Sunday, April 8, 2012

Penyakit keturunan, ibu ayah diabetes - anak-anak juga diabetes???

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha PenyayangAssalamualaikum wbhSegala puji-pujian hanya untuk Allah SWT yang mengurniakan pelbagai rahmatNya.Alhamdulillah saya telah mula menulis semula semenjak sekian lama iaitu semenjak bulan April lalu tidak menulis di Laman Emjay. Sekali lagi saya ingin memaklumkan kepada pembaca sekelian bahawa saya juga amat memerlukan cuti rehat kerana keluarga dan diri saya juga memerlukan perhatian. Mungkin selepas ini saya memerlukan seseorang untuk membantu saya menyediakan "mirror" sebagai backup kepada Laman Emjay kerana sekiranya ada sebarang masalah kepada Laman Emjay, pembaca sekelian bolehlah disalurkan ke laman "mirror" ini. Mungkin jikalau ada yang secara sukarela ingin membantu saya mewujudkan site mirror ini di Multiply, maklumkanlah kepada saya.Baru-baru ini saya menerima satu reply daripada pembaca

lyyna1976 wrote on Jun 19 berbunyi :

salam ustaz...sy nak tanya, adakah keturunan mempengaruhi penyakit yg disebutkan?...masa sy kecik dulu, sy penah lelah...keturunan...atuk sy lelah teruk..pastu bila sy dewasa lelah dah tak ada cuma kalau demam atau batuk lambat la skit pulih...bila saya kawin, suami sy juga lelah..keturunan jugak...sebelah bapanya...bila dapat anak..kedua2 anak kami juga punya simptom nak lelah juga..kerap sgt batuk dan demam...lansung tak boleh silap makan..mmg tido pakai kipas pun.bila baca artikel tu, sy sedar bhw semua itu penyumbang keadaan jadi buruk.insyaallah sy akan ubah gaya hidup..terima kasih..moga dikurniakan ilmu yang sentiasa memberi manfaat kepada semua

Berikut adalah jawapan saya berkenaan soalan ini:

Para ilmuan barat yang kebanyakannya orang kafir mewar-warkan bahawa terdapat faktor keturunan dari aspek penyakit. Maksudnya, jikalau emak atau ayah ada penyakit jantung, anak-anak akan kena penyakit yang sama. Jikalau emak ayah menghidap penyakit lelah, anak bakal mewarisi penyakit ini melalui gene penyakit lelah yang terdapat di dalam DNA.Terus terang saya sangat tidak bersetuju dengan pandangan ilmuan barat ini. Sewaktu arwah guru saya membawakan pandangan yang bertentangan ini dahulu, saya turut sama menentangnya maklumlah saya juga adalah salah seorang graduan biologi/kimia yang pada ketika itu memangnya sangat percaya dengan ilmu barat berkaitan gene penyakit yang diturun temurunkan oleh emak dan ayah melalui DNA.

Namun lama kelamaan dengan ketabahan arwah guru mendidik saya dengan memberikan pelbagai hujahnya, kini saya adalah salah seorang penentang ilmu barat yang mengatakan bahawa penyakit boleh diwariskan melalui gen dari ibu dan ayah kepada anaknya.Beberapa minggu lalu saya bertemu seorang rakan sekerja di UTM yang sebaya saya. Agak sudah lama saya tidak bertemu beliau. Beliau kelihatan sangat uzur. Apabila saya bertanya soalan tentang keuzurannya , barulah saya tahu bahawa beliau sudah mengidap penyakit diabetes semenjak berbelas tahun dahulu iaitu ketika usianya awal tiga puluhan. Apabila saya menyelidiki latar belakangnya, fahamlah saya mengapa beliau ini menghidapi diabetes.

Punca diabetes ini antaranya ialah kerana beliau tidak makan sayur semenjak kecil. Saya namakan hamba Allah ini sebagai Amir.Sebenarnya semakin ramai umat Islam di Malaysia yang mengamalkan amalan tidak sihat yang sama ini iaitu gemar makan lauk terutama sekali ayam tetapi tidak gemar makan sayur. Ada yang makan sayur tetapi sekadar makan taugeh, timun dan kobis. Jikalau sekadar makan 3 sayur ini, ia masih belum mencukupi untuk mengelakkan dari mengidap diabetes. Sepatutnya makanlah sayur yang berkualiti seperti daun ubi, sawi pahit, kailan, peria, kacang panjang, ulam raja, kacang botor, pegaga, tomato, tenggek burung dan yang sewaktu dengannya. Apabila Amir mengamalkan amalan yang tidak sihat dengan tidak makan sayur, beliau telah menghidap diabetes semenjak muda. Insya-Allah oleh kerana suami tidak makan sayur, isteri Amir juga lama kelamaan juga akan mengikuti jejak langkah Amir dan akhirnya suami isteri ini akan tidak makan sayur. Akhirnya isteri Amir ini juga bakal menghidap diabetes kerana amalan permakanan yang sama.

Apabila Amir suami isteri tidak makan sayur, anak-anak mereka pastilah tidak makan sayur. Mendidik anak untuk makan sayur memang bukan satu perkara mudah. Bagi saya, untuk mendidik agar anak-anak makan sayur, saya hanya menggunakan pendekatan merotan. Tidak makan sayur rotan. Insya-Allah anak-anak ini akan makan sayur apa sahaja yang diberikan.Bagi kes Amir ini, apabila beliau tidak makan sayur, amalan tidak sihat ini merebak kepada isterinya. Amalan ini seterusnya merebak kepada anak-anak Amir. Akibat dari amalan tidak sihat inilah yang menyebabkan Amir menghidap diabetes, kemudian isterinya juga bakal menghidap diabetes dan apabila anak-anak Amir menjangkau usia awal 30an, anak-anak ini juga bakal menghidapi diabetes. Anak-anak Amir menghidap diabetes bukanlah kerana faktor keturunan atau gene tetapi adalah kerana amalan permakanan yang sama.

Sekiranya pembaca sekelian yang tiada kena mengena dari segi pertalian darah dengan Amir ini tetapi sekiranya mengamalkan amalan yang tidak sihat ini iaitu tidak makan sayur maka insya-Allah juga bakal menghidap diabetes.Amalan tidak makan sayur ini selain mengakibatkan diabetes, ia juga bakal mengakibatkan penyakit tekanan darah tinggi. Akibat daripada diabetes dan penyakit tekanan darah tinggi ini, pelbagai penyakit sampingan lain bakal melanda seperti angin ahmar, cataract, paru-paru berair dan berbagai penyakit kronik lainnya.Selain daripada amalan tidak makan sayur, ibu bapa yang gemar minum nescafe, sunquick, orang squash dan yang sewaktu dengannya juga insya-Allah bakal mengakibatkan penyakit diabetes. Seterusnya penyakit ini akan dialami oleh generasi anak-anak apabila mereka juga mengamalkan amalan yang sama.Ada pelbagai punca lain penyebab penyakit diabetes dan insya-Allah saya akan menulisnya di kesempatan lain.

Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah penyakit tidak diwariskan dari ibu bapa kepada anak-anak tetapi amalan permakanan yang sama akan menjadikan anak-anak mewarisi penyakit ibu bapa mereka.Ibu bapa yang gemar tidur bawah kipas yang sangat laju bakal menghidap penyakit lelah/semput dan apabila amalan ini juga diamalkan oleh generasi anak-anak, insya-Allah anak-anak ini bakal menghidap penyakit yang sama iaitu lelah/semput. Sekiranya amalan ini ditambah pula dengan gemar minum air batu, lagilah parah penyakit lelah / semput ini.Satu ketika dahulu saya telah menceritakan keburukan makan sardin kerana ia boleh menyebabkan kanser dan tumor. Pada satu ketika dahulu, seorang ibu sangat gemar makan sardin.

Hampir setiap hari sepanjang beliau mengandung, ibu ini memasak ikan sardin. Dalam kes ini, anak perempuan yang dilahirkan sudah menghidapi tumor pada rahimnya dan pada ketika bayi ini berusia 2 bulan, doktor menjalankan pembedahan untuk membuang tumor ini. Ini juga menunjukkan bahawa penyakit tidak diturunkan oleh ibu melalui faktor keturunan atau gen. Kegemaran ibu ini memakan sardin mengakibatkan darah yang memasuki badan anak ini ketika di dalam rahim mengandungi bahan yang tidak sihat dan akibatnya tumor terbentuk sewaktu bayi ini masih didalam perut lagi.Keluarga yang gemar mandi malam akan mengakibatkan keseluruhan ahli keluarga ini menghadapi masalah yang sama iaitu masalah berkaitan paru-paru. Keluarga yang gemar makan produk margarine akan mengakibatkan keseluruhan ahli kelaurga ini menghadapi masalah berkaitan jantung. Sesiapa yang memakan margarine paling banyak bakal menghidapi kesan penyakit lebih awal dari mereka yang kurang mengambil sumber margarine ini.

Dari penjelasan saya di atas, nasihat saya ialah janganlah mengamalkan amalan tidak sihat ibu bapa. Dan untuk memutuskan amalan tidak sihat dari ibu bapa, ia bukanlah satu perkara yang mudah dan resepi penting agar penyakit dari ibu bapa ini tidak diwarisi oleh anak-anak ialah perlunya kita semua berilmu. Dengan ilmulah kita insya-Allah diberikan Allah rahmat kesihatan dan dengan ilmulah insya-Allah kita bakal memasuki syurga Allah. Sekian semoga semua pembaca Laman Emjay diberikan Allah rahmat kesihatan.Wassalam wallahuaqlam

2 comments: