Saturday, December 8, 2012

IBU HAMIL AWAS DIABETES



Hindari makanan terlalu manis ketika hamil. - Gambar hiasan.

Dalam hal ini, tidak terkecuali bagi ibu-ibu yang mengandung malah golongan ini bukan sahaja perlu memastikan janin yang dikandung sihat, mereka juga disaran agar menjaga kesihatan diri masing-masing sepanjang tempoh sembilan bulan tersebut.
Ini kerana ketika inilah pelbagai jenis penyakit mudah 'melekat' tatkala perubahan hormon di dalam badan berlaku.

Tidak dinafikan kehamilan adalah suatu pengalaman unik bagi wanita, begitupun ia pastinya menjadi satu igauan ngeri apabila diri disahkan menghidap kencing manis ataupun darah tinggi ketika mengandung.

Menurut Naib Presiden Kanan, Operasi Antarabangsa Serantau, Novo Nordisk, Jesper Hoiland, di Malaysia angka yang ditunjukkan di kalangan ibu mengandung menghidap kencing manis semakin meningkat malah angka tersebut merupakan satu angka yang tinggi.

KHASIAT TEH PERIA

SAUFY Nizar Rahman bersama produk teh dan herba berasaskan peria.
 


Sebut sahaja peria, pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Namun, bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Terdapat dua jenis peria yang biasanya terdapat di pasaran Malaysia iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria 'katak' yang bersaiz lebih kecil. 

Dalam usaha mengkomersialkan khasiat dan kebaikan peria, sebuah syarikat tempatan milik Bumiputera, Jiewa Enterprise, menghasilkan produk teh herba yang berasaskan peria yang dikatakan mampu membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.

Pengurus Jiewa Enterprise, Saufy Nizar Rahman, 30, berkata, sememangnya diakui sejak dari dahulu lagi bahawa peria mempunyai kebaikannya tersendiri untuk individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis, gout dan darah tinggi.

KUALITI HIDUP SELEPAS MENOPAUS

KURANGNYA pendedaha terhadap gejala menopaus dan bagaimana menanganinya menyebabkan masyarakat sukar menerima kehadirannya. Apatah lagi, anda tidak tahu bila menopaus akan tiba. Dan pastinya anda juga tidak mahu ia memberi kejutan kepada anda. Dalam hal ini, wanita harus bersikap positif dan menganggap kehidupan mereka akan bertambah baik selepas mengalami menopaus (putus haid) Ini kerana sebagai wanita, anda perlu bersedia dengan beberapa siri perubahan biologi tubuh dalam meniti setiap fasa kehidupan.

Perubahan akan berlaku termasuklah pusingan haid yang menandakan kematangan tubuh wanita, konsepsi, kehamilan, kelahiran dan menopaus.

Apa yang pasti, setiap fasa perubahan ini membabitkan rasa tidak selesa sama ada secara emosi mahupun fizikal.

Perubahan ini menjadi kebimbangan kepada wanita yang sukar berhadapan dengan kehidupan selepas menopaus.

Friday, December 7, 2012

BAGAIMANA MAHU IKHLAS

"Iblis menjawab: Demi kekuasaan engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-mu yangmukhlis (ikhlas) diantara mereka".

(QS, Shaad 38 : 82-83)
"Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba engkau yang mukhlis (ikhlas) diantara mereka".

(AS Al-Hijr, 15 : 39-40)
Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas?. Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah S.W.T. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah S.W.T. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah S.W.T.


MAKAN SECARA SIHAT

Sebahagian daripada yang hadir pada demonstrasi masakan sihat di pusat perniagaan Tupperware, Rawang, Selangor.
Untuk itu hari ini pelbagai jenis masakan telah diperkenalkan dalam usaha mencegah diri daripada 'dihinggapi' penyakit yang berbahaya.
Baru-baru ini, bertempat di pusat perniagaan Tupperware, Rawang, satu demonstrasi masakan cara sihat telah diadakan dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menjaga pemakanan untuk mengelak daripada mendapat penyakit.

Pemilik premis perniagaan tersebut, Leny Masayu Miskimin, 36, berkata, walaupun demonstrasi masakan sihat yang dianjurkan tersebut tidak mengunakan minyak dan juga penggunaan air yang kurang, makanan yang dimasak masih lagi mengekalkan rasa, tekstur dan juga kualiti khasiatnya.

Tambahnya lagi, walaupun tanpa penggunaan bahan penting dalam masakan, hidangan yang dimasak masih lagi sedap malah ia merupakan sajian sihat yang patut diamalkan setiap individu dalam usaha menjaga kesihatan masing-masing.

"Kami sering mengadakan demonstrasi masakan cara sihat kepada suri rumah kerana kami amat menitikberatkan soal kesihatan.

"Ditambah pula dengan statistik penyakit yang semakin menjadi-jadi di kala ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk berkongsi cara masakan sihat dengan orang ramai," ujarnya ketika ditemui di Rawang, baru-baru ini.
Nurul Azwa Nordi menunjukkan resepi Ayam Masak Steam.
 
Pada majlis tersebut, Leny telah menjemput dua suri rumah yang mahir dalam menyediakan makanan sihat, Fatimah Noor Abdullah dan Nurul Azwa Nordi untuk menunjukkan dua jenis masakan yang dimasak secara berkhasiat iaitu dada ayam asas dan juga nasi tomato ayam.
Ternyata apa yang ditunjukkan hari itu betul-betul menepati tema iaitu masakan cara sihat tanpa penggunaan minyak dan juga penggunaan air yang kurang.
Walaupun tanpa kedua-dua bahan tersebut ternyata menu yang disediakan masih lagi sedap seperti yang dimasak dengan mengunakan minyak dan juga air.
Rasa setiap masakan adalah daripada jus semula jadi dan rasa asli bahan makanan yang menjadikan setiap masakan begitu sedap untuk dinikmati.
Begitupun ulas Leny ada juga masakan yang dimasak tidak menggunakan air dan segala-galanya bergantung kepada jenis masakan yang disediakan. - mariatul qatiah zakaria