TANPA mengira jantina dan peringkat umur, penyakit kemurungan boleh
terjadi kepada sesiapa sahaja.
Umumnya, kemurungan yang dialami lelaki
adalah berbeza dengan wanita kerana tekanan hidup tidak sama.
Kebiasaannya, lelaki yang mengalami masalah kemurungan mudah menjadi
pemarah, agresif dan cepat berasa terganggu. Manakala, wanita pula
menunjukkan emosi tidak stabil, menjadi pendiam, mengasingkan diri dan
memendam perasaan.
Masih ramai dalam kalangan kita memandang remeh masalah tersebut
kerana tidak mahu dilabelkan sebagai gila. Ketahuilah bahawa kemurungan
adalah satu penyakit serius dan memerlukan rawatan yang
sewajarnya. - LYNN
No comments:
Post a Comment