Sunday, April 8, 2012

Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya ……..

Assalamualaikum wbhAtas dasar membantu sesama umat, saya telah menyediakan kemudahan analisis kesihatan melalui artikel saya bertajuk “Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda??” yang boleh diakses melalui http://emjayjb.multiply.com/journal/item/82 .

Didalam artikel ini saya menyediakan borang kaji selidik bagi membolehkan saya menganalisis tahap kesihatan. Alhamdulillah ramai pembaca yang menghantar borang kajian untuk di analisis oleh saya. Pada peringkat permulaan, boleh dikatakan hampir kesemuanya dapat saya analisis namun apabila semakin banyak yang menghantar, saya memohon maaf kerana ada yang saya reply dan ada juga saya tidak dapat mereplynya kerana faktor kesibukan. Maklumlah saya ada tugas hakiki yang perlu saya laksanakan.Kebanyakan pembaca yang menghantar borang kaji selidik adalah mereka yang memang sedar bahawa tahap kesihatan mereka adalah memang menghadapi masalah namun ramai dari mereka kecewa kerana apabila dibuat pemeriksaan doktor, masalahnya masih belum dapat dikenalpasti. Memang begitulah, kebiasaannya doktor hanya dapat mengenalpasti masalah apabila tahap kerosakan pada buah pinggang, jantung dan paru-paru sudah mencapai tahap kronik.Melalui ilmu yang dipelajari dari arwah guru, saya mengucap syukur alhamdulillah diatas segala limpah rahmatNya dapatlah saya memantau tahap kesihatan diri saya, ahli keluarga serta mereka yang memerlukannya.

Pada hari ini selasa 15 April 2008, seorang pengunjung Laman Emjay yang mengenalkan dirinya hanya sebagai Ms Za iaitu seorang wanita berusia 28 tahun telah menghantar borang kaji selidik melalui email untuk saya analisis dan bantu mana yang termampu. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah bahawa sekiranya saudara pembaca Laman Emjay sekelian mengamalkan amalan sebagaimana yang telah diamalkan oleh Ms Za ini, insya-Allah sdr juga bakal menghadapi masalah yang sama.

Berikut adalah amalan seharian serta permakanan seharian Ms Za untuk iktibar pembaca sekelian:
Panduan4: sangat kerap / favourite / sangat benar
3: kerap/ benar2: sederhana 1: sekali sekala / sometimes 0: tiada / tidak pernah1. Jumlah air diminum sehari ( mengikut ukuran botol air mineral 500 ml ):
2 botol 2. Kacang tanah - 2, kacang bergaram -1, mee kuning 1, roti canai -1, mee segera -1, makanan rapu dan namakan (Super Ring, Twisties, Double Decker ) - 4, cokelat-2, air bergas -1, jambu batu -1, jeruk kering(asam boi, buah kana dsb) -1, jeruk basah 1, telur masin -1, ikan masin -1, organ dalaman (hati, hempedal, paru-paru, telur ikan)1, pulut, ubi, keladi, keledek -3, tembikai -1, mangga siam -3, durian rambutan -3(ikut musim), oren sunkist -2, cendawan -1, petai jering -1, teh kedai -1, sunquick(orange squash) -1, limau kasturi -1, buah-buah dalam tin seperti laicee, longan -2, nescafe -13. Ais krim cornetto / vanilla / strawberry / cokelat / jagung -3 4. Margarine -1 , soft margarine -1, Buttercup -1, kek -2, krim kek -1, lemak daging (tetel) -2, kulit ayam -1, bontot ayam -1, makanan bergoreng -4, minyak jelantah -2, susu pekat manis -2, krimer -1.5. Burger -3, Sosej -3, Nuget -3, KFC-3, Mc Donald -3, Pizza -3, kentang goreng -36. Tahan kencing -27. Mandi malam (selepas matahari terbenam) -4, minum air batu -28. Mandi selepas makan -19. Peria -1, sawi pahit -1, kailan -1, ulam raja -1, Pegaga -1, pucuk ubi -1, kacang botor -1, kacang panjang -1Masalah yang dihadapi oleh Ms Za ialah :
kencing kotor,asthma(apabila demam selesema diikuti batuk berkahak,mudah kena asthma,dalam keadaan biasa tiada asthma)
Migrain / sakit kepala:
Waktu kena:kiri kanan,sakit biasa,tapi kerap
Bangun tidur: sakit belakang -4, lengoh-lengoh badan -4. Kekerapan -4 kali sebulan/seminggu
Kerap batuk -1, batuk lambat untuk sembuh -1
Kebas/cramp awal pagi: betis, tapak kaki, peha, tangan.
sakit pinggang bila angkat beban berat atau kerja berat -3. Mudah kebas kaki bila duduk -4
bengkak kaki -1.
Mencungap -4, mudah letih -4.
kulit selalu gatal
Alah kepada kesejukan (kurang minat sejuk) -2, alah kepada panas terik matahari -2
Jari tangan ketar -1
Dada sakit mencucuk -2 (chest pain)
Saya umur XX, belum berkahwin,mempunyai masalah haid(senggugut yg teruk pada hari pertama-ke2, sehingga setiap bulan mesti mengambil ponstan 2-3biji sehari, untuk mengelakkan sakit perut, muntah, sudah menjalani pemeriksaan di hospital, namun apabila di scan tidak ada apa2 tanda ketumbuhan/yg merbahaya. Namun masih sakit sejak sek menengah sehingga sekarang. Jadi, saya mengambil Evening Primrose utk mengurangkan, tapi masih belum nampak perubahan. Saya juga mempunyai masalah jerawat besar2 (bernanah), tak pernah baik, lalu ada pharmaciest cadangkan saya ambil Biolife Anti-FR-selenium utk membersihkan darah dan Milk Tistle, tonik utk hati. Namun masih juga jerawat belum hilang. Pada masa yg sama badan saya kerap gatal, sebelum tidur, puas menggaru sehingga timbul bintik2 dan bercalar, tapi keesokan tiada bekas pada gatal, jika saya makan suplement Biolife tersebut, tiada gatal lagi. Kalau tak makan Biolife tersebut gatal kembali.
Saya juga mengambil Spirulina, kerana sebelum ini pernah mengalami sakit kaki, bengkak bahagian atas tapak kaki, tak tahu punca, namun melalui pemeriksaan darah, urik acid tahap normal. Melalui ujian darah, doktor kata, saya mengalami anemia defenciensi, jadi badan selalu rasa sengal/sakit2 badan.hampir 2-3bulan sakit, akhirnya pulih. Atas saranan rakan2 saya ambil spirulina utk menguatkan badan dan menambah darah. Ini adalah kerana, saya juga mengalami masalah haid yg lambat, kadang2 kitaran nya sehingga 44hari, jadi apabila saya fikir, mungkin saya kurang darah, jadi saya ambil spirulina, jadi kitaran haid saya kembali normal 29-33hari..kalau saya termiss makan spirulina saya akan kembali lewat datang haid. Kelihatan badan saya amat bergantung pada supplemen2 yg saya sebutkan tadi.apa pandangan saudara?
Sekarang ini,saya sudah 3minggu sakit bahagian lutut, terutama belah kiri, kanan sakit sikit2..nak bengkok kaki sakit, sembahyang boleh tahan lagi, masih boleh sujud dan duduk antara 2 sujud boleh lagi, taklah sakit sangat, tapi rasa sengal, berdenyut2 dibagian lutut, dan peha bagian atas lutut.sehingga sakit satu kaki.Tidur pun termimpi2 pasal sakit kaki, kerap terjaga sebab nak beralih sakit lutut. Jadi saya terbaca artikel saudara. Sejak sakit ni, saya kurangkan makan benda yg saudara sebutkan, tapi sebelum ini memang saya boleh kata tiap2 minggu makan McD, keropok kentang, pizza..
Susu baru2 ni saya minum, sbb sakit kaki, takut kurang calcium(itupun yang hi calcium low fat) taktahu pula saya kena ambil yg full cream(berat badan saya mencecah 70,tinggi 158cm). Sejak sakit kaki, saya cuba kurangkan makan Biolife yg saya sebutkan, jerawat ada kurang, mungkin sbb dah kurang mkn McD/piza. Takut buah pinggang tak larat proses ubat-ubatan. Saya kerap sakit belakang, kaki(kalau banyak berjalan), sakit pinggang. Saya teramat jarang buat exercise.dahulu ada, sekarang takda. Saya juga setiap malam kipas mesti pasang, dan mandi malam. Banyak tabiat tak sihat yg saya sedar.Sekali lagi apa pandangan saudara? Terima kasih saya dahulukan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Ms Za di atas, berikut adalah jawapan yang saya berikan kepada Ms Za melalui email saya:

Assalamualaikum wbhMelihat data yang sdr berikan, saya mengucap astagfirullah hal aziem!! Banyak sekali sdr perlu bertaubat dari segala dosa yang pernah dilakukan. Mudah-mudahan sdr diberikan rahmat kesihatan oleh Allah SWT.Berikut adalah analisis saya.1 Sdr menghidap masalah pada buah pinggang yang agak serius. Pada tahap ini selalunya hospital masih tidak dapat mengenalpastinya dan kebiasaannya hospital hanya dapat mengenalinya apabila tiba tahap kronika) Punca masalah sdr ialah kerana i) Minum air amat sedikit iaitu sekitar 1 L sehariii) Kacang tanah -2, kacang bergaram -1, mee segera -1, makanan rapu dan namakan (Super Ring, Twisties, Double Decker ) -4, cokelat -2, pulut, ubi, keladi, keledek -3, mangga siam -3, durian rambutan -3(ikut musim), oren sunkist -2, nescafe -1iii) Kurang makan sayuran berkhasiat seperti daun ubi, sawi pahit, kailan, peria dan sebagainya.iv) Gemar menahan air kencingv) Gemar makan fast foodb) Rawatan mengatasi masalahi) Perlu minum air dengan jumlah kesemuanya adalah melebihi 2L sehari. Pastikan minum segelas air suam sebelum tidur. Adalah baik bangun sekitar 2- 4 pagi untuk terkencing.ii) Elakkan minuman bergas dan teh kedaiiii) Perlu kerap kencing dan jangan lagi menahan kencing.iv) Elakkan kacang tanah, kacang bergaram, mee segera, makanan rapu, cokelat, pulut, ubi, keladi, keledek, mangga siam, oren sunkist dan yang sewaktu dengan nya, nescafe, minuman sunquick dan orange squash atau perasa minuman lainnya, jeruk kering, jeruk basah, durian, tembikaiv) Makanlah apel hijau 2 biji semingguvi) Minum teh misai kucing 2 paket sehari selama 4 bulan dan selepas itu makan 1 paket sebulan seterusnya.vii) Makan kapsul habbatussauda 2 biji sehari selama 2 bulan dan 1 biji sehari selepasnya.viii) Makan sayuran yang berkhasiat tetapi elakkan bayam, petola, buncis, cendawan, cauliflower, petai dan jering.ix) Jangan makan kerap dan banyak ubi, kentang, keladi, pulut dan keledek. x) Elakkan makan ikan berbisa seperti keli dan parixi) Kurangkan pengambilan dan kekerapan udang, kerang, sotong dan ketam. Kalau makan udang, setakat 2 ekor sahaja.xii) Kurangkan pengambilan supplement tetapi spirulina bolehxiii) Kurangkan kopi2 Sdr menghadapi masalah dengan jantung sdr. Sama seperti buah pinggang, hospital dan doktor insyaAllah hanya dapat mengenalpastinya apabila tahapnya sudah kronik. Tahap jantung sdr sudah agak serius juga.a) Punca masalah sdr ialahi) Ais krim cornetto / vanilla / strawberry / cokelat / jagung_3_ii) Margarine -1, soft margarine -1, Buttercup -1, kek -2, krim kek -1, lemak daging (tetel) -2, kulit ayam -1, bontot ayam -1, makanan bergoreng 4, minyak jelantah -2, susu pekat manis -2, krimer -1.iii) Burger -3, Sosej -3, Nuget -3, KFC -3, Mc Donald -3, Pizza -3, kentang goreng -3iv) Mandi selepas makan.b) Rawatani) Elakkan sama sekali punca masalah seperti di atasii) Ambil segenggam kacang hijau, rendam kira-kira 10 minit, rebus sehingga masak tetapi tidak pecah kulitnya. Bukan direbus sehingga lembut seperti buat bubur kacang. Jangan bubuh garam. Selepas masak, buangkan airnya. Makanlah sepanjang hari. Lakukanlah setiap hari selama 2 -3 bulan3 Paru-paru sdr juga sudah bermasalah.a) Punca ialahi) Mandi malam iaitu antara masuk maghrib hingga 5 pagiii) Ais krimiii) Air batuiv) Tidur bawah kipas yang laju (kelajuan 3)b) Rawatani) Elakkan segala punca yang dinyatakan di atasii) Minum susu segar atau susu fullcreamiii) Elakkan merokokSegala amalan yang saya sebutkan di atas sebenarnya adalah mudah untuk dilakukan sekiranya diizinkan oleh Allah SWT tetapi ramai yang sukar melakukannya kerana Allah SWT tidak mengizinkannya. Bagi memudahkan amalan ini dilakukan, elakkan dari melakukan segala dosa dan kerjakanlah segala perintahNya. Semoga sdr diberikan rahmat oleh Allah SWT.Dalam situasi sekarang, kalau sdr berkahwin pun banyak mendatangkan masalah kepada suami dan anak-anak dengan situasi kesihatan sdr.Sekian emjay~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jikalau saya melalui lebuh raya dari Skudai, insya-Allah saya akan sampai ke kuala Lumpur, begitulah lazimnya. Jikalau seseorang melalui jalan hidup dan permakanan yang serupa dengan Ms Za, apabila cukup tempuhnya insya-Allah bakal mendapat masalah yang serupa.Berdasarkan ini jugalah maka arwah guru mengajarkan saya bahawa tidak ada penyakit keturunan iaitu penyakit yang diwariskan daripada ibu bapa kepada anak-anak. Namun apa yang diajarkan sebagai pengganti ilmu ini ialah, sekiranya seorang ibu atau bapa menghidap penyakit seperti diabetes, jikalau anaknya mengamalkan cara hidup dan permakanan yang serupa dengan ibu bapanya, insya-Allah anak ini bakal mendapat penyakit yang serupa iaitu diabetes. Sekian untuk kali ini semoga pembaca Laman Emjay sekelian diberikan Allah SWT rahmat kesihatan.Wassalam wallahuaqlamEmjay

No comments: