Memasuki usia 40-an segala usaha untuk kekal muda terasa semakin sukar.
Bukan setakat kedut dan garis-garis halus di muka bertambah, usaha
untuk mengekalkan berat badan agar kekal langsing juga semakin mencabar.
Leka sedikit mudah sahaja angka pada penimbang berat badan naik mendadak.
Sebelum keadaan bertambah teruk, ikuti beberapa tip mudah yang tidak
memerlukan belanja besar atau peruntukan masa tambahan bagi mengurangkan
berat badan dan kekal kelihatan (dan berasa) seksi seperti dahulu.
1 Timbang berat badan setiap hari. Sentiasa perhatikan berat badan
sendiri dengan sekurang-kurangnya memiliki alat timbang di bilik tidur
anda. Ia mungkin nampak keterlaluan tetapi ini membantu anda agar tidak
hilang tumpuan. Pastikan berat turun naik secara puratanya tidak
melebihi dua kilogram.
2Air adalah kunci utama.
Semakin banyak anda minum air, semakin baik tubuh berfungsi (jika
anda tidak gemar minum air kosong, campurkan sedikit jus buah-buahan
yang anda sukai untuk memberi rasa).
3Elak makanan proses.
Peraturan asasnya, semua makanan proses dan berpek adalah tidak sihat
kerana mengandungi bahan-bahan seperti perasa tiruan, pengawet dan
sebagainya. Seboleh mungkin elakkan makanan ini. Memang tidak mudah
tetapi berbaloi untuk mencubanya.
4Elak minuman bergula dan makanan segera.
Jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan ia rendah lemak atau untuk
diet. Makanan serta minuman seperti ini hanya membuatkan anda bertambah
gemuk.
5Dapatkan tidur berkualiti yang cukup sekurang-kurangnya tujuh jam.
Kekal sihat adalah perkara asas dan untuk memperolehnya minum banyak
air dan tidur yang cukup. Kedua-duanya membantu tubuh berfungsi dengan
baik. Tidak percaya, boleh cuba.
6Aktifkan diri jangan biarkan terpersuk di sofa.
Sentiasa lekatkan dalam minda bahawa menurunkan berat badan adalah 33
peratus berkaitan makanan, 33 peratus memberi tubuh apa yang diperlukan
untuk ia berfungsi (rehat, air dan sebagainya) dan 33 berkaitan
pergerakan fizikal (sama ada bersenam, melakukan kerja rumah dan
sebagainya). Menghadap televisyen hanya membuang masa terutama apabila
duduk di sofa sambil mengunyah kerepek atau bertih jagung. Cuba elakkan
menonton televisyen hingga lewat malam, sangat tidak bagus.
7Sayur-sayuran atau salad sangat penting dalam diet makanan.
Memang ramai yang tidak suka sayur, tetapi tubuh ternyata amat
menyukainya dan memainkan peranan besar dalam usaha untuk mengurangkan
berat badan.
8Sebolehnya ambil ikan, sayur dan buah-buahan dalam diet pemakanan harian.
Ketiga-tiga kategori makanan ini membuatkan anda lebih sihat dan
bertenaga, selain sememangnya lebih berkhasiat serta kurang kalori.
No comments:
Post a Comment