Saturday, December 26, 2020

KHASIAT BAWANG PUTIH REBUS DALAM MERAWAT PENYAKIT

Khasiat bawang putih rebus sangat banyak dalam merawat pelbagai penyakit manusia. Bawang putih juga merupakan bahan masakan yang selalu digunakan di dapur.

Dalam bahasa Latin bawang putih dikenali sebagai Allium Sativum. Ia juga merupakan tanaman amarilis yang sama kumpulan dengan bawang merah. Selain sebagai penyedap rasa masakan, ia juga sangat baik untuk kesihatan kita.
 
Bawang putih memiliki bau yang sangat menyengat. Manfaat bawang putih telah diketahui sejak zaman Mesir kuno, India juga di Tiongkok. Jika di amalkan secara rutin, ia mampu menyingkirkan infeksi dan penyakit, terutamanya apabila bawang putih direbus.
 
Jika anda berasa kurang sihat, anda bolehlah guna bawang putih sebagai bahan perubatan dari bahan semulajadi ini. Mari kita lihat beberapa penyakit yang boleh dirawat dengan bawang putih rebus ini.

DAUN SALAM

Selain Baik untuk Buah Pinggang, Ini 5 Manfaat Daun Salam untuk Kesihatan.
 
Selain kegunaan di dapur, daun salam yang dimanfaatkan sebagai ubat herba dengan cara direbus. 
 
Salah satu manfaat yang popular dari rebusan air daun salam ini iaitu untuk mengubati batu ginjal. 
 
Dalam sebuah penelitian, khasiat daun salam sebagai ubat batu ginjal kaya dengan kandungan enzim yang berfungsi mengurai batu kristal yang menumpuk di ginjal. Jika tidak ditangani secara serius, boleh menyebabkan berkembangnya batu ginjal dan menimbulkan masalah yang lebih serius. 
 
Selain itu daun salam juga memiliki manfaat lainnya. Benarkah? Berikut 5 manfaat daun salam untuk kesihatan, selain untuk mengubati batu ginjal.

BUAH NONA

Buah Yang Sangat Buruk Rupanya Tapi Khasiat Di dalamnya |
Kenalkah anda dengan buah ini? Tidak kiralah sama ada pokok ataupun buahnya, nona atau nama botaninya Annona Reticulata L secara umumnya dikelaskan sebagai spesies paling ‘buruk’ di kalangan genus sekelasnya.
Ðikenali juga sebagai nona serikaya, ia juga dikenali dengan nama Bullock’s Heart (Inggeris), Mulwo/Binao/Manowo/Serikoyo (Indonesia), Noi Nong (Thailand), Sarikaya (Filipina), Ramphal (India), Coeur de Boeuf (Perancis), Coracao de Boi (Portugis) dan Kanowa (Jawa), nona dikatakan berasal dari India Barat dan Amerika Selatan. Tanaman yang tergolong dalam keluarga annonaceae ini merupakan pokok yang mempunyai ketinggian dari tiga hingga tujuh meter.
Pokok nona mempunyai batang yang tingginya sekitar 3-7 meter. Semua bahagian pokoknya mempunyai bau yang kuat apabila ia diramas, terluka atau lebam. Bentuk daunnya bujur memanjang dan agak lembik di hujung tepinya. Manakala bunganya dalam karangan yang pendek. Kelopak daun sewaktu kuncup tersusun secara tertutup dan bersatu pada pangkalnya. Bahagian bawah bunga meninggi, mempunyai banyak benang sari dan berwarna putih. Penghubung ruang sari di atas ruang sari melebar dan menutup ruangnya.
Putik buahnya banyak. Kepala putik boleh dikatakan seakan duduk. Buahnya majmuk dan lebih kurang berbentuk bola. Anak buahnya khusus dengan hujung mendatar, juga pada waktu masak masih berhubungan. Saiz buahnya pelbagai. Ada yang berbentuk simetri kepada bentuk hati, bujur atau sfera, saiznya berukuran daripada 5 hingga 12 sentimeter. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit berwarna hijau dan merah. Rasa buahnya manis dan sedap. Biji buah nona amat keras dan jika tertelan tidak akan memberikan kesan sakit tetapi bahagian isi rong biji ini mengandungi racun.

Friday, October 9, 2020

MADU PENAWAR SEGALA PENYAKIT

Madu mampu halang keracunan ginjal akibat ubat kanser Cisplatin

Kajian oleh saintis dari beberapa universiti mendapati bahawa madu boleh mencegah kerosakan buah pinggang daripada kesan sampingan pengambilan ubat kanser Cisplatin.

Cisplatin adalah salah satu ubat kanser yang sangat kuat. Kesan nefrotoksisiti, atau keracunan, dari pengambilan ubat ini boleh mengakibatkan kecederaan akut kepada ginjal.

Kajian ini dirancang untuk menilai peranan madu dan royal jelly dengan sifat antioksidan dalam melindungi kecederaan ginjal akut yang disebabkan oleh Cisplatin pada pesakit kanser. Saintis mendapati kumpulan pesakit yang makan madu tidak mengalami kecederaan akibat keradangan buah pinggang berbanding pesakit yang tidak makan madu sebelum mengambil Cisplatin. Fungsi madu dalam menyekat kerosakan pada buah pinggang perlu dicakna sebagai satu rawatan alternatif yang selamat dan tanpa kesan sampingan buruk.

Abstrak

Objektif: Cisplatin merupakan salah satu ubat antineoplastik yang paling kuat; namun, nefrotoksisiti membataskan kelayakannya untuk penggunaan klinikal yang optimum. Kajian ini dirancang untuk menilai peranan madu dan royal jelly dengan sifat antioksidan dalam melindungi kecederaan ginjal akut yang disebabkan oleh cisplatin pada pesakit dengan barah.

Wednesday, September 16, 2020

NENAS

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus dari famili Bromeliacaeae merupakan antara hasil tanaman komersial yang penting dan digunakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.


Jika durian dianggap Raja Buah, nanas pula ialah Permaisuri Buah disebabkan rasa dan perisanya yang sangat digemari ramai.

Mengikut statistik eksport dan import dunia, nanas ialah buah tropikal ke-3 terpenting selepas pisang dan sitrus.

Orang Eropah menemui nanas di kepulauan Caribbean pada tahun 1493. Mereka berusaha menanamnya namun gagal kerana cuaca yang tidak sesuai. Lalu, nanas diperkenalkan kepada orang Asia, Afrika, dan penduduk Selatan Pasifik.

Nenas memerlukan hampir 3 tahun untuk matang, nanas dianggap makanan mewah suatu masa dulu. Selain boleh dimakan begitu sahaja, nanas juga dijadikan pelbagai produk termasuk jus, cuka, alkohol dan makanan haiwan.

Buah nanas yang matang mengandungi 14% gula, protein, enzim pencernaan, bromelin, asid sitrik, asid malik, vitamin A dan B. Jus nanas yang terhasil adalah bergantung kepada faktor geografi, musim, pemprosesan dan masa tuaian.

Secara keseluruhannya, nanas mengandungi 81.2-86.2% kelembapan dan 13-19% jumlah pepejal yang merangkumi sukrosa, glukosa dan fruktosa sebagai komponen utama. Karbohidrat merupakan komponen terbesar bagi pepejal tersebut sebanyak 85% dengan komposisi serat ialah 2-3%.

Wednesday, May 27, 2020

SAKIT PINGGANG

Selalu Sakit Pinggang? Anda Hanya Perlu Amalkan 4 Pergerakkan Ni 




Hilangkan sakit pinggang dengan melakukan senaman ini setiap hari.


A. Latihan Peregangan Otot Kaki Belakang

Saturday, April 11, 2020

SENARAI MAKANAN CKD

CARA MEMILIH MAKANAN
Berikut adalah senarai makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang pesakit CKD seeloknya elak atau wajib makan. Harap maklum bahawa ini bukanlah senarai yang lengkap, ada juga makanan lain yang anda perlu ambil tahu: ini hanya rujukan kepada makanan yang paling digemari orang Malaysia.
* BERAS, PASTA dan ROTI:
1. Walaupun sering disarankan untuk mengambil beras perang (brown rice) kerana ia rendah GI, pilihan yang lebih baik adalah beras putih/basmathi (white rice)! Ini kerana beras perang tinggi dengan potassium dan phosphorus. Beras pulut pula susah dihadam.
2. Terdapat nutrisi yang bagus dalam roti bijirin (wholegrain/multigrain), tetapi ia bukanlah pilihan sesuai untuk pesakit CKD yang tinggi bacaan potassium dan phosphorus-nya. Roti putih dan roti gandum penuh (wholewheat) adalah pilihan yang lebih selamat.
3. Selain nasi, pasta dan meehoon juga boleh dibuat sebagai makanan ruji! Pilih mee kuning yang tanpa pengawet dan pewarna.
SAYUR-SAYURAN dan BUAH-BUAHAN.

Tuesday, April 7, 2020

MANAFAAT NENAS

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus dari famili Bromeliacaeae merupakan antara hasil tanaman komersial yang penting dan digunakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.

Anda suka makan nenas atau nanas?

Sebenarnya nanas mempunyai 1001 segala manfaat ramai yang tidak tahu.  Sama ada untuk wanita, batuk, kolestrol ataupun sebagai diet. Nanas sangat bermanfaat.

Selain boleh dimakan begitu sahaja, nanas juga dijadikan pelbagai produk termasuk jus, cuka, alkohol dan makanan haiwan.

 Nanas merupakan tumbuhan herba renek yang tumbuh hingga 1-1.5 meter tinggi. Apabila musim berbuah, pokok nanas menghasilkan sehingga 200 bunga yang bercantum menjadi buah.
Buah nanas yang matang mengandungi 14% gula, protein, enzim pencernaan, bromelin, asid sitrik, asid malik, vitamin A dan B. Jus nanas yang terhasil adalah bergantung kepada faktor geografi, musim, pemprosesan dan masa tuaian.
Secara keseluruhannya, nanas mengandungi 81.2-86.2% kelembapan dan 13-19% jumlah pepejal yang merangkumi sukrosa, glukosa dan fruktosa sebagai komponen utama. Karbohidrat merupakan komponen terbesar bagi pepejal tersebut sebanyak 85% dengan komposisi serat ialah 2-3%.
Daun nanas yang boleh mencapai ketinggian 1.5 meter sebenarnya turut dijadikan tekstil. Seratnya digunakan sebagai satu bahan dalam menghasilkan kertas dinding serta barang keperluan rumah yang lain.
Di Malaysia, terdapat universiti tempatan seperti UTHM yang mencipta mesin bagi mendapatkan serat nanas.

1 Kaya Vitamin C

Kandungan Vitamin C dalam nanas adalah separuh daripada keperluan harian vitamin C. Ia menentang kerosakan sel dan radikal. Justeru, ia bagus dalam melawan masalah seperti sakit jantung dan sakit sendi.
Menurut para penyelidik dari Universiti Bangladesh pada tahun 2015, buah nanas merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik. Sebiji nanas yang sihat dan matang mampu membekalkan kira-kira 16.2% keperluan harian vitamin C.

2 Sebagai Pertahanan Antioksidan

Nanas mengandungi banyak sebatian bioaktif yang penting untuk pertahanan antioksidan, antaranya pelbagai jenis vitamin dan mineral.
Penyelidik yang sama pada tahun 2011 juga melaporkan kandungan antioksidan yang tinggi dalam nanas datang daripada sebatian fenolik yang merupakan sumber antioksidan yang sangat baik.

3 Baik untuk Tulang

Ia juga baik bagi membentuk tulang yang kuat. Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Perkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nanas.
Kajian lepas mendapati bahawa vitamin C dalam nanas menyokong pembentukan kolagen dalam tulang, saluran pembuluh darah, kartilaj dan otot selain membantu penyerapan zat besi.

4 Untuk Penghasilan Tenaga

Kandungan thiamin di dalam nanas juga tinggi. Thiamin merupakan vitamin B1 yang terlibat dalam menghasilkan tenaga dengan menukar unit karbohidrat kepada tenaga. Vitam B1 juga amat penting bagi formulasi sel darah merah.
Sementara itu, dilaporkan bagi setiap 100 gram hidangan nanas, terdapat 52 kalori dengan 1.4 gram serat dan 13.7 gram karbohidrat.

5 Mengurangkan Risiko Sakit Mata 

Nanas bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak yang biasanya terjadi ketika usia meningkat. Ia diperolehi daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan juga antioksidannya.

Hasil kajian menunjukkan pengambilan vitamin C penting untuk mengelakkan katarak.
Selain itu, kandungan asid malik sebanyak 13% daripada keseluruhan kandungan asidik jus nanas berupaya memberikan nilai kesihatan yang tinggi untuk mengekalkan kesihatan oral dan ketahanan imunisasi.

6 Untuk Usus yang Sihat

Serat di dalam nanas memastikan usus sentiasa sihat.
Kenyataan ini disokong dengan penemuan saintifik yang mengatakan bahawa nanas kaya dengan serat untuk menjadikan pergerakan usus sentiasa berjalan dengan baik dan lancar. Masalah sembelit dapat diatasi dengan kehadiran serat yang baik ini.

7 Ezim Bromelain

Nanas mengandungi bromelain iaitu sejenis enzim yang memecahkan protein dan membantu pencernaan. Bromelain juga berfungsi mengurangkan masalah keradangan dan risiko tumbesaran tumor serta risiko penggumpalan darah.
Bromelain merupakan bahan di dalam nanas yang paling banyak dikaji. Ini kerana ia hanya ditemui di dalam nanas.
Kandungan bromelain di dalam nanas menyebabkan jus nanas digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Saarland, bromelain di dalam nanas membantu dalam menyembuhkan luka. Losyen yang dibuat berasaskan bromelain menunjukkan ia turut membantu dalam penyembuhan kulit terbakar pada manusia.

8 Baik untuk Kurangkan Batuk

Jika batuk berkahak dan berhingus, dicadangkan untuk anda makan nanas.
Sebatian bromelain dilaporkan menunjukkan kesan antiradang yang baik bagi mengurangkan bengkakan dan kesan radang pada tekak dan juga tisu yang tercedera.

9 Untuk Kesuburan

Kandungan vitamin dan mineralnya dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita.
Menurut Hussain et al. (2015), kandungan mangan yang tinggi dalam jus nanas menandakan pilihan yang bijak bagi mereka yang ingin meningkatkan kesuburan kerana mangan membantu peningkatan kesuburan melalui peningkatan kualiti sperma.

10 Sumber Karbohidrat

Nanas adalah sumber karbohidrat yang diperolehi daripada gula seperti fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya.
Satu cawan potongan nanas mengandungi 82 kalori. Nanas juga bebas lemak dan bebas kolesterol selain rendah kandungan sodium. Kandungan gula di dalamnya ialah 16g secawan.
Khasiat nanas dalam tin adalah kurang berbanding nanas segar. Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat sebenar, nanas segar adalah lebih baik.
Minum jus nanas yang dikisar sendiri lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai dan pasaraya. Ini kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan ke dalamnya menghilangkan nilai khasiat sebenar nanas.

Keburukan Nanas

Apa jua yang kita makan dan lakukan perlu dilakukan secara bersederhana. Walaupun nanas mempunyai banyak khasiat terutamanya vitamin C, tapi jika dimakan secara berlebihan akan mendatangkan kesan negatif kepada tubuh.
Ini termasuklah cirit-birit, rasa loya, sakit pada abdomen, dan pedih hulu hati.
Kandungan bromelain di dalam nanas pula boleh menyebabkan ruam, muntah, cirit- birit, dan pendarahan haid berlebihan. Ini berlaku jika makan nanas secara berlebihan juga.
Sekiranya anda sedang memakan ubat atau dalam rawatan, seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor anda jika mahu makan nanas.

Cara Memilih Nanas
Pilih nanas yang masak iaitu yang berwarna kuning terang. Elakkan juga membeli nanas yang sudah layu kerana terlalu masak. Ia dapat dilihat daripada keadaan kulitnya yang berkedut, merekah, dan daunnya yang layu.
Lebih bagus jika anda membeli nanas pada hari anda mahu memakannya. Nanas boleh disimpan di dalam peti sejuk sama ada sebelum atau selepas memotongnya.
Tapi, pastikan anda memakannya dalam tempoh 3 sehingga 5 hari.
Bungkus nanas dalam plastik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Bagi nanas yang dipotong pula, simpan ia di dalam bekas kedap udara sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk untuk memanjangkan tempoh kesegarannya.
Berdasarkan semua maklumat di atas, agak rugi jika nanas tiada dalam diet kita. Ia boleh jadi kudapan semasa berehat sambil menonton televisyen atau dimasak bersama- sama bahan lain dalam masakan kita.
Jadikan ia sebagai salad semasa makan tengah hari atau jus yang menyegarkan tubuh dan menghilangkan keletihan. Kreatifkan diri dengan menggabungkan nanas dengan buah-buahan lain seperti mangga.
Selamat mencuba!

 

Sunday, March 8, 2020

FAEDAH MINUM AIR LIMAU NIPIS

Air limau nipis, mencampurkan air dengan buah sitrus, seperti limau boleh menambah perisa ke dalam segelas air, menggalakkan peminum air yang enggan mengambil lebih banyak. Badan memerlukan air untuk terus stabil dan minum air secukupnya adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.
Air memastikan tubuh manusia terhidrat secukupnya. Manusia kekal terhidrasi dengan meminum cecair dan memakan makanan dengan kandungan air yang tinggi.
Jumlah air yang perlu diminum oleh seseorang bergantung kepada:
  • umur
  • jantina
  • jumlah aktiviti fizikal yang mereka lakukan
  • sama ada seseorang sedang hamil atau menyusukan
  • suhu dan faktor persekitaran yang lain
  • sama ada atau tidak seseorang mempunyai demam atau cirit-birit atau muntah
Ramai orang tidak minum air yang mencukupi dan diperlukan oleh badan. Malah, ramai orang minum lebih banyak minuman manis dan berkarbonat daripada air biasa.
Sesetengah orang mungkin mendapati bahawa memerah limau nipis meningkatkan rasa air, menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak lagi. Dengan minum air limau nipis, mereka juga boleh memanfaatkan banyak manfaat kesihatan yang ditawarkannya.

12 faedah air limau nipis

Air limau nipis

MACAM MACAM BOLEH DIGUNAKAN DENGAN LIMAU KASURI

1 . Ubat batuk 

limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . Ubat demam


Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak 


Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . Ubat pening kepala


Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Ubat lelah 


Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

KHASIAT AIR LIMAU KASTURI

Perahan jus limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa memang diakui mampu menambah keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan Namun, keistimewaannya tidaklah terhenti setakat itu. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti asma, sakit tekak dan juga pening kepala.

Selain itu, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

6 Khasiat Limau Kasturi Untuk Kesihatan.

1. Mengurangkan Asma

Ambil sesudu madu kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami asma.

2. Melangsingkan Tubuh

Perahan limau kasturi yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat.

3. Ubat Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi.

Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

4. Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia dipicit.

5. Atasi Masalah Ketiak Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi, kemudian potong kepada 2 bahagian. Ramaskan limau kasturi itu kebahagian ketiak anda beberapa kali dan bilas sehingga bersih. Amalkan beberapa kali seminggu.

6. Ubat Demam

Petik 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam.

Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

MANFAAT LIMAU KASTURI

Tiada siapa menyangka dengan saiz yang kecil, buah limau kasturi sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan lebih banyak berbanding sebiji epal hijau.

Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambah keenakan rasa dalam masakan dan minuman, malah ia juga dapat membantu merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit tekak, pening kepala dan sebagainya.

Khasiatnya tidak terhenti di situ sahaja, limau kasturi juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan misalnya dijadikan sebagai bahan untuk mengatasi masalah badan berbau, mengurangkan masalah kelemumur dan menguruskan badan.

Bahan aktif di dalam limau kasturi amat jarang ditemui dalam limau-limau lain.

Floretin-G

Limau jenis ini tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan hadir dengan salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.

Floretin biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos, namun kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada bahagian tertentu pada limau kasturi.

Menurut pakar pemakanan, bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah semulajadi.

Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih malah, bahan floretin-G juga stabil pada suhu dan tekanan tinggi.

Kajian jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk minuman ini telah dijalankan.

Antioksidan

Kajian preklinikal ke atas produk ini juga menunjukkan ia boleh menstabilkan sel darah merah, menurunkan trigliserida dan kreatinin.

Hasilnya, ramai yang menyukai minuman limau kasturi kerana rasanya kurang pahit selain penuh dengan khasiat semulajadi.

Antara bahan penting dalam produk makanan dan minuman kesihatan adalah bahan antioksidan yang boleh merencatkan (tetapi tidak menghalang sepenuhnya) pengoksidaan lemak, protein, karbohidrat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses pengoksidaan tersebut disebabkan oleh kehadiran bahan radikal bebas.

Apabila kandungan radikal bebas tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan fenomena ini sering dikaitkan dengan penyebab penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.

Sebenarnya, keberkesanan sesuatu produk antioksidan tidak diukur dari tinggi nilai antioksidan yang tertulis pada label semata-mata, tetapi bergantung kepada keupayaan tubuh manusia memetabolisma atau memecahkan bahan antioksidan kepada bahan ringkas yang dikenali sebagai asid fenolik dan seterusnya diserap dalam badan.

Kebanyakan makanan dan minuman yang tinggi bahan antioksidan mengambil masa yang agak lama untuk dimetabolismekan kepada asid fenolik dalam usus besar iaitu lebih kurang lima hingga 24 jam.

Keupayaan tubuh memetabolismekan bahan antioksidan yang berstruktur besar juga akan berkurang dengan kehadiran bahan matrik makanan seperti lemak dan protein.

Sebagai contoh, jika seseorang mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan antioksidan, diikuti pengambilan bahan berlemak atau tinggi protein, maka bahan antioksidan tidak dapat dimetabolismekan atau dipecahkan kepada asid fenolik.

Hal ini kerana bahan antioksidan akan diikat dengan lemak atau protein dalam perut dan tidak dapat dimetabolismekan dalam usus besar oleh bakteria yang dikenali sebagai mikroflora.

KITA PERLU MINUM AIR SECUKUPNYA

MASIH ramai golongan dewasa tidak mengikuti saranan minum air lapan gelas (2.5 liter) sehari.

MINUM AIR SECUKUPNYA UNTUK SIHAT.
 
 Antara alasan mereka ialah enggan kerap berulang-alik ke tandas setiap 30 minit selepas minum air.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, air ialah bahan kedua penting dalam tubuh selepas oksigen.

Ia dapat memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Beliau berkata, individu dewasa digalakkan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari seperti dicadangkan ‘National Academy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board’.

“Ketika makan, injap pilorus di hujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di perut untuk beberapa tempoh bagi tujuan penghadaman.

“Air yang diminum digunakan untuk menukarkan makanan kepada cecair. Setelah makanan menjadi lembut, ia dihantar ke usus bagi tujuan serapan,” katanya.

Menurut Dr Zubaidi, sekiranya air tidak mencukupi, perut akan mengambil cecair daripada darah, perut dan usus supaya makanan yang hendak diproses menjadi lembut serta cair sebelum dihantar ke usus kecil.

“Lazimnya, najis menjadi lembut apabila berada di usus besar.

“Sekiranya air dalam tubuh tidak mencukupi akibat dehidrasi, tubuh akan menyerapkan air daripada najis menyebabkannya mengeras dan seseorang itu mengalami sembelit.

“Kajian ‘Journal of the American College of Nutrition’ mendedahkan, minum air kosong tidak menjadi keperluan selagi meminum air lain (air berperisa) dan memakan makanan berkuah seperti sup dan bubur,” katanya.

Menurut beliau, saintis menyarankan jumlah air yang perlu diminum seorang dewasa ialah segelas air bagi setiap kali makan.

Namun, individu itu perlu minum air yang lebih banyak jika ada keperluan lain.
Jelasnya, air juga digunakan untuk menggantikan peluh yang keluar terutama ketika cuaca panas atau melakukan aktiviti lasak.

“Minum apabila dahaga dan jangan memaksa individu lain minum air lapan gelas sehari, ikut kemampuan masing-masing.

“Minum terlalu banyak air juga boleh membahayakan diri dan menyebabkan hyponatremia (kandungan natrium dalam darah terlalu rendah),” katanya.

SISTEM DI DALAM BADAN PUN PERLUKAN AIR!

Setiap sistem dalam tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar badan merangkumi air. Otot yang kecil, darah dan otak mengandungi lebih 70 peratus air. Cecair penting ini adalah ramuan penting yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Begitupun, kebanyakan orang tidak meminum air yang mencukupi.

Air mengawal suhu badan, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, menolong menyahkan toksik daripada buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral dan menghalang badan daripada kecederaan.
Setiap hari badan kehilangan secara purata 10 hingga 12 cawan air yang perlu diganti untuk me­ngekalkan keseimbangan tubuh. Namun, masih ramai yang mengabaikan pengambilan air untuk anggota badan.


Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkata, air adalah elemen terpenting kepada tubuh. Badan kita terdiri daripada 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat.

 
“Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan mengurangkan risiko terhadap jangkitan.

Friday, January 31, 2020

BARLI MEMBANTU PESAKIT CKD KAWAL GLUKOS DALAM DARAH

Satu kajian Lund Universiti di Sweeden menunjukkan bahawa barli dapat dengan cepat meningkatkan kesihatan dengan mengurangkan kadar gula darah dan risiko diabetes. Rahsia ini terletak pada campuran khas serat makanan yang terdapat dalam barli, yang juga boleh membantu mengurangkan selera makan dan risiko penyakit kardiovaskular.



"Ia menghairankan namun menjanjikan bahawa memilih gabungan serat makanan yang betul boleh - dalam masa yang singkat - menghasilkan manfaat kesihatan yang luar biasa," kata Anne Nilsson, Profesor Madya di Pusat Saing Makanan Untuk Kesihatan dan salah seorang penyelidik di belakang kajian ini.

Kajian itu dijalankan dengan peserta pertengahan umur yang sihat yang diminta untuk makan roti yang dibuat dari biji barli selama tiga hari - pada sarapan, makan tengahari dan makan malam. Kira-kira 11-14 jam selepas makan terakhir mereka, peserta diperiksa untuk penunjuk risiko kencing manis dan penyakit jantung atau kardiovaskular. 

Kajian di Hospital St Michael's mendapati bahawa barli mampu menurunkan paras dua jenis kolestrol pada masa yang sama - LDL dan non-HDL. 

BARLI TURUNKAN KOLESTROL
Para penyelidik mendapati bahawa emtabolisme peserta meningkat sehingga 14 jam, dengan faedah tambahan seperti penurunan gula darah dan tahap insulin, peningkatan kepekaan insulin dan kawalan selera yang baik. Kesannya timbul apabila campuran khas serat makanan dalam biji barli mencapai usus, merangsang peningkatan bakteria baik dan pembebasan hormon penting.

"Setelah makan roti yang terbuat dari biji barli, kita melihat peningkatan dalam hormon usus yang mengatur metabolisme dan selera makan, dan peningkatan hormon yang membantu mengurangkan keradangan gred rendah kronik. Dalam masa yang singkat ini dapat membantu mencegah terjadinya penyakit kardiovaskular dan kencing manis." kata Anne Nilsson.

Dalam kajian terdahulu yang dijalankan dengan satu pasukan dari Universiti Gothenburg di Sweeden penyelidik juga mendapati bahawa serat makanan daripada isirong/biji barli menjana peningkatan bakateria Prevotela copri, yang mempunyai kesan pengawalseliaan langsung terhadap paras gula darah dan membantu menurunkan perkadaran sejenis bakteria usus yang dianggap tidak sihat.

Kesan dari biji barli dipengaruhi oleh komposisi mikrobiota usus individu, yang bermaksud orang yang mempunyai konsentrasi yang rendah dari bakteia copra Prevotella mengalami kesan kurang dari pengambilan produk barli. Makan lebih banyak barli boleh membantu merangsang pertumbuhan bakteria yang baik.

Dapatan dari kajian ini adalah tepat pada masanya, kerana kadar obesiti dan diabetes jenis 2 telah meningkat dengan ketara dalam masyarakat kini.

Bagi pesakit CKD, barli adalah selamat dan sesuai sebagai alternatif kepada beras atau kentang.

Di dalam masyarakat Greece, salah satu minuman kegemaran yagn dipanggil Kykeon dibuat dengan air barli, dan ia dianggap penawar untuk penawar untuk pelbagai penyakit. Manakala rawatan tradisi Ayurveda mendapati, ia adalah diuretik yang sangat baik, yang menyembuhkan jangkitan saluran kencing (UTI) dan juga membantu tubuh untuk terus sejuk semasa musim panas. 

Dari pengalaman saya sendiri, barli membantu mengurangkan Edema, yakni bengkak kaki dan bukulali akibat penakugan air dalam badan atau 'Water retention'. 

Lazimnya, doktor akan beri ubat FUROSEMIDE untuk tujuan melawaskan atau buang air dari badan (diuretik), walaupun ubat ini sebenarnya menambahrosak buah pinggang!!.

Sebagai alternatif, saya memilih untuk minum air rebusan dan makan biji barli dan memang benar ia membantu atasi masaalah Edema tersebut.