Tuesday, May 24, 2016

KHASIAT PERIA

Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Peria juga mengandungi lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.

Ini boleh membantu mereka yang mengalami masaalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masaalah ketagihan alkohol boleh cuba miminum perahan daunnya.


Foto Khall Sakanjabeen.

Peria merupakan sayur-sayuran hijau yang pahit. Tetapi mempunyai banyak manafaat dari sudut kesihatan. Jika kena dengan cara masakannya, pahit peria ini boleh dikurang dengan menggunakan teknik-teknik tertentu. Peria bukan sahaja boleh dimanfaatkan melalui buahnya sahaja, malahan daun peria juga mempunyai banyak manfaat dari segi perubatan.

1. Merawak Buasir : Ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi, mampu merawat buasir.

2. Merawat Panas Dalam Badan : Air rebusan buah peria berfungsi untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.

3. Baik Untuk Pesakit Kencing Manis : Buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi diabetik. Buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula di dalam darah.

4. Baik Untuk Kulit : Peria berupaya menghalang pertumbuhan jerawat kerana berfungsi sebagai penulen darah. Jika mengalami masalah kulit yang lain, amalkan meminum air perahan peria bersama dengan limau selamat empat hingga enam bulan.

5. Merawat Penyakit Taun : Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

6. Mengurangkan Masalah Mata : Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Disitulah terdapatnya beta-kerotena yang baik untuk mata.

7. Mempertingkatkan Masalah Pernafasan : Peria juga baik untuk paru-paru. Campurkan jus peria katak dengan madu. Amalkan minum setiap hari untuk merawat asthma lelah).

8. Memperbaiki Masalah Hati : Buah peria baik juga diambil bagi golongan yang kerap mengambil minuman beralkohol kerana mampu membersihkan toksin di dalam badan terutamanya toksin yang tersimpan di dalam hati. Sekaligus dapat merawat penyakit jaundis yang berpunca dari hati bermasaalah.

9. Menggalakkan Penghasilan Susu : Bagi golongan wanita yang mengalami masaalah kekurangan susu badan. Rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama nasi. Elakkan memakan peria mentah atau memakan peria sahaja tanpa makanan yang lain, kerana rasa pahit ini boleh masuk ke dalam susu badan yang boleh membantut selera bayi.

10. Merawat Masaalah Haid : Bagi wanita yang mengalami masaalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang datang bulan. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang (tidak cukup bulan).

CARA MENGHILANGKAN PAHIT PERIA

GARAM : Terdapat 2 cara iaitu rendamkan peria bersama dengan air garam atau lumurkan garam dengan peria (sebaiknya basuh peria terlebih dahulu untuk memudahkan penyerapan garam). Rendamkan selama 10 minit kemudian tos dan basuhkan sebelum memasak.

AIR BERAS : Rendam peria ke dalam air beras selama 1 jam sebelum memasak dengan air garam. Cara ini sesuai untuk peria katak ianya bukan sahaja mengurangkan rasa pahit malahan bau peria juga berkurangan dan enak dimakan.

TELUR : Cara ini boleh dipraktikkan dengan teknik menggoreng. Pecahkan telur sewaktu memasak peria kemudian gaulkan bersama telur tadi.

REBUS : Dengan menggunakan teknik merebus kemudian toskan air mampu menghilangkan rasa pahit. Boleh dilakukan sebelum memasak masakan berkuah seperti kari atau kuah lemak dan peria rebus juga boleh dimakan begitu sahaja bersama dengan nasi.

EPAL HIJAU DAN LIMAU : Buat anda yang ingin menjadikan peria sebagai jus. Selalunya cara ini dilakukan oleh pesakit kencing manis satu hari sebelum pemeriksan. Kisarkan peria bersama dengan epal hijau. Kemudaian perahkan dengan limau sebelum minum. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan pahit peria malahan dapat mengurangkan bau peria katak.

BUANG BIJI : Biji peria berupaya untuk mencegah penyakit merbahaya seperti Kanser dan HIV kerana mengandungi sebatian yang dipanggil Protein Anti-HIV (MAP-30) juga merawat masaalah muntah-muntah dalam kalangan kanak-kanak dengan cara pengambilan biji peria dan lada hitam. Walau bagaimanapun, biji peria ini merupakan salah satu faktor menyumbang kepada kepahitan peria. Dengan cara membuang biji peria dapat mengurangkan rasa pahit tetapi dalam masa yang sama anda akan kekurangan khasiat tertentu.

GORENG KERING BERSAMA REMPAH : Cara ini agak popular dan menjadi snek kegemaran ramai. Gaulkan peria bersama kunyit, garam, serbuk kari dan paprika (optional). Goreng garing seperti meggoreng pisang. Selain menghilangkan rasa pahit dan bau peria, rasanya juga lebih enak.

Beberapa cara di atas mungkin dapat mengurangkan khasiat-khasiat tertentu di dalam peria. Penulis ingin mengulangi sekali lagi, cara ini sesuai buat mereka yang baru hendak mula memakan peria tetapi terbantut kerana tidak tahan dengan rasa pahit peria dan baunya. Sedikit demi sedikit atau secara perlahan-lahan cubalah nikmati rasa peria yang pahit semulajadi.

TUMBUK DAN PERAH : Tumbuk-tumbuk peria dengan belakang pisau atau menggunakan batu lesung (jangan sampai hancur luma). Kemudian masukkan dalam sebekas air sambil-sambil itu ramas peria dan perah.

KIKIS SEDIKIT KULIT PERIA : Kulit peria juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada rasa pahit. Untuk mengurangkan sedikit rasa pahit. Kikis sedikit kulit peria atau buangkan beberapa bahagian kulit peria. Tetapi ingat, jangan buang semua. Setiap bahagian peria mempunyai khasiat-khasiat tertentu.

HIRIS NIPIS : Hiris nipis kemudian gunakan garam seperti cara yang pertama tadi.

No comments: