Sunday, February 27, 2011

GINGKO BUKAN HANYA UNTUK MEMORI

“Saya dicadangkan agar mengambil Gingko sebagai suplemen harian untuk merangsang memori. Saya mula mengambilnya sejak tiga bulan yang lalu dan ia membantu saya melagakan kelesuan. Saya ingin tahu adakah pengambilan gingko memberi manfaat lain?”.

JAWAPAN:
          Walaupun Gingko dipercayai sebagai pokok yang paling tua atas muka bumi, namun pengetahuan mengenai manfaat dan penggunaan terapeutik daun gingko baru mendapat perhatian serius dan dikaji secara lebih intensif sejak 30 tahun yang lalu.
Kajian mendapati kandungan flavonoid dan terpene lactones daripada ekstrak daun gingko bertanggungjawab ke atas kebanyakkan tindakan biologi dalam tubuh manusia.

Gingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah.
Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan di dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak gingko biloba.

Gingko Biloba juga bermanfaat untuk warga tua, terutamanya untuk penyakit Alzheimer, sindrom raynaud (sejuk kaki dan tangan) dan telinga berdungung (tinnitus), yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke otak dan kekurangan bekalan oksigen ke tisu-tisu. Gingko biloba turut memperbaiki fungsi kognitif dalam merawat penyakit Alzheimer.

Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu taktepu yang tinggi, ia mendedahkannya kepada radikal bebas.

Gingko biloba adalah antioksida yang baik dan meneutralkan radikal bebas yang menyumbang kepada penuaan pramatang.

Gingko biloba juga digunakan untuk memperbaiki masalah sindrom raynaud, iaitu masalah akibat kekurangan pengaliran darah pada tangan.

Masalah ini disifatkan sebagai kekejangan arteri yang membawa darah ke jari tangan dan kaki. Pada bahagian yang terjejas, kulit menjadi licin, berkilat dan tegang akibat kehilangan tisu di bawah permukaannya.

 Tinitus adalah keadaan di mana seseorang itu mendengar bunyi (dengung) tanpa mengetahui puncanya.

Bunyi mungkin seperti tiupan wisel, bunyi ketukan dan sebagainya, sama ada kuat atau perlahan. Gingko biloba meringankan masalah tinnitus dengan memperbaiki pengaliran darah.
Gingko biloba juga bermanfaat untuk melengkapkan rawatan disfungsi erektil, yang berpunca daripada kurangnya pengaliran darah.

Gingko membantu meningkatkan pengaliran darah melalui arteri dan vena. Ia seharusnya diambil secara berterusan untuk memperoleh manfaatnya.

No comments: