Bimbang tentang sakit pelik yang berterusan di abdomen anda, satu
ketulan luar biasa, atau rasa keletihan amat sangat? Sesetengah jenis
kanser mempunyai tanda-tanda tertentu, manakala yang lain mungkin
mempunyai tanda sama seperti penyakit biasa seperti selsema.
Semua tanda ini mungkin kelihatan seperti kecil, tidak berbahaya, tetapi apabila diambil kira secara bersama ia boleh mengarah kepada kanser.
Tanda-Tanda Kanser: Tanda Amaran Untuk Lelaki
Banyak jenis kanser, termasuk kanser prostat, tidak menunjukkan
tanda-tanda atau simptom pada peringkat awal. Jika anda berisiko tinggi
mendapat kanser prostat – sebagai contoh, jika anda berketurunan
Afrika-Amerika atau mempunyai ahli keluarga yang mendapat penyakit ini –
anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang mendapatkan ujian
antigen khusus prostat (PSA). Tahap PSA yang tinggi mungkin menunjukkan
kanser. Tanda-tanda amaran lain yang menunjukkan sesuatu mungkin tidak
kena termasuk sakit tulang, bengkak kaki dan masalah membuang air kecil.
“Tanda yang paling biasa untuk lelaki adalah perubahan dalam
[kencing] mereka,” kata Michael Fisch, MD, PhD, ketua jabatan onkologi
umum Pusat Kanser MD Anderson, Universiti Texas di Houston.
Lelaki perlu memberi perhatian jika mereka mempunyai masalah membuang air kecil atau mereka mempunyai aliran air kencing yang lemah, "terutamanya jika perubahan tersebut berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minggu," tambahy Dr Fisch. Walaupun perubahan ini mungkin menunjukkan tanda-tanda pembesaran prostat, dan bukan kanser prostat, "anda tidak tahu sehingga anda menjalani pemeriksaan," Fisch mengingatkan.
Tanda-Tanda Kanser: Tanda Amaran Untuk Wanita
Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa wanita hadapi. Pemeriksaan sendiri payudara boleh mengesan ketulan luar biasa, yang perlu diambil serius, kata Fisch. Bila-bila masa anda berasa tidak normal, benjolan atau ketulan pada payudara, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan payudara. Memogram atau lain-lain ujian pengimejan juga mungkin diperlukan untuk menentukan penyebanya.
Tanda Kanser: Kesakitan
“Jenis tanda-tanda yang paling biasa yang membawa orang ramai untuk
diagnosis kanser adalah kesakitan – rasa kesakitan yang tidak normal,”
kata Fisch. Tetapi ia boleh menjadi sukar untuk membezakan antara sakit
kanser dan sakit biasa kerana rasa sakitnya sama – sesuatu yang kita
sering rasakan di sepanjang kehidupan kita. “Ia adalah sebahagian
daripada pengalaman biasa kita untuk mengalami sakit sekarang dan
seterusnya,” kata Fisch.
Bagaimana anda tahu perbezaan di antara sakit biasa dengan kesakitan
yang kemungkinannya adalah tanda kanser? “Idenya adalah untuk cuba
memberi perhatian kepada kesakitan yang lebih teruk atau lebih kerap
dari masa ke masa berbanding dengan apa yang anda jangkakan berdasarkan
pengalaman biasa anda,” kata Fisch.
Tanda yang kesakitan yang dialami mungkin disebabkan oleh kanser:
- Ia tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang khusus, seperti kecederaan atau terlebih melakukan aktiviti fizikal
- Ia berulang dan tidak bertambah baik
- Ia adalah serius
- Ia mengganggu tidur
- Ia datang dengan tanda-tanda kecil yang lain
Tanda Kanser: Keletihan dan Penurunan Berat Badan
Rasa letih yang luar biasa tanpa dapat ditentukan puncanya – anda
mendapat tidur yang cukup, tidur dengan baik, dan tidak sakit – adalah
satu lagi tanda amaran bahawa kanser mungkin menyerang badan anda.
Rasanya keletihan seakan-akan sama dengan selsema, catat Fisch, tetapi
tanpa tanda-tanda selsema yang lain.
Bagi penurunan berat badan, jika anda berdiet dan berat badan turun
dengan perlahan-lahan, contohnya satu paun atau dua seminggu, ini
mungkin sesuatu yang ingin diraikan. Tetapi jika berat badan turun
dengan cepat atau tanpa banyak usaha, ia boleh mungkin tanda amaran.
Berat badan yang turun terlalu mudah atau terlalu cepat boleh menjadi
tanda kanser, kata Fisch.
Tanda-Tanda Kanser: Gabungan Kesemuanya
Secara sendirian, tanda-tanda tersebut mungkin sukar untuk dilihat
dan bahkan mungkin bukan sesuatu yang harus dibimbangkan. Tetapi jika
anda melihat beberapa tanda amaran kecil – penurunan berat badan mungkin
tidak dijangka, perasaan penat atau keletihan, atau mengalami kesakitan
yang aneh – ia mungkin menunjukkan bahawa yang terbaik adalah untuk
mendapatkan doktor bagi pemeriksaan. Kata Fisch, ini adalah sangat
penting untuk mereka yang sudah tahu bahawa mereka mempunyai risiko
untuk kanser tertentu, sama ada kerana sejarah keluarga, gaya hidup,
atau umur.
Anda tidak perlu menjadi paranoid tentang setiap penyakit atau
kesakitan kecil, tetapi anda perlu mendengar badan anda. Jika anda
mendengar dengan cukup teliti, anda boleh menangkap tanda-tanda awal
kanser sebelum kerosakan sebenar berlaku.