PENCEMARAN udara di sekeliling menyebabkan manusia kekurangan oksigen di dalam badan.
Kebanyakan penyakit pada era moden berpunca daripada kekurangan
oksigen di dalam darah, otak dan organ lain. Keadaan ini berlaku hampir
di seluruh dunia.
Oksigen membantu tubuh untuk meregenerasi sel, membantu membesarkan
daya penyerapan nutrisi, meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan
meneutralkan zat-zat beracun di dalam darah.
Authur C. Guyton, M.D. dalam bukunya The Textbook on Medical
Physiology mengatakan bahawa semua penyakit kronik berpunca daripada
kekurangan oksigen yang berlaku di peringkat sel.
Oleh itu, oksigen merupakan kunci kepada kehidupan. Kita boleh hidup
beberapa hari tanpa makanan dan air tetapi kita tidak dapat hidup secara
purata selama empat minit sahaja tanpa oksigen.
Bahkan, sel-sel otak kita akan mati dalam waktu 15 hingga 20 saat
sahaja tanpa adanya oksigen. Hal ini kerana setiap sel dalam tubuh
manusia amat memerlukan oksigen untuk pertumbuhan dan sel terus hidup.
Manfaat oksigen pada sudut kesihatan tidak kurang pentingnya kerana
dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak, mencegah kanser,
asma dan pelbagai penyakit kronik lain.
Selain itu, ia dapat meningkatkan metabolisma tubuh, mengurangkan racun dan toksin dalam darah serta menstabilkan tekanan darah.
Di samping itu, oksigen juga berperanan untuk memperkuatkan jantung dan sistem pertahanan tubuh.
Hakikatnya, oksigen membantu untuk mencegah stres dan gugup selain
mencantikkan kulit dari penuaan diri atau tua sebelum umur. Dalam pada
itu, Arrakasta MO Sdn. Bhd. merupakan syarikat bumiputera tunggal yang
terdiri daripada usahawan muda dan berpengalaman luas dalam bidang
kesihatan dan merupakan pengedar tunggal Dr. Arras Oxygen Concentrator
di Malaysia yang mendapat sambutan pengguna sejak dilancarkan.
Pengurus Besar Arrakasta MO Sdn Bhd, Mohd Norazri Hamzah menjelaskan
setiap tubuh badan manusia mempunyai 60 billion sel yang memerlukan
oksigen.
Selain sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada masyarakat
tempatan, Arrakasta MO berjaya mengubah tanggapan masyarakat bahawa
oksigen sangat berkait rapat dengan semua jenis penyakit dan bukannya
pada masalah kesihatan pernafasan sahaja.
Fungsi utama darah ialah membawa bekalan oksigen ke seluruh anggota
badan. Justeru itu, semua kaedah rawatan di dunia penting untuk
memastikan perjalanan darah yang lancar termasuk pintasan jantung,
terapi, bekam, berurut, akupuntur dan sebagainya.
Menurut Azri lagi, Dr. Arras Oxygen Concentrator berfungsi
menyalurkan oksigen tulen yang cukup di dalam darah selain membantu
masalah pernafasan.
Uniknya Dr. Arras Oxygen Concentrator adalah mesin oksigen pertama di
Malaysia yang mempunyai tiga fungsi istimewa dalam satu mesin.
"Fungsi utama Dr. Arras Oxygen Concentrator adalah membekalkan
oksigen tulen sehingga 90 peratus yang bebas daripada pencemaran
berbanding persekitaran yang hanya mempunyai 20 peratus oksigen sahaja,"
katanya.
Selain itu, dengan menggunakan teknologi Jerman terkini iaitu sistem
penapisan HEPA, ia bukan sahaja menapis udara malah bendasing lain
seperti bulu binatang, habuk, asap, serta berupaya memerangkap dan
membunuh virus dan bakteria sekecil 0.03 mikron yang terampai di dalam
udara.
Pada masa yang sama, ia akan membebaskan =5,000,000 ion negatif untuk
memastikan udara disekitar bukan sahaja bersih tetapi sihat. Ujarnya
lagi, ion negatif biasanya terdapat di kawasan tenang seperti hutan, air
terjun dan kawasan pendalaman.
"Kami melihat oksigen tulen, udara bersih dan ion negatif berkait
rapat antara satu sama lain. Setelah kajian daripada penyelidikan
(R&D) Arrakasta MO, kami menggabungkan ketiga-tiga fungsi ini di
dalam satu mesin. Ia lebih menjimatkan serta lebih praktikal dan memberi
nilai tambah kepada pengguna.
"Kebanyakkan pengguna Dr. Arras Oxygen Concentrator ialah mereka yang
mengalami masalah asma, copd, paru-paru kronik, semput, jantung,
perkembangan minda, kanser dan sebagainya. Alhamdulillah dengan izin-Nya
mendapat kesan yang memberangsangkan dan membantu mempercepatkan proses
penyembuhan,"ujarnya.
Menurut Azri lagi, mesin ini sesuai untuk luka besar, terbakar, ibu
mengandung serta tiada pantang larang penggunaannya dan tidak berbahaya.
Di samping mereka yang mengalami masalah kesihatan, Dr. Arras Oxygen
Concentrator juga amat sesuai untuk pencegahan. Selain itu, ia sesuai
untuk mereka yang sedang belajar sama ada di peringkat rendah atau di
peringkat tinggi, atlet, golongan profesional dan mereka yang bekerja di
ruangan terhad dan tertutup.
"Kami berharap Dr. Arras Oxygen Concentrator dapat dijadikan alat
bantuan kecemasan di rumah sebelum mendapatkan rawatan di hospital. Ini
sesuai dengan visi dan misi syarikat mewujudkan kawasan bebas dan sihat
untuk rakyat Malaysia," katanya.
No comments:
Post a Comment