Thursday, May 19, 2016

ceri
PENAWAR PENYAKIT BUAH PINGGANG

Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna atau pun tidak. Buah pinggang merupakan dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman tangan. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang tubuh pada aras pinggang.
Fungsi utama buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan, mengawal lebihan cecair dari darah, untuk mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah yang diperlukan tubuh dan mengekalkan jumlah fosforus serta kalsium dalam darah agar tulang kekal sihat.
Buah pinggang berfungsi apabila sisa dan air yang berlebihan ditapis semasa darah melalui buah pinggang. Kegagalan buah pinggang berfungsi merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya. Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure).
buah pinggang
Gejala penyakit buah pinggang boleh berbeza dari seorang ke seorang. Malah, ada orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin tidak berasa sakit, atau mereka tidak sedar tentang perubahan yang berlaku. Selalunya, sesetengah orang mungkin mula berasa kurang sihat, sehingga fungsi buah pinggang mereka telah merosot dengan ketara. Itulah sebabnya penyakit buah pinggang kadang-kadang dipanggil penyakit “senyap”. Antara tanda buah pinggang gagal berfungsi seperti kekejangan otot, gatal-gatal yang teruk, merasa tidak sihat seperti mengantuk, keliru, loya, sesak nafas, perubahan dalam pengeluaran air kencing, kehilangan selera makan, rasa letih, pucat, bengkak di tangan, kaki dan kawasan di sekitar mata.
Apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi, ia akan menyebabkan buah pinggang tidak dapat menapis darah dan mengeluarkan lebihan cecair dengan normal, ia boleh memberi kesan kepada tekanan darah, menyebabkan anemia serta penyakit tulang.
Bagi mengatasi masalah penyakit buah pinggang ini, terdapat pelbagai alternatif yang boleh dilakukan bagi merawatnya. Antara makanan yang disyorkan kepada pesakit buah pinggang ialah;
daun sup lawa
Daun Sup
Daun sup telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi! Namun begitu, tahukahdengan “daun sup” anda mampu mencuci buah pinggang. Caranya ialah dengan merebus daun sup dan minum rebusan air daun sup tadi. Amalkan meminumnya segelas sehari. Perubahan akan dilihat melalui akumulasi garam dan racun lain yang keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil.
asparagus

Asparagus
Selain itu, asparagus mengandungi banyak bahan terapeutik yang aktif dipanggil asparagin, Asparagin mempunyai manfaat untuk merawat buah pinggang. Jus asparagus membantu pemecahan kristal asid oksalik di dalam buah pinggang dan ke seluruh sistem otot. Ia dapat membantu pesakit buah pinggang melancarkan sistem pencernaan, melawaskan pembuangan air kecil dan meringankan sistem ginjal. Selain itu, ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, vitamin C dan niasin. Asparagus juga mengandungi antioksida yang dapat menghalang serangan radikal bebas yang boleh membawa banyak penyakit.

ceri 1
Buah Ceri
Buah ceri juga banyak mengandungi vitamin dan rendah protein yang dapat menguraikan kadar kalium. Tambahan pula, ceri kaya dengan antioksida kerana ia membantu mencegah dan memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Ceri sangat baik untuk meningkatkan kesihatan ginjal. Jadi, pesakit buah pinggang digalakkan untuk minum pati buah ceri kerana dapat melancarkan sistem perkumuhan dan memudahkan pembuangan air secara normal.

corn-husk
Jagung
Setiap bahagian pada jagung seperti isirung, batang buah, bulu turut mempunyai kegunaan dan khasiat ubatannya yang tersendiri. Jagung kaya dengan protein, kalsium, fosforus, zat besi vitamin A, B dan E. Bagi pesakit buah pinggang, rerambut atau bulu jagung amat sesuai untuk mengubati masalah buah pinggang, pundi kencing dan pembuangan air. Cara untuk pesakit buah pinggang amalkan ialah denga merendam sejumlah bulu jagung di dalam air mendidih. Biarkan ia direndam selama 20 minit sebelum ditapis dan diminum. Campurkan satu sudu madu dalam air sebelum diminum.

parsley
Daun Parsli
Selama bertahun-tahun, buah pinggang setia menyaring garam, racun dan zat yang berbahaya dalam darah masuk ke dalam tubuh. Pesakit buah pinggang, boleh megubati penyakit mereka dengan meminum air rebusan daun parsli. Amalkan minum satu gelas sehari dan pesakit akan mendapati perbezaan ketara kerana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang melalui air kencing.
Pesakit buah pinggang juga perlu mengetahui makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya untuk mencegah penyakit tersebut berlarutan. Garam adalah pelengkap rasa bagi setiap makanan. Walaupun agak sukar untuk mengelakkan pengambilan garam, namun penggunaan garam harus dikawal bagi pesakit buah pinggang.
PENTING!!!
  • Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan yang mengandungi garam nyata seperti telur masin, ikan masin, ikan kering, dan ikan bilis perencah segera, manakala makanan yang mengandungi garam yang tidak disedari seperti keju, burger dan makanan yang diawet.
garam
  • Selain itu, pesakit buah pinggang hendaklah mengehadkan pengambilan cecair seperti air. Pembengkakan akan berlaku pada anggota badan sekiranya jumlah cecair yang diambil melebihi had. Kesannya pesakit kemungkinan mengalami kesukaran untuk bernafas dan akan mempengaruhi tekanan manakala jantung pula terpaksa bekerja keras. Cecair yang diambil perlu disukat. Dalam sehari mereka hanya boleh mengambil 500 mililiter air sahaja.
  • Pesakit buah pinggang perlu mengawal pengambilan makanan yang tinggi protein seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walau bagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam (daging putih). Kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang dan pengambilan protein yang tinggi akan membebankan buah pinggang.
Secara rawaknya, pesakit buah pinggang semakin hari semakin meningkat bilangannya. Dalam Laporan ke-19 Dialisis dan Pendaftaran Pemindahan Buah Pinggang Malaysia 2011, pengambilan pesakit baru untuk dialisis terus menunjukkan pertambahan dari 2,375 orang pada tahun 2002 kepada 5,201 orang pada tahun 2011. Justeru, diharapkan orang ramai mengamalkan cara hidup yang sihat termasuk mengamalkan pemakanan yang seimbang, tidak merokok serta melakukan aktiviti fizikal dengan kerap agar penyakit buah pinggang ini dapat dikurangkan.

No comments: