1 Saya terlalu muda untuk mendapat kanser payudara!
Tidak dinafikan semakin meningkat usia maka risiko mendapat kanser di
kalangan wanita juga akan meningkat. Tetapi kanser payudara boleh
terjadi seawal usia 20-an. Lebih membimbangkan apabila kanser payudara
di kalangan wanita muda adalah lebih agresif dan sukar dirawat. Kanser
juga lebih cepat merebak dan bertambah dari tahap 1 ke tahap 4.
2Petanda kanser payudara hanyalah benjolan
Kehadiran ketulan atau benjolan merupakan salah satu petanda kanser
payudara, dan ia juga mungkin merujuk kepada kehadiran benigna (sejenis
tumor yang tidak merebak). Namun selain kemunculan benjolan, terdapat 11
petanda lain yang perlu diambil perhatian dan antaranya termasuklah
kerutan, pengerasan, keluar cairan dan sebagainya. Oleh itu, dengan
menjalani mamogram, ia boleh mengesan kehadiran kanser sebelum apa-apa
gejala dirasai atau dilihat sama sekali.
3 Hanya wanita yang mengalami kanser payudara
Walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan
di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut
diserang kanser payudara. Di kalangan lelaki, kanser payudara sering
dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.
4 Risiko diserang kanser payudara hanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga
Hanya 5 hingga 10 peratus daripada semua jenis kanser payudara adalah
diwarisi daripada keturunan disebabkan oleh perubahan dalam gen.
Perubahan genetik seperti ini lebih kerap berlaku kepada sekumpulan
etnik tertentu seperti kaum Ashkenazi (Eropah tengah dan timur) dan kaum
Norwegian dan Icelandic. Ini adalah kerana mereka berkahwin dengan
keluarga yang terdekat dan berkongsi salasilah keturunan yang sama sejak
awal generasi. Maka perubahan pada genetik akan berlaku dengan lebih
kerap dan mudah.
5 Diet tidak mempengaruhi berlakunya kanser!
Para penyelidik bersetuju bahawa tidak ada makanan tunggal yang
terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara. Namun, pengambilan
makanan tertentu secara berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk
mendapat kanser payudara. American Cancer Society mendapati kafein boleh
meningkatkan risiko tumor payudara atau juga dikenali sebagai benjolan
fibrokistik.
6 Mamogram itu menyakitkan!
Mamogram sememangnya tidak selesa untuk dilakukan, namun kebanyakkan
wanita yang menjalani mamogram mengatakan ia tidak begitu menyakitkan.
Lebih tinggi tekanan yang dikenakan, maka akan bertambah ketidakselesaan
yang ditanggung oleh pesakit. Namun, perlu diingat bahawa semakin
tinggi tekanan, maka imej yang akan dirakam adalah lebih jelas dan
memudahkan petugas radiologi untuk menaakul.
7 Breast-self examination (BSE) tidak membantu!
Ramai wanita yang enggan dan malas untuk membuat pemeriksaan bulanan
payudara, malah tidak mengejutkan jika terdapat segelintir golongan yang
tidak mengetahui langkah dan prosedur yang betul untuk melakukannya.
Ini amatlah merugikan kerana pemeriksaan ini bukan sahaja amat mudah
untuk dilakukan, tetapi juga amat membantu untuk mengesan tanda-tanda
awal dan ianya boleh menyelamatkan nyawa.
8 Berat badan dan kanser payudara tiada kaitan
Aktiviti senaman bukan sahaja dapat mengawal berat badan malah boleh
meningkatkan kecergasan kardio-pulmonari dan pengaliran darah. Berat
badan yang berlebihan akan mengundang pelbagai masalah kepada kesihatan
dan menurut Cancer Research UK, obesiti mempunyai kaitan yang erat
dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan
dianjurkan untuk kerap melakukan senaman dan mengamalkan diet yang
seimbang.
9 Buah-buahan dan sayuran hanya untuk meredakan sembelit
Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja baik untuk penghadaman dan
perkumuhan malah memberi pelbagai faedah kepada kesihatan. Masyarakat
yang kurang makan buah-buahan dan sayuran akan menghadapi dua kali ganda
risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser payudara. Rahsianya
adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia
yang bersifat pelindung dan antioksidan semulajadi yang bukan sahaja
melambatkan penuaaan malah menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat
dan menyingkirkan sel-sel rosak penggalak kanser.
10 Rawatan alternatif tidak memberikan kesan positif
Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah
dengan menggunakan Laetrile atau Vitamin B17. Vitamin B17 terkenal
mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan
membunuh sel-sel kanser. Vitamin B17 diekstrak daripada teras biji
aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam
bentuk suntikan. Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan
terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim
Beta-glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua
elemen ini akan bertindak menyerang dan membunuh sel-sel kanser dalam
badan pesakit.
No comments:
Post a Comment