Sunday, April 8, 2012

Makanan asasi saya ialah buah (oren sunkist) + sayuran

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Kebelakangan ini saya begitu sibuk sekali dan cabaran dari syaitan cukup mencabar. Memang begitulah peranan syaitan untuk menggagalkan usaha saya untuk memerangi perbuatan syirik di kalangan umat Islam di Malaysia. Akibatnya Laman Emjay sudah agak lama tidak diupdate.
Pada hari Khamis minggu lepas iaitu hari cuti sempena hari keputeraan Nabi Muhamad SAW. Seorang pelajar saya mengambil kesempatan hari cuti ini untuk mengadakan majlis perkahwinannya. Oleh kerana saya juga dijemput ke majlis ini, maka saya dan isteri mengambil kesempatan berkunjung ke majlis ini.
Di dalam majlis ini saya perhatikan seorang wanita mungkin sebaya saya sedang duduk di wheelchair. Saya namakan wanita ini sebagai puan Limah. Saya teringatkan seorang kakak ipar saya juga menggunakan wheelchair sudah sekian lama. Semoga dengan azab dari Allah ini segala dosa beliau diampunkan Allah SWT.
Di dalam kesibukan tetamu yang datang menjamu selera, saya mengambil kesempatan untuk menyiasat masalah puan Limah sehingga beliau duduk di wheelchair. Saya memang begitu suka sekali bertanya masalah orang manalah tahu saya dapat membantu dengan mengongsikan ilmu saya kepada beliau. Puan Limah tidak begitu selesa dengan tindakan saya namun dengan sikap kedegilan, saya terus mengasak Puan Limah dengan beberapa soalan untuk menyiasat punca masalah beliau.
Setelah mengajukan beberapa soalan, akhirnya fahamlah saya kes Puan Limah ini. Puan Limah ini sebenarnya menghadapi masalah lutut kanan yang kehausan tulang rawan akibat dari penghakisan oleh garam kristal yang terbentuk di dalam sendi lutut tersebut. Pembaca boleh membaca artikel saya sebelumnya iaitu GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75 . Penyakit yang dihadapi oleh Puan Limah ini adalah mungkin penyakit gout atau penyakit yang mirip penyakit gout.
Setelah mengetahui penyakitnya, saya terus mengajukan soalan untuk mengetahui puncapenyakit Puan Limah ini. Dari sesi soal jawab ini saya dapat memantapkan lagi ilmu saya. Punca penyakit Puan Limah adalah sebenarnya kerana gaya pemakanannya yang cukup pelik. Mungkin Puan Limah adalah satu-satunya sampel tunggal di dalam dunia ini yang mengamalkan amalan yang pelik ini. Puan Limah tidak makan nasi dan makanan asasi Puan Limah adalah buah-buahan dan sayuran semata-mata. Buah yang kerap diambil ialah buah limau sunkist. Puan Limah dengan bangga menceritakan bahawa di rumahnya terdapat berpeti-peti buah limau sunkist.Untuk apa tujuan amalan pelik sebegini saya pun tidak tahu kerana tidak sempat menyoal oleh kerana pelbagai gangguan tambahan pula Puan Limah seakan tidak selesa dengan pertanyaan saya.
Madu adalah baik untuk tubuh tetapi sekiranya memakan madu melebihi 4 sudu besar insyaAllah akan mengalami kesan buruknya iaitu ceret beret. Telur juga adalah baik tetapi memakan telur setiap hari adalah buruk dan memberikan kesan negatif yang amat buruk terhadap jantung dan bakal menyebabkan pelbagai masalah lain. Bertambah buruk lagi sekiranya mengambil telur sekali makan dua biji. Kesan buruknya lebih parah. Begitu juga apel hijau adalah baik dan merupakan sebahagian rawatan semula jadi keatas pelbagai penyakit tetapi pengambilan apel hijau ini tidak boleh melebihi 2 atau 3 biji seminggu. Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah oren sunkist adalah baik tetapi dengan mengambilnya secara keterlaluan dan diambil setiap hari adalah sangat mendatangkan mudarat terutama sekali kepada buah pinggang.
Mengambil oren sunkist sebagaimana Puan Limah ini menyebabkan fungsi buah pinggang rosak. Apabila buah pinggang rosak, banyak bahan toksik yang sepatutnya disingkirkan dari tubuh masih kekal berada di dalam darah. Apabila bahan toksik ini semakin bertambah kepekatannya, ia akan menyebabkan penghasilan berbagai garam kristal di dalam sendi sama ada di ibu jari kaki, tapak kaki atau pada sendi lutut. Dalam kes Puan Limah ini, banyak sekali garam kristal terbentuk di sendi kaki kanan. Ini menjelaskan kegagalan buah pinggang sebelah kanan. Pembentukan garam kristal di dalam sendi lutut ini akan menyebabkan sakit yang amat sangat dan menyukarkan perjalanan. Doktor kerap memberikan painkiller dalam preskripsi mereka disamping pelbagai ubat lain. Painkiller ini akan menyebabkan tubuh tidak mengalami sakit (walau pun sebenarnya sakit itu tetap wujud) dan memudahkan pergerakan Puan Limah tetapi ini akan menyebabkan kerosakan serius pada tulang rawan di dalam sendi lutut Puan Limah menyebabkan lapisan tulang rawan ini akhirnya terhakis habis. Inilah yang sedang dialami oleh Puan Limah.
Situasi Puan Limah ini menyebabkan darah beliau bersifat asid dan antara puncanya ialah paras asid urik dan asid-asid lain di dalam darah yang semakin tinggi. Darah yang normal adalah sedikit bersifat alkali dan perubahan pH pada darah menjadi asid ini sebenarnya mengundang pelbagai masalah sampingan lain.
Puan Limah sempat memberitahu saya bahawa didalam masa terdekat ini beliau akan dibedah oleh doktor. Beliau menyatakan perkara ini kepada saya dengan perasaan begitu ceria seolah-olah pembedahan ini akan menyelesaikan segala masalah beliau. Pembedahan ini sebenarnya akan menambahkan masalah beliau. Apa yang patut Puan Limah lakukan ialah menyiasat apa punca segala permasalahan ini lalu menyelesaikannya da mencari ubat secara alamiah semoga tulang rawan yang terhakis dapat tumbuh semula. Perkara ini kelihatan mudah tetapi ini akan menjadi teramat sukar apabila Allah SWT mengazab seseorang.
Apa yang Puan Limah perlu lakukan sebenarnya ialah kembali dengan tabiat permakanan sebagaimana orang normal lainya iaitu makan nasi berlaukkan ikan, daging atau ayam disamping memakan sayur-sayuran yang berkhasiat seperti daun ubi, daun keledek dan sebagainya disamping memakan pelbagai buah berkhasiat secara mengikut kadar yang sesuai. Bagi Memulihkan keadaan buah pinggang pula, Puan Limah perlu memakan ubat tradisional untuk memulihkan kesihatan buah pinggang. Apabila buah pinggang sihat, segala bahan toksik di dalam darah dapat disingkirkan dan darah akan bersih dari segala asid urik dan asid lain dan dengan ini mengelakkan pembentukan garam kristal di dalam sendi.
Apa yang saya jelaskan di atas nampak mudah namun apabila Allah SWT ingin mengazab hambanya kerana dosa-dosanya, lazimnya Allah mengubahkan selera hamba Allah ini terlebih dahulu. Kalau Allah nak memberikan penyakit jantung, mungkin Allah SWT mengubah selera hamba Allah ini kepada gemar makan kentang goreng, ais krim, creamer, burger, naget, potato chip, Pringle potato chip dan segala yang sewaktu dengannya. Apabila cukup tempuhnya lalu Allah SWT memberikan penyakit jantung.
Begitu jugalah kalau Allah SWT ingin mengazab seorang hambaNya agar duduk di wheel chair, mungkin dimulakan dengan seleranya berubah gemar makan makanan yang pelik-pelik sebagaimana di dalam kes Puan Limah ini beliau menjadikan makanan asasinya sebagai buah (oren sunkist) dengan sayuran semata-mata. Selagi Allah ingin mengazab Puan Limah ini, segala nasihat yang baik akan tidak didengarinya dan segala nasihat buruk pula akan diikutinya, begitulah sunnatullahnya. Manusia tidak boleh memberikan rahmat kepada manusia lain sebagaimana Nabi Muhamad tidak mampu memberikan rahmat kepada pakcik tersayangnya Abu Talib yang mati kafir. Saya juga tidak mampu memberikan rahmat kepada Puan Limah.
Di dalam kes Puan Limah ini, seandainya beliau bersungguh-sungguh bertaubat di atas segala kesalahannya dan tidak mengulangi kesilapan serta memohon doa agar sembuh, insya-Allah Allah akan mendatangkan seseorang yang bakal memberikan nasihat yang tepat lalu sembuhlah beliau kerana rahmat Allah SWT.
Marilah doakan Puan Limah semoga beliau sembuh dari azab pedih dari Allah SWT ini.

Sekian untuk kali ini.

No comments: