Thursday, December 28, 2017

RHEUMATOID ARTHRITIS

Rheumatoid arthritis ialah satu penyakit autoimmun yang melibatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang kepada sendi-sendi. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak, sakit dan kaku. Lama-kelamaan jika penyakit ini tidak dirawat, sendi-sendi akan menjadi rosak dan hilang keupayaan.
Ia bukan penyakit keturunan dan selalunya lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita dalam nisbah 3:1. Walaupun rheumatoid arthritis boleh bermula pada bila-bila masa, ia lebih kerap bermula dalam lingkungan umur 35 hingga 45 tahun.

Gejala
Mereka yang mengidap RA megalami kesakitan sendi yang selalunya lebih ketara pada waktu pagi. Sendi-sendi yang terlibat selalunya sendi-sendi kecil seperti jari-jari tangan dan kaki. Sendi-sendi lain yang terlibat juga termasuk pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Sendi-sendi ini boleh menjadi kaku pada waktu pagi dan susah hendak bergerak.
Penyakit ini adalah suatu penyakit kronik di mana corak penyakit ini kadangkala terkawal dan kadangkala pula ia menjadi aktif di mana sendi-sendi membengkak dan sakit.

PEMAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT

Pengenalan
  • Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
  • Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
  • Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.
Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
  • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
  • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
  • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.

Sunday, December 24, 2017

MINUMAN PEMBAKAR LEMAK PERUT

Ini merupakan resep menakjubkan untuk menurunkan berat badan anda, yang bisa mengurangi satu sentimeter lebihan lemak perut hanya dalam waktu sehari.
Minuman ini tidak hanya akan membakar lemak perut dan menghilangkan kelebihan air di dalam tubuh, tapi juga sangat bermanfaat untuk otak, memori, pendengaran dan penglihatan Anda.
Minuman ini akan lebih efektif bila dikombinasikan dengan latihan kardio dan olahraga rutin. Berikut resepi yang boleh Anda terapkan untuk membuat minuman menakjubkan ini.

Bahan:
  • 125 gram lobak
  • 4 buah lemon
  • 2 cm halia segar
  • 3 sendok makan madu
  • 2 sendok makan kayu manis


Tuesday, December 5, 2017

IKAN SINGGANG BUKAN PENAWAR KANSER

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menafikan dakwaan bahawa hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati kononnya ikan singgang, masakan ringkas tradisional pantai timur itu dapat membantu merawat penyakit kanser sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.
Penjelasan dikeluarkan hari ini oleh kumpulan penyelidik aplikasi diet untuk pesakit kanser dan survivor dikenali sebagai CanDi App yang dibangunkan universiti berkenaan berikutan kekeliruan yang tercetus sejak beberapa hari lalu.
Ketua penyelidiknya, Prof. Lua Pei Lin berkata, aplikasi telefon pintar itu cuma menawarkan cadangan hidangan serta resepi makanan yang bersesuaian bagi pesakit kanser dan survivor, bukanya disyorkan sebagai ubat.   
“Ikan singgang yang merupakan hidangan tempatan, kebetulan tergolong antara contoh hidangan tersebut kerana tidak berminyak di samping kandungannya yang berasaskan ikan adalah sihat sebagai hidangan harian yang mudah disediakan.
“Ia tidak sekali-kali disyorkan sebagai ubat atau rawatan kanser, jadi saya minta masyarakat tidak terkeliru atau salah faham dengan maklumat yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.
 Ikan singgang, makanan citarasa tempatan itu  merupakan masakan ikan segar biasanya kembong atau ikan tongkol  yang direbus dengan adunan lengkuas, bawang putih, bawah merah, kepingan asam gelugur,  sedikit garam dan  kunyit untuk memberi warna di samping bendi dan lada.
Baru-baru ini seorang pengguna laman Facebook menyatakan ikan singgang merupakan ubat kanser dalam postingnya, kononnya dimaklumkan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif dalam satu mesyuarat yang memberikan  tanggapan  boleh dijadikan ubat gantian.
Sehubungan itu, Pei Lin menasihatkan orang ramai agar menyemak kesahihan setiap maklumat sesuatu penyakit kronik terlebih dahulu dengan kumpulan penyelidik dan profesional bertauliah. 

Sumber: Utusan online
 

Friday, December 1, 2017

APA ITU GANGGUAN TIDUR


Pengenalan
Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.
Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan gangguan tidur termasuk:
  • Gaya hidup – kerja syif yang kerap dan tidak teratur
  • Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
  • Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang
Tanda-tanda dan gejala
  • Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
  • Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
  • Kelakuan yang luar biasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.

APA ITU PENYAKIT SENDI

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
 TULANG SENDI

 Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Thursday, November 23, 2017

ANTARA ROTI TAWAR PUTIH DAN GANDUM...MANA YANG LEBIH SIHAT

Roti tawar sering kali dikonsumsi saat sarapan sebagai pengganti nasi. Ada berbagai jenis roti tawar yang bisa Anda jadikan pilihan, dari roti tawar putih, roti tawar yang diberi perasa seperti cokelat atau pandan, hingga roti gandum. Masing-masing orang, pasti memiliki seleranya tersendiri. Namun dari banyaknya pilihan roti tawar yang tersedia, mana yang sebenarnya paling sehat?

Membandingkan nilai gizi antara roti tawar dan roti gandum

1. Beza kandungan kalorinya

Satu tangkup roti (dua helai roti) memiliki kalori sebanyak 175 kalori. Nilai ini hanya berlaku ketika Anda hanya makan rotinya saja, tanpa tambahan margarin/mentega dan topping lainnya. Apabila roti tawar sudah ditambahkan dengan isian seperti selai atau meises, tentu kalorinya akan bertambah sesuai dengan banyaknya isian tersebut.
Beda lagi jumlah kalori antara roti putih dengan roti tawar yang sudah memiliki rasa seperti pandan atau cokelat. Roti “tawar” ini tentu memiliki jumlah kalori yang lebih banyak karena mengandung perasa dan gula tambahan daripada roti tawar putih biasa.

Lantas, bagaimana dengan roti yang terbuat dari gandum? Satu tangkup roti gandum punya kalori sebanyak 138 kalori. Bisa disimpulkan bahwa kalori roti tawar gandum lebih kecil dariada jenis roti lainnya, sehingga lebih cocok bagi Anda yang sedang mengurangi asupan kalori.


2. Beza nilai indeks glikemiknya
Roti adalah sumber karbohidrat pengganti nasi yang juga memiliki kandungan indeks glikemik. Nilai indeks glikemik adalah perhitungan seberapa cepat makanan untuk diubah menjadi gula darah. Indeks glikemik tinggi membuat kadar gula darah cepat naik, sehingga cukup berbahaya bagi penderita diabetes.

BETUL KAH FITOESTROGEN DALAM MAKANAN DAPAT MENYEBABKAN KANSER?

Beberapa orang mungkin mempunyai anggapan bahwa makanan yang mengandung fitoestrogen dapat memicu kanser karena mengandung estrogen. Namun, apakah anggapan ini benar? Sebelum membahas hubungan antara fitoestrogen dengan kanser, lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu apa itu fitoestrogen.
 fitoestrogen menyebabkan kanker

Apa itu fitoestrogen?

Fitoestrogen merupakan suatu senyawa dalam tumbuhan yang mirip dengan hormon estrogen dalam tubuh. Namun, pada umumnya fitoestrogen sifatnya lebih lemah untuk membentuk estrogen daripada hormon estrogen alami yang ditemukan dalam tubuh manusia dan hewan. Beberapa makanan yang mengandung fitoestrogen, misalnya tumbuhan herbal dan bumbu (bawang putih, peterseli), biji-bijian (kacang kedelai, gandum, beras), sayuran (buncis, wortel, kentang), buah-buahan (delima, ceri, apel), dan minuman (kopi).
Fitoestrogen ini dapat dibagi ke dalam dua kelompok utama yang paling sering dipelajari, yaitu:
  • Isoflavon, yang banyak ditemukan dalam kacang kedelai dan produknya, serta kacang-kacangan lain
  • Lignan, dapat ditemukan dalam biji-bijian, serat, biji rami, kacang-kacangan, buah-buahan, dan berbagai sayuran

Monday, November 20, 2017

LEUKEMIA (KANSER DARAH)

Apakah itu leukemia?
Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang merupakan satu organ penghasilan darah yang terdapat di dalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. Sel-sel leukemia merupakan sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama bebanding sel-sel darah yang normal. Oleh sebab itu, sel-sel leukemia mampu menghapuskan fungsi sum-sum tulang dan menghalang penghasilan sel-sel darah yang normal.
Terdapat pelbagai jenis leukemia dan adalah penting untuk mengenalpasti jenis leukemia yang dihadapi. Ini adalah disebabkan rawatan dan peluang sembuh untuk leukemia yang berlainan adalah berbeza.
Normal
 
Terdapat 2 jenis leukemia yang utama iaitu “Acute Leukaemia” atau “Chronic Leukaemia”. Perbezaaan utama diantara kedua-dua jenis leukemia ini adalah kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak. “Acute Leukaemia” adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding “Chronic Leukaemia” yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.

Tuesday, November 14, 2017

BAHAYA FRUKTOSA KEPADA KESIHATAN

Adakah anda mengalami masalah darah tinggi, kolesterol tinggi, perut buncit gout dan kencing manis. Ini mungkin berpunca daripada pengambilan fruktosa yang berlebihan dalam pemakanan seharian kita tanpa kita sedari.
Fruktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan dan juga tebu. Fruktosa yang dimakan dalam buah-buahan tidaklah berisiko tinggi kepada kesihatan kerana ianya diserap secara beransur-ansur dan diproses dalam hati secara perlahan-lahan disebabkan kandungan serat yang tinggi. Buah-buahan juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.
Terdapat juga beberapa jenis buah-buahan yang mempunyai kandungan fruktosa yang lebih tinggi tetapi kandungan seratnya rendah seperti rambutan, anggur, durian, duku, manggis dan sebagainya. Buah-buahan yang mempunyai serat yang lebih tinggi dan fruktosa yang lebih rendah seperti buah jambu batu, oren, limau, epal, pear, mangga muda dan lain-lain lagi.
Jus tinggi dengan fruktosa
Industri pemakanan menggunakan fruktosa yang banyak dalam hampir semua makanan proses yang manis. Fruktosa digunakan dalam pelbagai makanan yang ada dipasaran sekarang iaitu gula pasir dan sirap jagung tinggi fruktosa atau HFCS (high fructose corn syrup). Ianya selalu diambil secara berlebihan tanpa kita sedari kerana ianya diletakkan dalam kebanyakan makanan dan minuman proses yang dijual dipasaran sekarang. Cuba kita baca pada label yang ada pada bungkusan pelbagai jenis makanan dan minuman proses dipasaran, sudah pasti kita akan berjumpa dengan istilah HFCS.

Saturday, October 28, 2017

SEDIH BERPANJANGN TANDA MURUNG

Kemurungan adalah salah satu penyakit di bawah kesihatan mental
Rasa sedih yang berpanjangan, sentiasa berasa bersalah, mengasingkan diri daripada orang ramai, malas, dan rasa diri tidak dihargai merupakan petanda anda sebenarnya sedang mengalami kemurungan.
Bagi masyarakat, senario tersebut mungkin dianggap normal namun berbeza bagi doktor-doktor psikiatri yang beranggapan simptom-simptom tersebut menunjukkan seseorang itu mengalami kemurungan yang boleh membebankan kehidupan.
Kita mungkin boleh lihat setiap hari ada sahaja laporan di dada-dada akhbar seperti lelaki yang sanggup mendera isteri dan anak-anak, membunuh kerana terlalu marah dan cubaan membunuh diri kerana tekanan perasaan.
Segala perlakuan tersebut jelas menunjukkan bermula daripada penyakit kemurungan dan disebabkan tidak dirawat awal, ia berkait sehingga kepada penyakit-penyakit mental yang lebih serius.

BIJAK MENGAWAL SELERA UNTUK ELAK PENYAKIT

Makanan terbukti sebagai komponen utama mempengaruhi tahap glukosa dalam darah pesakit diabetes. Oleh itu, perhatian perlu diberikan kepada makanan diambil terutama yang mengandungi karbohidrat.
Pengambilan makanan yang betul adalah penting bagi merawat dan mengurus penyakit diabetes. Garis panduan pemakanan diabetes bertujuan membantu pesakit di bawah seliaan pakar agar mengamalkan pemakanan sihat dan membantu mencegah kegemukan, obesiti dan penyakit tidak berjangkit (NCD) lain.
Pakar Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr Norlaila Mustafa berkata, tidak ada makanan yang khas untuk pesakit diabetes sedangkan mereka boleh menikmati makanan sihat seperti orang.
DR Norlaila
Namun, pengambilan makanan sihat dan seimbang adalah perlu bagi pesakit diabetis apabila mempunyai cukup kandungan karbohidrat, protein, lemak, serat dan vitamin yang diambil secara terkawal.

KESAN AWAL KANSER USUS PENTING UNTUK RAWATAN

Pengesanan awal awal kanser usus atau kolorektal penting bagi memastikan seseorang mampu mendapatkan rawatan atau nasihat kesihatan yang diperlukan.

Kanser ini dihadapi hampir 80 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas di negara ini.

Kanser ini juga adalah yang utama dalam kalangan lelaki manakala kedua kalangan wanita selepas kanser payudara.

Dari segi kos rawatan, bagi peringkat pertama kanser itu memerlukan RM12,000 manakala RM30,000 bagi peringkat keempat.



Pengesanan awal kanser usus atau kolorektal penting bagi memastikan seseorang mampu mendapatkan rawatan atau nasihat kesihatan yang diperlukan.

Kanser kolorektal adalah ketumbuhan malignan yang terdapat di usus besar dan ia boleh berlaku di sel-sel dinding usus besar atau pangkal usus besar.

Kanser kolorektal terjadi secara berperingkat sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
 

Kanser ini adalah sejenis kanser yang kerap berlaku di Malaysia dengan anggaran sebanyak 4,500 kes baharu direkodkan setiap tahun.

Ia boleh dirawat jika dikesan awal tetapi kurangnya kesedaran, hanya 10 peratus kes dapat dikesan di Malaysia.


Ia boleh terjadi kepada mereka yang berisiko tinggi khususnya kepada seseorang yang mempunyai polip di bahagian usus.

Kekerapan kanser itu adalah satu kanser yang kerap berlaku di Malaysia dengan anggaran sebanyak 4,500 kes baharu yang berlaku setiap tahun. 

Bagaimanapun ia boleh dirawat jika dikesan awal tetapi ekoran kurangnya kesedaran, hanya 10% kes dapat dikesan di Malaysia.

Friday, October 27, 2017

GALAK PERTUMBUHAN BAKTERIA BAIK

Kebanyakan orang akan berfikir negatif apabila menyebut mengenai bakteria. Namun, bukan semua bakteria menyebabkan penyakit! Tahukah anda dalam usus anda terdapat banyak bakteria ‘berfaedah’? Pada satu-satu masa, sistem penghadaman anda menjadi perumah kepada 100 trilion mikrob. Keseluruhannya dikenali sebagai mikrobiota usus.
Baik lawan Jahat
Mujurnya kebanyakan bakteria mikrobiota usus anda adalah bakteria berfaedah. Bakteria baik bukan saja membantu menghasilkan nutrien seperti vitamin, ia juga membantu tubuh anda menghadam makanan yang dimakan.
Mereka melakukannya dengan menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman anda menghadam karbohidrat, justeru ia membolehkan tubuh menyerap nutrien daripada makanan dengan senang. Selain itu, bakteria baik juga menyumbang kepada perkembangan sistem imun yang sempurna.

KESIHATAN USUS DAN ALERGI



Penyusuan susu ibu dan kelahiran biasa faktor utama kekurangan risiko
Walaupun aneh, sebenarnya kesihatan usus kita banyak berkait dengan cara tubuh kita bertindak terhadap alergen. Malah, 70 peratus daripada sistem imun kita berada dalam usus.
Di sinilah mikrobiota kita memainkan peranannya bakteria baik bukan sahaja membantu proses pencernaan makanan, ia juga memainkan peranan kritikal dalam tindak balas imun tubuh kita.
Semakin banyak kajian menunjukkan bukti menyokong kaitan ini. Namun, dengan penggunaan antibiotik yang berleluasa, diet tinggi lemak tetapi kurang serat dan kelahiran Caesarean yang semakin tersebar luas dalam gaya hidup moden, perubahan negatif sedang berlaku dalam mikrobiota usus kita.
Kajian baharu menunjukkan jenis dan gabungan mikrobiota mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan sistem imun seorang bayi, sekali gus risikonya terhadap alergi (alahan) seperti asma, ekzema, gegata dan alergi makanan.

KESIHATAN PENGHADAMAN BERMULA SEJAK KECIL

Pelbagai masalah penghadaman biasa mungkin mengganggu keceriaan anak kita. Ini termasuk kolik, cirit birit, alahan makanan, ketaktoleran laktosa, kembung, angin, sakit abdomen dan sembelit. Memelihara kesihatan penghadaman yang baik dapat mengurang atau mencegah beberapa masalah itu daripada berlaku kepada anak anda.
Antara perkara yang paling penting ialah mengekalkan keseimbangan mikroflora usus untuk membantu anak anda memelihara kesihatan penghadamannya serta mencegahnya daripada mendapat jangkitan, keradangan dan penyakit alahan.
Sebaliknya, keseimbangan mikroflora yang tidak baik atau disbiosis boleh meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti penyakit keradangan debu, sindrom usus rengsa dan juga penyakit lain yang seolah-olah tidak berkaitan seperti alahan, asma, masalah kardiovaskular dan obesiti.
Tahukah anda?
Probiotik adalah bakteria ‘baik’. Ia didapati di dalam makanan seperti produk susu yang ditapaikan (contohnya yogurt, minuman susu berkultur, kefir dan keju), produk soya yang menjalani proses penapaian atau fermentasi (contohnya tempe), kimchi dan jeruk.

KEKALKAN USUS SIHAT

Tahukah anda usus kita terutama usus besar penuh dengan bakteria dan organisma lain? Beberapa bakteria berkenaan sebenarnya sangat penting untuk kesejahteraan kita.
Kajian terkini menunjukkan mengekalkan usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan. Usus sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit serius seperti kanser kolon.
Tahap gangguan penghadaman
Kebanyakan orang sekali-sekala mengalami masalah penghadaman kecil seperti sembelit, cirit-birit dan kembung atau keadaan yang lebih serius seperti gastritis dan kesakitan abdomen yang berkaitan dengan ulser peptik. Namun begitu, penting untuk memberi perhatian kepada sebarang tanda atau simptom berkaitan masalah usus seperti pendarahan, kesakitan dan sebarang kesukaran atau perubahan corak pembuangan air besar serta penurunan berat badan.

Dapatkan rawatan awal walaupun sesetengah tanda atau simptom boleh dirawat tanpa penggunaan ubat-ubatan atau rawatan. Jangan abaikan masalah ini dan membiarkannya melarat.
Enam langkah jaga usus
Gaya hidup dan tabiat makan boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda. Ada enam langkah mudah yang anda boleh lakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
1. Makan lebih serat!
Anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan serat. Kehadiran serat membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan simptom beberapa gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus.
Untuk mengekalkan usus yang sihat, anda memerlukan serat daripada pelbagai jenis sumber makanan seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang dan oat.
Panduan Diet Malaysia menyarankan kita mengambil sekurang-kurangnya 25 gram serat setiap hari. Separuh daripada bijian yang diambil haruslah terdiri daripada bijirin penuh. Anda digalak meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur untuk mencegah masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan pengambilan makanan tinggi serat.
2. Banyak minum air
Air membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda. Serat bertindak seperti span dan menyerap air. Tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Air juga memberi faedah kesihatan lain - tiada kalori! Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga!
3. Hadkan pengambilan kafein
Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Jika anda tidak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.
4. Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya
Terdapat ribuan bakteria yang hidup di dalam usus anda. Sesetengahnya bakteria baik yang memberi faedah kepada kesihatan dan pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang memudaratkan. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting.
Bagaimanakah anda boleh mencapai keseimbangan ini? Salah satu cara mudah dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan juga mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya.
Probiotik yang juga dipanggil ‘bakteria baik’ terdapat secara semula jadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan seperti yogurt, minuman susu berkultur, keju dan tempe.
Prebiotik ialah bahan yang menggalak pertumbuhan atau aktiviti mikro organisma seperti probiotik yang menyumbang kepada kesihatan usus. Prebiotik terdapat dalam makanan yang tinggi serat seperti pisang, bijirin penuh dan beberapa jenis sayuran (lik dan bawang).
Sesetengah produk komersial mengandungi serat khas yang dipanggil inulin dan oligofruktosa (frukto-oligosakarida) yang juga prebiotik.
5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak
Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi juga boleh mempe­ngaruhi komposisi bakteria usus.
6. Banyak bersenam
Hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Sebarang senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.
Pupuk tabiat membuang air besar yang sihat
Pastikan anda memupuk tabiat membuang air besar yang baik seperti pergi ke tandas sekali sehari dan elakkan daripada menahan keinginan untuk membuang air besar. Satu lagi tabiat yang perlu dipupuk adalah mendapatkan saringan kesihatan tetap untuk mengesan sebarang masalah seawal mungkin. Mengabaikan kesihatan usus anda boleh mengakibatkan masalah yang serius.
Artikel ini disumbang­kan oleh Bulan Pemakanan Malaysia 2016, satu inisiatif program pendidikan pemakanan komuniti tahunan anjuran Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietetik Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia. Malaysia Milk Sdn Bhd (Vitagen) menyokong program Bulan Pemakanan Malaysia 2016.