Air ubat gout
SELAIN makan ubat, antara nasihat wajib yang dipesan setiap hari kepada pesakit gout di hospital ialah minum banyak air. Soalnya, banyak mana kerana bagi pesakit gout tua, empat lima cawan air sehari juga dianggap banyak. Sebenarnya jumlah yang diperlu diminum ialah dua hingga tiga liter sehari.
Jika ada yang tidak dapat bayangkan banyak mana, tiga liter bersamaan dengan dua botol besar air mineral. Banyaknya! Perlukah minum sebanyak itu? Tidakkah nanti asyik berulang ke tandas untuk buang air kecil?
Sebenarnya memang itulah tujuannya — supaya air kencing pesakit sentiasa dalam keadaan cair. Kerap berulang ke tandas dianggap baik kerana ia menandakan lebih banyak garam dibuang daripada badan.
Gout adalah penyakit yang disebabkan pengumpulan asid urik dalam badan. Asid urik yang terbentuk dalam darah adalah hasil pemecahan pelbagai proses kimia.

Biasanya darah dibersihkan melalui proses penapisan di dalam buang pinggang dan asid urik kemudian dibuang melalui air kencing.
Bagaimanapun, badan pesakit gout tidak dapat menyingkir asid urik secukupnya dan parasnya di dalam darah meningkat. Asid ini mendap di sendi yang boleh menyebabkan keradangan akut pada sendi berkenaan. Keadaan ini dipanggil gout artritis akut.
Malah, individu yang ada penyakit buah pinggang juga mengalami masalah paras asid urik yang tinggi dalam darah. Ini sebabnya pesakit disuruh minum banyak air kerana lebih kerap mereka buang air kecil, bermakna lebih banyak asid urik dikeluarkan daripada badan.
Sebenarnya, gout adalah penyakit kuno yang diketahui dengan terperinci pada abad kelima Sebelum Masihi, tetapi hingga kini ia masih menjadi antara masalah besar di kalangan pesakit kerana menyebabkan kesakitan dan membataskan pergerakan seseorang.
Namun masih ramai tidak menganggapnya sebagai masalah besar berbanding penyakit lain, walaupun gout terbukti boleh menjejaskan kualiti dan tahap kesihatan seseorang, kata Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein.
Secara umumnya, satu peratus penduduk dunia menghidap gout; jumlah hampir sama dengan pesakit reumatoid artritis. Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit gout berumur 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Meskipun tiada data rasmi insiden gout diMalaysia , senarionya mungkin tidak banyak berbeza kerana kebanyakan pesakit tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu diri sendiri. Ini kerana hampir 50 peratus pesakit gagal mengambil ubat mengikut jadual, terutama dalam tempoh enam bulan rawatan.
Gout antara bentuk artritis yang lazim menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan secara tiba-tiba pada sendi, terutama sendi yang besar. Biasanya serangan gout hanya membabitkan satu sendi pada satu-satu masa.
Biasanya asid urik (juga dipanggil garam urat) mendap di sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Walaupun gout dianggap penyakit keturunan, ramai pesakit tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit ini dan 90 peratus kes membabitkan pesakit lelaki. Kebanyakan pesakit gout mempunyai kadar asid urik tinggi dan keadaan ini dipanggil hiperurisemia.
Hiperurisemia berlaku apabila buah pinggang gagal menyingkir asid urik secukupnya atau jika badan menghasilkan terlalu banyak bahan ini. Kedua-dua masalah inilah yang selalunya diwarisi anak.
Serangan
Serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Serangan gout berlaku secara mengejut dan cepat; tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi yang terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa menambah kesakitan.
“Biasanya, serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku. Serangan boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.
“Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
“Jika tidak diberi rawatan dan penjagaan, serangan gout menjadi lebih kerap, lebih lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Serangan gout yang terlalu kerap adalah bahaya kerana boleh merosakkan sendi. Sama seperti kesan artritis lain, kerosakan sendi akibat gout tidak boleh dipulihkan dan menyebabkan seseorang pesakit menjadi cacat,” katanya pada pelancaran buku Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Gout anjuran Persatuan ReumatologiMalaysia dan Akademi Perubatan Malaysia .
Dulu gout dianggap penyakit orang kaya yang disebabkan pemakanan. Meskipun ia terbukti tidak benar, makanan dan minuman boleh menjadi pencetus serangan, terutama jika seseorang itu mengambil terlalu banyak minum minuman beralkohol dan mengambil makanan yang kaya kandungan purin.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti:
Malah, individu yang ada penyakit buah pinggang juga mengalami masalah paras asid urik yang tinggi dalam darah. Ini sebabnya pesakit disuruh minum banyak air kerana lebih kerap mereka buang air kecil, bermakna lebih banyak asid urik dikeluarkan daripada badan.
Sebenarnya, gout adalah penyakit kuno yang diketahui dengan terperinci pada abad kelima Sebelum Masihi, tetapi hingga kini ia masih menjadi antara masalah besar di kalangan pesakit kerana menyebabkan kesakitan dan membataskan pergerakan seseorang.
Namun masih ramai tidak menganggapnya sebagai masalah besar berbanding penyakit lain, walaupun gout terbukti boleh menjejaskan kualiti dan tahap kesihatan seseorang, kata Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein.
Secara umumnya, satu peratus penduduk dunia menghidap gout; jumlah hampir sama dengan pesakit reumatoid artritis. Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit gout berumur 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Meskipun tiada data rasmi insiden gout di
Gout antara bentuk artritis yang lazim menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan secara tiba-tiba pada sendi, terutama sendi yang besar. Biasanya serangan gout hanya membabitkan satu sendi pada satu-satu masa.
Biasanya asid urik (juga dipanggil garam urat) mendap di sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Walaupun gout dianggap penyakit keturunan, ramai pesakit tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit ini dan 90 peratus kes membabitkan pesakit lelaki. Kebanyakan pesakit gout mempunyai kadar asid urik tinggi dan keadaan ini dipanggil hiperurisemia.
Hiperurisemia berlaku apabila buah pinggang gagal menyingkir asid urik secukupnya atau jika badan menghasilkan terlalu banyak bahan ini. Kedua-dua masalah inilah yang selalunya diwarisi anak.
Serangan
Serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Serangan gout berlaku secara mengejut dan cepat; tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi yang terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa menambah kesakitan.
“Biasanya, serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku. Serangan boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.
“Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
“Jika tidak diberi rawatan dan penjagaan, serangan gout menjadi lebih kerap, lebih lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Serangan gout yang terlalu kerap adalah bahaya kerana boleh merosakkan sendi. Sama seperti kesan artritis lain, kerosakan sendi akibat gout tidak boleh dipulihkan dan menyebabkan seseorang pesakit menjadi cacat,” katanya pada pelancaran buku Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Gout anjuran Persatuan Reumatologi
Dulu gout dianggap penyakit orang kaya yang disebabkan pemakanan. Meskipun ia terbukti tidak benar, makanan dan minuman boleh menjadi pencetus serangan, terutama jika seseorang itu mengambil terlalu banyak minum minuman beralkohol dan mengambil makanan yang kaya kandungan purin.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti:
· Terlalu banyak minum minuman keras
· Terlalu banyak makan, terutama makanan yang kaya purin
· Kecederaan kecil pada sendi
· Tidak cukup minum air
· Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat
· Mengamalkan diet melampau
· Berpuasa (contohnya sebelum pembedahan)
Pengalaman setiap pesakit mungkin berbeza, tetapi gejala yang biasa dilaporkan ialah:

· Kesakitan secara tiba-tiba pada sendi yang selalunya membuatkan seseorang terjaga daripada tidur
· Sendi bengkak dan terasa panas
· Sendi menjadi merah dan nampak lebam
· Pembentukan ‘tophi’ iaitu bintil atau ketulan di bawah kulit dan berhampiran sendi yang berisi kristal asid urik. Bintil tophi ini biasanya muncul pada pesakit yang lama menghidap gout. Ia boleh muncul di siku, jari, buku lali atau cuping telinga. Pada sesetengah pesakit, asid urik berlebihan ini berkumpul di dalam buah pinggang dan membentuk batu karang yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang
Malah, gout pada pesakit yang berumur adalah berbeza dengan pesakit muda seperti:

· Gout pada pesakit berumur membabitkan banyak sendi
· Lebih banyak wanita berumur mengalami gout
· Gout berlaku pada sendi kecil pada pesakit tua
· Pesakit tua yang mendapat gout ketika umur muda lebih mudah mengalami bintil tophi
· Ada kaitan antara gout dengan ubat diuretik dan penyakit buah pinggang
Diagnosis gout
Perunding Reumatologi Hospital Pakar Al-Islam, Dr Mohd Shahdan Mohd Shahid, berkata gout boleh meniru gejala reumatoid artritis. Walaupun kebanyakan pesakit mengalami hiperurisemia, bukan semua orang yang tinggi kandungan asid urik dalam darah boleh dianggap menghidap gout.
Tanda paling jelas ialah serangan atau kesakitan sendi ibu jari kaki, tetapi pada masa sama doktor masih perlu menjalankan pemeriksaan lain untuk mengesahkannya.
Ini termasuk ukuran kandungan asid urik melalui ujian darah. Paras asid urik biasanya meningkat ketika serangan, tetapi sesetengah kes asid ini ada pada tahap normal. Kadangkala ujian cecair sendi perlu dilakukan untuk melihat kehadiran kristal asid urik.
Rawatan
Dr Mohd Shahdan berkata, gout mudah dikawal jika pesakit mematuhi program rawatan yang sesuai untuknya. Oleh kerana kebanyakan pesakit adalah golongan berumur, pesakit yang dirujukkan kepada pakar reumatologi biasanya juga menghidap penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sindrom metabolik dan sakit buah pinggang.
Kebanyakan rawatan ditumpukan kepada kawalan penyakit berkenaan dan mengabaikan masalah gout yang dihadapi. Akibatnya apabila gout menyerang, pesakit mungkin terpaksa dimasukkan ke hospital atau terlantar di rumah kerana tidak boleh berjalan.
Selain itu, masalah kegemukan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita, termasuk pesakit gout, hanya memburukkan keadaan. Pada masa sama, pesakit perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan penyakit dengan mengambil ubat mengikut arahan doktor.
Memang payah jika setiap hari perlu menelan pelbagai jenis ubat, tetapi inilah hakikat yang perlu diterima untuk menghalang serangan berulang.
Secara umumnya rawatan gout boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
a. Serangan akut

· Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID) biasanya diberi bagi mengawal kesakitan dan bengkak. Ia diberi untuk jangka pendek dan berkesan mengurangkan gejala dalam masa dua hari. Ia perlu diambil secepat mungkin sebaik mengalami serangan. Bagaimanapun, pesakit gout yang juga mempunyai penyakit lain seperti sakit jantung, ulser peptik, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang perlu memberitahu doktor mengenai penyakit mereka dan ubat lain yang diambil bagi mengelak masalah lain.
· Kolcisin juga boleh diberi kepada pesakit gout. Ia digunakan sejak 1,500 tahun lalu untuk merawat keradangan sendi akibat gout.
· Kortikosteroid. Biasanya diberi melalui suntikan ke dalam sendi yang alami kerangan untuk mengawal serangan akut.
Perlu diketahui, ubat yang disenaraikan di atas tidak mengubah paras asid urik pesakit. Ia hanya untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi tidak dapat menghalang pemendapan asid urik pada sendi.
Doktor mungkin memberi ubat seperti pil allupurinol bagi merendahkan tahap asid urik yang perlu diambil setiap hari sepanjang hayat; tidak kira walaupun anda tidak lagi mengalami serangan gout. Ini adalah ubat untuk mencegah pemendapan asid urik dan mengelak serangan.
b. Rawatan jangka panjang
Menurut Perunding Reumatologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Chow Sook Khuan, rawatan jangka panjang penting untuk menghentikan faktor yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Antara kaedah yang perlu dilakukan ialah:

· Mengawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik
· Elak minum minuman beralkohol secara berlebihan. Had dibenarkan ialah segelas wain sehari atau setin bir. Jika lebih, ia meningkatkan paras asid urik dalam darah
· Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali
· Kawal makan. Walaupun ada ubat yang berkesan, kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan. Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik (rujuk Jadual A). Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.
Pembedahan
Dr Chow berkata, pembedahan hanya dilakukan jika:

· Bintil tophi menjadi sangat teruk sehingga merosakkan sendi
· Tophi menyebabkan sendi terbabit hilang fungsi dan pesakit mengalami kesakitan teruk
· Tophi menyebabkan gejala tekanan seperti Sindrom Terowong Karpal (pada pergelangan tangan)
· Untuk tujuan kosmetik, contohnya di cuping telinga
“Memang ramai pesakit mahukan pembedahan untuk tujuan kosmetik. Malah, sesetengah pakar perubatan yang tidak faham mengenai penyakit ini mencadangkan pembedahan bagi membuang tophi. Bagaimanapun secara peribadi, saya tidak menggalakkan pembedahan bagi tujuan kosmetik kerana pembedahan tidak boleh membuang semua kristal pada sendi.
“Namun paling penting ialah luka pembedahan ini mengambil masa lama iaitu antara tiga hingga empat bulan untuk sembuh. Malah ada luka tidak bercantum dan kristal asid atau tophi berwarna keputihan seperti kapur tetap kelihatan selepas sembuh.
“Sekarang ada ubat boleh menghilangkan tophi, tetapi ia mengambil masa lama. Tophi sebesar bola pingpong mengambil masa empat tahun untuk hilang sepenuhnya, tetapi kesannya lebih baik berbanding pembedahan. Yang penting ialah pesakit perlu sabar menjalani rawatan,” katanya.

No comments:
Post a Comment