang aneh atau luar biasa.

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang mempunyai kelaziman sendawa yang kuat, panjang, dan berulang kali tanpa mengira masa, sama ada selepas makan atau sebaliknya sehingga kadang kala membuat rasa tidak selesa orang keliling. 

Kelaziman itu tidak harus dipandang ringan kerana ia merupakan antara simptom yang menandakan seseorang itu mungkin berpenyakit.

Menurut Pakar Gastroenterologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Mahendra Raj, secara amnya sendawa membawa maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia akan berlaku daripada semasa ke semasa dan ia merupakan satu perkara biasa.

Tambah beliau, selain mengeluarkan angin yang berlebihan, sendawa juga terjadi untuk mengeluarkan gas yang terlalu banyak daripada dalam perut.

Begitupun ulas beliau lagi, ada sesetengah individu sendawa lebih banyak daripada biasa dan walaupun perkara ini berlaku, kebanyakan mereka ini tidak mempunyai sebarang penyakit yang serius.

Monday, May 12, 2014

KHASIAT HERBATULSAUDA

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda.

Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya.

Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

 Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Saturday, May 3, 2014

WANITA JANGAN AMBIL MUDAH MASAALAH KEMURUNGAN



Kaum wanita dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah masalah kemurungan kerana ia boleh memudaratkan diri jika dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan, menurut seorang pakar psikiatri.

Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, berkata masalah kemurungan boleh dirawat namun ramai wanita di negara ini enggan atau keberatan untuk mendapatkan rawatan.

Golongan wanita perlu mengikis rasa malu untuk berjumpa pakar psikiatri kerana mereka takut dipandang rendah oleh masyarakat atau bimbang akan dipulaukan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Kesihatan Mental Wanita' sempena Hari Wanita Sedunia di hospital berkenaan di sini, Sabtu.

Dr Nor Hamidah berkata berdasarkan statistik terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 41.9 peratus wanita mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki iaitu 29.3 peratus.

Menurutnya masalah kemurungan bukan setakat rasa sedih malah ia boleh melarat kepada simpton lain seperti perasaan pesimistik dan mudah putus asa, hilang minat terhadap kerja, rasa 'lebih baik mati', dengar suara berbisik dan akhirnya mengundang perkara tidak diingini seperti mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Dr Nor Hamidah berkata tiga tahap kemurungan iaitu rendah, sederhana dan serius yang berpunca daripada pelbagai faktor termasuk perubahan hormon, perubahan hidup, masalah rumah tangga dan masalah tempat kerja.

"Bagi tahap permulaan, pesakit boleh mengikuti sesi kaunseling tetapi bagi kes sederhana dan serius, mereka perlu mengambil ubat untuk tempoh tertentu bergantung kepada tahap kepulihan pesakit," katanya.

Sebagai langkah mengatasi masalah kemurungan, beliau berkata wanita boleh mengamalkan cara hidup sihat seperti melakukan aktiviti riadah, mendekatkan diri dengan Tuhan, mempunyai ikatan yang baik antara keluarga dan rakan-rakan.

Ceramah berkenaan dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Wanita Hospital Gleneagles dikenali sebagai 'Women to Women Well-being Tea Talk', yang dilancarkan Mac tahun lepas.

Badan itu merupakan platform untuk kaum wanita mendapatkan sokongan emosi dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan kesihatan secara santai

Thursday, May 1, 2014

MARI BERSEMBAHYANG - KUMPULAN ALMIZAN

SAMA-SAMA HAYATI LIRIK NASYID INI




Mari bersembahyang umat islam semua
Dengan kesyukuran sujud pada allah
Usah bersembahyang kerana terpaksa 
Jiwa takkan tenang  kita kan berdosa

Sehari semalam hanya 5 kali
Hendaklah sembahyang dengan hati suci
Biar dengan rela sujud pada illahi
Biar dengan ikhlas penuh dalam hati

Diri rasa tenang aman sanubari
Dalam bersembahyang yang kita kan dapati
Doa penuh khusyuk pada rabbul izzati
 Selamat dunia akhirat semoga dirahmati

Mari bersembahyang umat islam semua
Dengan kesyukuran sujud pada allah
Usah bersembahyang kerana terpaksa
Jiwa takkan tenang kita kan berdosa

Sehari semalam hanya 5 kali
Hendaklah sembahyang dengan hati suci
Biar dengan rela sujud pada illahi
Biar dengan ikhlas penuh dalam hati

Marilah kita cari ketenangan jiwa
Dengan mendekatkan diri kepada allah
Bersembahyang la kita dengan kerelaan 
Mudah-mudahan kita dapat keampunan

Mari bersembahyang umat islam semua
Dengan kesyukuran sujud pada allah
Usah bersembahyang kerana terpaksa
Jiwa takkan tenang kita kan berdosa