Pengenalan
Buah pinggang adalah salah satu daripada organ yang penting di dalam tubuh kita.
Buah Pinggang mempunyai berbagai fungsi, salah satu fungsinya ialah untuk mengeluarkan bahan buangan dihasilkan oleh tubuh kita daripada makanan yang kita makan.
Sesetengah makanan menghasilkan lebih banyak bahan buangan berbanding dengan makanan yang lain.
Ketidakseimbangan disebabkan oleh bahan buangan ini akan menggangu fungsi tubuh.
Pesakit yang menjalani haemodialisis bergantung kepada cara rawatan ini untuk mengeluarkan bahan buangan yang berlebihan, seterusnya memberikan keseimbangan kepada tubuh mereka.
Walaupun haemodialisis direka untuk menggantikan fungsi buah pinggang, tetapi terdapat juga makanan yang perlu dielakkan.
Walaubagaimanapun, adalah penting bagi pesakit untuk makan dengan sempurna dan betul untuk mencapai serta mengekalkan berat badan yang sesuai dan untuk menjamin kesihatan yang baik.
Walaubagaimanapun, adalah penting bagi pesakit untuk makan dengan sempurna dan betul untuk mencapai serta mengekalkan berat badan yang sesuai dan untuk menjamin kesihatan yang baik.
Objektif penjagaan makanan
Zat Makanan
untuk mengelakkan pengumpulan bahan buangan beracun yang berlebihan - Protein
untuk mencapai/mengekalkan berat badan yang sesuai - karbohidrat dan lemak
untuk mencapai/mengekalkan paras haemoglobin(HB) yang sesuai - Protein
Untuk mengawal menghindarkan tekanan darah tinggi - Sodium
Untuk menghindarkan denyutan jantung yang tidak teratur - Potassium
Untuk mengelakkan penyakit tulang - Fosfat
Untuk mengelakkan pengumpulan air - Air dan natrium
BERIKUT ADALAH PANDUAN YANG BERGUNA UNTUK ANDA MEMILIH MAKANAN SECARA BIJAK
JENIS MAKANAN
BIJIRIN/HASIL BIJIRIN/UBI
Nasi, mee, meehoon, kuehteow, spaghenti,makaroni,sohoon dan lain-lain
Fungsi
Sumber karbohidrat - memberi tenaga
Kompleks - meningkatkan berat badan
Komen/Amaran
Mengandungi lain-lain zat yang penting
Saranan (sila rujuk Doktor/ Dietitian untuk jumlah sebenar
Makan 3 – 4 kali sehari
Roti, rotijala, roti canai, capati, tosei dan lain-lain
Fungsi
Sumber karbohidrat - memberi tenaga
Kompleks - meningkatkan berat badan
Komen/amaran
Mangandungi lain-lain zat makanan yang penting
Saranan
Jumlah yang boleh dimakan setiap kali 1 ½ - 2 hidangan
Sagu, jagong, ubi kayu, semua jenis tepung
bijirin sarapan misalnya oats, comflakes, emping, beras (rice bubbles)
Fungsi
Sumber karbohidrat - memberi tenaga
Kompleks - meningkatkan berat badan
Komen/amaran
Mengandungi lain-lain zat yang penting
No comments:
Post a Comment