Wednesday, February 2, 2011

KAWAK PENGAMBILAN MINUM 3 IN 1

Kawal pengambilan minuman '3-in-1'

milo-3in1

Penggunaan produk minumn 3 in 1 yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Pensyarasth jabatan pemakanan dan dietetik universiti kebangsaan malaysia (UKM) Dr Roslee Rajikan berkata pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat  makanan pada produk berkenaan. Katanya, jika pengambilan produk ini sekali sekala tanpa berlebihan, ia tidak menimbulkan masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh menimbulkan masalah.

Dr Roslee berkata pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan 3 in 1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman. Menurut kajian persatuan pengguna pulau pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada seranan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO).

Dr Roslee berkata untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat. Menurutnya, ramai juga orang yang telah mempunyai kesedaran dan beralih keapda corak pengambilan yang lebih baik. Dahulu, tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh 0 kurang manis tetapi sekarang sudah menjadi perkara biasa.

Dr Roslee berkata meskipun kerajaan menambah bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaanya. Beliau juga menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetes supaya mengawal pengambiulan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit sama.

Sebenarnya memang ada sedikit pengaruh genetik kepada perkembangan penyakit ini. Tetapi, masalah ini tidak boleh disalahkan kepada ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyak keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam.

No comments: