KEBANYAKAN orang Melayu dan Cina dipercayai merasai kehangatan air panas semula jadi bukan sekadar beriadah semata-mata.
Sebaliknya aktiviti mandi-manda dan merendam kaki di kolam air panas juga bagi tujuan penyembuhan daripada penyakit selain untuk menenangkan fikiran.
Untuk berkongsi cerita kebaikan kolam air panas ini, Bicara Isnin mengumpul pandangan orang ramai dan mendapatkan penjelasan daripada pengamal perubatan tradisional Melayu dan Cina di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dengan ini, biarlah kebaikan kolam air panas ini tersebar seluas-luasnya sebagai rawatan kesihatan semula jadi.
MANDI dan merendam kaki di dalam kolam yang mempunyai sumber air panas
dari bawah tanah bukan sesuatu yang janggal di kalangan masyarakat
pelbagai kaum di negara ini.Sebaliknya aktiviti mandi-manda dan merendam kaki di kolam air panas juga bagi tujuan penyembuhan daripada penyakit selain untuk menenangkan fikiran.
Untuk berkongsi cerita kebaikan kolam air panas ini, Bicara Isnin mengumpul pandangan orang ramai dan mendapatkan penjelasan daripada pengamal perubatan tradisional Melayu dan Cina di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dengan ini, biarlah kebaikan kolam air panas ini tersebar seluas-luasnya sebagai rawatan kesihatan semula jadi.
Sambil meluangkan masa lapang dan berehat, orang ramai gemar berkunjung ke kolam air panas semula jadi untuk menyerap kebaikan airnya kerana dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti tekanan, sakit kulit, lenguh badan, sendi, mengeringkan kesan luka akibat kemalangan serta membantu melancarkan semula pengaliran darah.
Bagi mendengar sendiri kesahihannya, penulis Bicara Isnin meninjau ke beberapa kolam air panas dan bertemu dengan pengunjung di sana. Jangan terkejut kerana seperti dikatakan, sebilangan besar pengunjung yang ditemui penulis ialah mereka yang ada masalah kesihatan.
Seorang pengunjung, Mohd Jumaat Ilham, 40, berkata, dia selalu ke kolam air panas di Selayang, Selangor, bagi merawat sakit saraf ditanggungnya.
“Saya selalu lenguh pinggang dan sengal badan. Ramai orang suruh saya berikhtiar mandi di kolam air panas. Jadi saya pergi.
“Setiap kali rendam kaki dan mandi di kolam air panas, tubuh saya rasa ringan. Lenguh dan sengal hilang. Sejak itu, saya amalkan mandi dan rendam kaki di kolam air panas,” kata pekerja swasta itu.
Warga emas, Azizah Simon, 65, gemar merendam kaki di dalam kolam air panas kerana selalu lenguh pada kedua- dua lututnya.
“Bila makcik rendam kaki, sakit pada lutut hilang,” ujarnya.
Pekerja kilang, Lee Sam, 42, juga berkata, dia mengamalkan merendam kaki di kolam air panas bagi menghilangkan sakit kakinya yang kronik kerana ada kalanya dia tidak dapat berjalan.
“Kawan suruh saya amalkan rendam kaki di kolam air panas. Beberapa pengamal perubatan cina juga cadangkan supaya saya berikhtiar dengan cara ini.
“Hasilnya memang menakjubkan kerana sekarang sakit kaki saya hilang selepas beberapa kali saya merendam kaki,” katanya.
Seorang lagi yang mengamalkan mandi di kolam air panas ialah Rosni Hamdan, 46. Sudah tujuh tahun ahli perniagaan ini mengamalkan mandi di kolam air panas untuk kesegaran tubuh.
“Saya percaya darah dalam tubuh saya mengalir dengan baik bila saya mandi dan berendam dalam kolam air panas. Saya boleh rasai kesegarannya. Memang menakjubkan,” ujarnya.
Seorang pesakit gout, Zabedah Talib, 64, yang penulis temui di kolam air panas di Perak juga menceritakan kebaikan sumber alam kurniaan Tuhan itu.
“Dah dua tahun makcik sakit gout. Selalu tak boleh pijak kaki di lantai sebab sakit tumit.
“Tapi bila rendam kaki di sini, kaki makcik rasa lega. Tumit tak sakit lagi,” ujar warga emas itu.
Halimah Abdullah, 44, pula selalu kebas pada jari tangan dan kaki yang tidak diketahui puncanya oleh perubatan moden. Maka Halimah berikhtiar merendam tangan dan kakinya di dalam kolam air panas.
“Adik ipar suruh akak rendam jari tangan dan kaki di dalam kolam air panas. Mula rendam memang sakit tetapi kemudian akak berpeluh dan rasa kebas itu beransur hilang.
“Kepala juga rasa ringan,” kata Halimah. Mangsa kemalangan jalan raya, Abdul Latif Mohd Zan, 56, juga berkongsi cerita mengenai kebaikan kolam air panas.
“Kira-kira 10 tahun lalu pakcik kemalangan. Daging kaki hampir putus. Akibat kemalangan itu juga tubuh sebelah kiri pakcik nyaris lumpuh dan selalu menggeletar.
“Pakcik tak putus asa berikhtiar untuk mengubati kecederaan ini. Jadi pakcik rendamkan kaki dan tubuh sebelah kiri di sini.
“Memang rasa sakit akan hilang dan tubuh yang kadang kala tidak boleh bergerak ini terasa ringan. Pakcik berasa lega dari kesakitan,” ujarnya.
2 comments:
Saya dapati sakit belakang saya semakin release selepas pergi mandi di kolam air panas di selayang. Lepas baca tips ini beberapa hari lalu.. ternyata ianya sangat membantu. Terima Kasih Doktor CT..
Tips yang menarik...terima kasih
Post a Comment