Thursday, May 26, 2016

SEMBELIT MERAH DARAH PENAWAR DIABETES

Penghidap diabetes atau kencing manis mungkin ada harapan untuk pulih daripada penderitaan akibat penyakit itu selepas saintis universiti Teknologi MARA UiTM) menemui sejenis tumbuhan yang berpotensi dibangunkan bagi merawat penyakit itu.

Pokok yang dipanggil pokok Sembilit Merah Darah atau nama saintifiknya, Rourea Mimosoides dikesan berupaya merawat penyakit diabetes Tahap 2 (T2D) dengan kemampuan mengurangkan paras glukos dalam darah.

Ia ditemui sekumpulan saintis dari Institut Penyelidikan Produk Semula Jadi Atta-ur-Rahman (Au-Rins) UiTm diketuai Prof Dr Mohd Ilham Adnan ketika Ekspedisi Saintifik Keempat di Hutan Royal Belum, pada 8 hingga 15 September tahun lalu.

Gegar Industri Farmasi

Ketika membentangkan kertas kerja mengenai penemuan yang dianggap bakal menggegarkan industri farmaseutikal negara khanya dalam rawatan diabetes, Mohd Ilham berkata, kumpulannya mengeumpulkan 122 sempel tumbuhan ditemui di hutan berkenaan.

Daripada 122 sampel berkenaan, katanya, dua tumbuhan yang diproses di makmal kemudian di dapati mengandungi bahan penggalak meningkatkan kandungan glukos dalam darah iaitu pokok Kemonyang dan pokok Sembelit Merah Darah yang mempunyai penggalak merawat T2D.

"Hasil ujian makmal dan saringan mendapati ekstrak dari daun mengurangkan paras lipid dalam darah kerana lipid akan menjadi lemak, menyebabkan obesiti. Kedua, ekstrak nye menolong sistem badan memproses glukos supaya tidak berkumpul dalam tubuh.

"Ketiga, ia menunjukkan keupayaan untuk sentiasa memproses gula dalam badan, sekaligus membantu paras gula dalam badan berada dalam keadaan normal dan merawat diabetes. Pokokkomoyang tidak mempunyai aspek ciri-ciri ketiga, maka tidak sesuai untuk rawatan diabetes tahap 2," katanya.

Somposium tiga hari mulai 23 hingga 25 Mei lalu menjadi medan kepada 33 saintis dari pelbagai universiti dan agensi kerajaan membentangkan kertas kerja mengenai hasil penemuan sepanjang lapan hari ekspedisi yang ditaja Yayasan Pulau Banding (PBF) merangkumi pelbagai spesies flora dan fauna.

INFO : POKOK SEMBELI DARAH MERAH

1. Dari rumpun keluar Conna-raceace
2. Nama saintifik Rourea mimo-soides
3. Ciri daun tersusun seragam

No comments: