Friday, July 3, 2015

PENYAKIT ANGIN AHMAR

Apa itu Angin Ahmar?
  • Stroke atau cerebrovascular accident
  • Satu keadaaan di mana terdapat gangguan bekalan darah ke otak dengan tiba-tiba
  • Biasa berlaku di kalangan warga tua
  • Kematian akibat angin ahmar adalah 1.5 kali lebih tinggi pada warga tua berumur 85 tahun ke atas.
Apa yang menyebabkan angin ahmar? 
  • Trombosis (pembekuan darah)
  • Pembekuan darah terbentuk di salur darah otak yang sempit
  • Embolisma (Pembekuan darah kecil)
  • Arteri (salur darah) dalam otak tersekat oleh pembekuan ddarah, lemak atau udara
  • Pendarahan
  • Pendarahan paa arteri dalam otak akibat ari tekanan darah tinggi atau kecereraan di kepala
  • Tekanan
  • Salur darah (Arteri) dalam otak tertekan oleh ketumbuhan.

Faktor-faktor risiko bagi angin ahmar
  • Tekanan darah tinggi
    • Faktor paling biasa
    • Boleh merosakkan salur darah dalam otak
  • Makanan berlemak/tinggi kolesterol
    • Kolesterol berlekat pada dinding salur darah dan menyebabkan ia menjadi sempit dan mengurangkan pengaliran darah ke otak
  • Berat badan berlebihan
    • Meninggikan peluang mendpaat penyakit darah tinggi
  • Merokok
    • Asap tembakau menyempitkan salur darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan organ-organ lain
    • Risiko perokok mendapat angin ahmar adalah 3 kali ganda lebih daripada orang biasa
  • Diabetis
    • Kandungan gula yang tinggi menyebabkan salur darah menjadi keras dan tebal
  • Tekanan (Stres)
    • Tekanan darah meningkat dengan sementara apabila emosi tertekan.
Gejala angin ahmar
  • Gejala bergantung kepada bahagian mana otak yang terlibat.  Gejala yang biasa adalah:
  • Lemah atau lumpuh sebahagian tubuh badan
  • Susah bercakap
  • Susah menelan
  • Hilang ingatan serta daya tumpuan
  • Hilang keupayaan mengawal air kencing atau najis
  • Gangguan emosi - murung serta sedih
  • senang marah atau menangis
ANGIN AHMAR ADALAH KECEMASAN, DAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA!
  • Tindakan anda. Jumpa doktor dengan segera jika terdapat tanda-tanda berikut:
    • kebas di sebahagian badan
    • kesukaran bertutur
    • sakit kepala
    • pening kepala
    • gangguan penglihatan dengan tiba-tiba
Jika disahkan mengidapi angin ahmar:
  • Kemasukan ke hospital adalah perlu untuk mengesan sebab dan keterukan keadaan
  • Rawatan - ubat-ubatan
  • Pemakanan
  • Program pemulihan - senaman, pertuturan dan aktiviti kehidupan harian
  • Cara-cara mengurangkan kejadian angin ahmar
    • Periksa tekanan darah setahun sekali
    • Jaga pemakanan anda – kurangkan makanan berlemak kolestrerol gula dan garam
    • Kurangkan kopi,teh dan minuman keras
    • Berhenti merokok
    • Bersenam sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu
    • Kawal diabetis
    • Latih diri untuk bertenga
    • Rehat dengan cukup
    • Mulakan hobi
    • Teknik bertenga (relaxation technique).

No comments: