MEMBERI makanan seimbang dan sihat kepada kanak-kanak bermula ketika mereka masih dalam kandungan lagi.
Ibu bapa berperanan memastikan anak-anak mereka tetap mendapat khasiat dan nutrien seimbang sepanjang tempoh tumbesaran anak.
Ini kerana kanak-kanak yang dibekalkan dengan nutrien seimbang akan membesar sebagai kanak-kanak yang sihat dan cergas.
Pakar pemakanan dan pensyarah klinikal kanan dari International
Medical University Kuala Lumpur, Goo Chui Hoong berkata, pengambilan
nutrien dan diet seimbang membantu kanak-kanak menjalani kehidupan
dengan sihat dan sempurna.
Katanya, makanan yang diambil dalam kategori makanan padat ataupun
cecair akan mempengaruhi saiz najis, warna, konsisten dan kekerapan
pembuangan najis.
Untuk memastikan mereka membuang air besar dengan cara normal,
galakkan mereka mengambil makanan yang kaya dengan fiber seperti
buah-buahan dan sayuran. Makanan ini selain sihat, ia juga membantu
sistem penghadaman berjalan lancar.
Bagi kanak-kanak pengambilan makanan seimbang yang kaya dengan
nutrien dan zat, penting dalam menu pemakanan seharian mereka terutama
dalam proses sedang membesar.
Ibu sangat memainkan peranan penting untuk memberikan makanan sihat
dan diet berkhasiat bagi membantu proses pencernaan dan sistem
pembuangan berjalan dengan lancar," katanya ditemui pada majlis
pelancaran kempen Mamil Let It Out di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Chui Hoong menambah, bagi menjaga dan memastikan usus kanak-kanak ini
sentiasa sihat, terdapat beberapa kaedah berkesan untuk diamalkan
dengan melakukan senaman dan aktiviti sihat.
Kanak-kanak yang berusia dua hingga tiga tahun digalakkan meminum
dua gelas air kosong setiap hari. Bagi kanak-kanak berumur empat tahun
dan ke atas pula perlu meminum enam hingga lapan gelas sehari
Seeloknya juga kanak-kanak ini digalakkan melakukan senaman
sekurang-kurangnya sejam setengah setiap hari seperti menunggang
basikal dan berjalan kaki, yang memberi kebaikan kepada usus," katanya.
Tambahnya lagi, usus yang sihat memainkan peranan penting dalam
perkembangan kesihatan kanak-kanak terutamanya dalam memastikan
penyerapan nutrien yang dapat menyokong sistem ketahanan badan.
Beliau berkata, sistem ketahanan badan yang lemah akan menyebabkan kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit dan cirit-birit.
Ini sekali gus menyebabkan mereka kehilangan selera makan dan berlaku kekurangan kandungan nutrien dalam badan.
Apabila kanak-kanak mengalami masalah kekurangan pengambilan makanan
sihat pada usia awal, ia akan memberi kesan kepada fungsi otak, sekali
gus menjejaskan prestasi pembelajaran di sekolah.
Oleh yang demikian mempunyai usus yang sihat penting bagi memastikan
segala nutrien daripada makanan dapat diserap sebaiknya ke dalam
tubuh," katanya.
Chui Hoong mengakui, untuk memperoleh usus yang sihat, ibu boleh
memilih memberikan anak-anak minuman susu yang mengandungi prebiotik.
Prebiotik adalah makanan yang tidak dapat dicerna usus, berfungsi
sebagai suplemen untuk pertumbuhan dan perkembangan mikro organisme
baik dalam sistem pencernaan.
Prebiotik adalah serat pangan yang berfungsi secara selektif
merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus besar, salah satunya
adalah bifidobacteria," katanya.
Dalam pada itu, Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-Kanak dan Remaja
Malaysia pada tahun 2013 mengesyorkan agar kanak-kanak mengambil dua tau
tiga gelas susu setiap hari.
Justeru, bagi menambah kesedaran di kalangan masyarakat kepentingan
mempunyai usus yang sihat di kalangan kanak-kanak, jenama susu untuk
membesar, Mamil, baru-baru ini telah melancarkan kempen Mamil Let it
Out baru-baru ini,
Pengarah Pemasaran Bersekut, Danone Dumex (M) Sdn. Bhd., Christiaan
Uittenbosch, berkata, kempen tersebut akan memberi pendedahan kepada
ibu bapa terhadap penjagaan usus yang sihat di kalangan kanak-kanak.
Katanya, kempen itu juga bertujuan membantu golongan ibu bapa lebih memahami kepentingan usus sihat kepada anak-anak mereka.
Diharap melalui kempen ini dapat memberi penyelesaian kepada masalah
yang sering dialami oleh kanak-kanak iaitu ketidakselesaan ketika
mereka ingin membuang air besar," katanya.
Sepanjang kempen berlangsung iaitu dari Jun hingga 10 Ogos ini, Mamil
mengadakan pelbagai aktiviti menarik tentang penjagaan usus yang
sihat.
No comments:
Post a Comment