Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah salah satu masalah
kesihatan global khususnya di Asia Tenggara kerana ia berhubung kait
dengan diabetes dan tekanan darah tinggi, penyakit-penyakit yang kerap
digelar penyakit 'gaya hidup'.
Hasil kajian terhadap CKD juga menunjukkan bahawa pengurangan fungsi
buah pinggang akan menyebabkan peningkatan penyakit berkaitan
kardiovaskular dan membawa kepada kematian awal.
Rawatan dialisis merupakan salah satu rawatan pilihan, di samping
pembedahan pemindahan buah pinggang bagi pesakit dengan kegagalan buah
pinggang yang kronik.
Dialisis akan membantu 'mengambil alih' tugas-tugas buah pinggang
yang rosak dengan membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan
kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan.
Timbul persoalan adakah rawatan dialisis yang terpaksa dilalui
pesakit buah pinggang akan menyebabkan kesan-kesan lain yang mungkin
akan menjejaskan hidup.
Ini lebih-lebih lagi, setelah sekian lama memiliki buah pinggang yang
sihat, menjalani dialisis pasti menimbulkan suasana berbeza kerana
pesakit terpaksa bergantung hidup pada mesin.
Ketika ini sokongan ahli keluarga amat diperlukan kerana emosi dan fizikal pesakit akan terjejas.
Pesakit buah pinggang biasanya akan berasa letih kerana kekurangan
tenaga, justeru mereka perlu mengambil makanan yang dirancang dengan
teliti agar dapat memberikan tubuh nutrien yang secukupnya.
Menurut pakar kesihatan buah pinggang, Dr. Fernando Cortizo, pesakit
dialisis boleh menjalani kehidupan yang normal dan aktif sekiranya
mengamalkan pengurusan dan kawalan penyakit yang sewajarnya.
Pesakit perlu mengambil protein yang secukupnya iaitu lebih tinggi
daripada orang biasa. Jumlah protein yang mencukupi penting untuk
tumbesaran, pembinaan otot, membaiki tisu dan melindungi badan daripada
jangkitan penyakit.
Di samping itu, pesakit juga perlu mengawal kadar pengambilan
fosfat, selain perlu mengawasi pengambilan makanan yang mengandungi
sodium, kalium dan pengambilan cecair," katanya dalam sesi sembang
kesihatan dalam majlis pelancaran makanan kesihatan TFF Unece U-99 dan
TFF Unece U-LP 200 untuk pesakit pra-dialisis dan dialisis di Bangsar,
Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, tanpa protein yang secukupnya, pesakit dialisis akan mula
mengalami masalah otot, di mana badan akan memakan fungsi otot sendiri
untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk memberi fungsi kepada organ
badan yang lain.
Ujarnya, pengambilan garam juga harus dihadkan untuk mengawal tekanan darah.
Satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah ialah diet tanpa garam tambahan iaitu jumlah garam minimum digunakan ketika memasak.
Nutrisi penting untuk pesakit dialisis kerana tanpa nutrisi yang
baik, penyembuhan luka terjejas, kecenderungan berlakunya jangkitan
penyakit, lemah badan, keletihan dan kadar pemulihan merosot," jelasnya.
Dr. Cortizoa berkata, di Malaysia, bilangan pesakit buah pinggang peringkat akhir meningkat setiap tahun.
Walaupun dianggap masalah biasa, tetapi ia boleh dirawat dengan
adanya terapi selamat dan berkesan yang boleh disesuaikan dengan
keperluan dan gaya hidup," katanya.
Kini, para pesakit berkenaan mempunyai pilihan termasuk pengurusan makanan yang bijak.
Makanan kesihatan
Dalam pada itu, True Functional Food memperkenalkan TFF Unece U-99
dan TFF Unece LP 200 makanan kesihatan kepada pesakit pra-dialisis dan
dialisis untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan
aktif.
Ia diformulakan untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis dengan
memberikan diet protein yang tinggi iaitu yang mempunyai 17.2 (22g)
protein BV dan nisbah yang selamat untuk kandungan fosforus, kalium dan
natrium.
Ia juga mempunyai nutrisi yang tinggi bagi bahan berfungsi seperti
L-Carnitine, Laktoferin, L-arginina dan Taurina, untuk memperkuatkan
sistem imun pesakit, selain mencegah perkembangan penyakit
kardiovaskular yang merupakan komplikasi kepada pesakit yang menjalani
rawatan dialisis.
Kajian di Hospital Universiti Perubatan Chung Shan Taiwan telah
menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan tersebut telah
meningkatkan tahap tenaga, metabolisme yang lebih baik dan membantu
mengawal fungsi tubuh selain meningkatkan kualiti hidup serta jangka
hayat pesakit dialisis.
Manakala TFF Unece LP 200 pula makanan kesihatan untuk pesakit buah
pinggang peringkat satu hingga empat, yang mempunyai risiko mengalami
peringkat tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis untuk hidup.
No comments:
Post a Comment