Monday, July 29, 2013

COKLAT KURANG RISIKO STROK

Coklat mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida.

SUAMI, bapa, abang atau adik lelaki anda penggemar coklat? Jangan risau, coklat memberikan manfaat buat lelaki yang 'mencintainya'.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden menunjukkan lelaki yang kerap makan coklat kurang risiko diserang strok.

Hasil kajian itu telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.

Sukatan coklat yang dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat.

Dengan pengambilan kerap padaan sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17 peratus risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat.

Ini bukanlah kajian pertama yang menyatakan manfaat coklat pada kesihatan kardiovaskular manusia.

Sebelum ini banyak kajian lain menunjukkan penggemar coklat mempunyai risiko rendah mendapat penyakit berkaitan sistem tersebut seperti penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

"Apa yang mengurangkan risiko penggemar coklat ini kepada penyakit strok adalah kandungan flavonoid yang terdapat di dalamnya," kata Susanna Larsson, penyelidik dari Institut Karolinska di Stockholm yang juga ketua kepada penyelidikan terbabit.

Larsson turut melakukan kajian yang sama terhadap golongan wanita tahun lalu dan turut menemukan hasil yang sama.

KEAJABIBAN PROTEIN

SEBELUM ini anda mungkin sering mendengar bahawa protein adalah nutrien yang penting dan bermanfaat untuk kesihatan anak anda. Namun, tahukah anda bagaimana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan?

Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.

Peranan penting protein

* Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.

* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).

* Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.

* Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.

* Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Sumber protein

Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

BAHAYA KASUT TUMIT TINGGI

  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

  • Pergelangan kaki mudah terseliuh.

  • Sukar mengimbang berat badan.

  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

  • Peredaran darah terganggu.

  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.

  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.

bahaya kasut tumit tinggi

Sihat Cergas: Kebaikan berpuasa

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan salam Ramadan kepada semua pembaca.

Selari dengan bulan penuh mulia ini, ramai yang mengeluh pada saya mereka cepat penat ketika bersenam lantas berhenti melakukannya selama sebulan.

Sebenarnya kita masih boleh bersenam ketika berpuasa, cuma pilihan jenis senaman itu kena betul supaya tidak memudaratkan diri.

Selain itu, kehadiran Ramadan juga memberi beberapa kelebihan kepada tahap kesihatan kita antaranya berpuasa membantu mengurangkan berat badan dan mengawal jumlah gula dalam darah.

Ia juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan kandungan kolesterol serta menolong membuang ketagihan seperti merokok untuk menjalani gaya hidup lebih sihat.

Bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan dan mencapai berat serta bentuk badan diingini pada Syawal nanti, pasti kesempatan inilah sesuai untuk menjaga penampilan diri agar nampak berkeyakinan pada hari lebaran kelak.

Ini kerana pada Ramadan, individu yang berpuasa sukar memenuhi keperluan kalori seharian mereka.

Ada sesetengah orang mengatakan mereka berjaya kurangkan 10 kilogram! Itu luar biasa. Kalau satu kilogram seminggu lebih realistik tetapi itupun gabungan daripada pembuangan lemak dan air.

Puasa juga mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan dan merokok.

Dalam usaha anda mengawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak dan lebih mudah untuk mengawal nafsu makan dalam bulan ini.

Ibadat puasa dapat mengurangkan tekanan darah tinggi berikutan hasil gabungan seperti tahap insulin yang lebih rendah dan glukos darah lebih konsisten di samping membantu mengurangkan tahap kolesterol badan.

Puasa bukan saja merehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat merehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktiviti fizikal atau senaman untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.

JAGA MAKAN, SELALU SENAM

Dek tidak mempunyai kecekalan meninggalkan makanan berkalori tinggi dan jarang bersenam, Nurul Nadiah Nordin, 29, sebelum ini sukar mahu melaksanakan hajatnya menurunkan berat badan yang mencecah 74 kilogram (kg).
Perkara itu menjadi halangan terbesar buat dirinya, apatah lagi dia juga kurang pengalaman mengenai cara penurunan berat badan yang betul.

“Berdasarkan paparan di media massa, saya dapati ramai wanita mengambil jalan mudah dengan makan atau minum ubat pelangsing badan dan saya memang takut mencubanya.

“Namun, saya masih percaya jika hendak kurus, kita kena jaga makan dan lakukan senaman secara konsisten.

“Justeru, peluang melakukannya bersama dua orang lagi kawan sekerja menerusi program Cabaran Nestle Fitnesse Ubah Gaya Hidup Anda di Pejabat pada Jun lalu menjadi langkah pertama saya untuk mencapai matlamat menguruskan badan,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Akaun di Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) cawangan Subang Jaya.

Cabaran itu ditaja bijiran sarapan Nestle Fitnesse yang dilakukan di enam pejabat terpilih sekitar Lembah Klang.

Setiap pasukan terdiri daripada tiga ahli bersaing antara satu lain dalam tempoh 14 hari untuk mencapai jumlah penurunan berat badan paling tinggi dengan mengikut diet yang disarankan di samping mengikuti program senaman khas.

Melalui program ini, ia membantu peserta menurunkan berat badan sekurang-kurangnya tujuh kilogram dalam tempoh dua minggu.

Lebih membanggakan, usaha dilakukan bijiran sarapan Nestle itu mencatatkan pembabitan 444 peserta dengan jumlah keseluruhan 521 kg berat badan berjaya dikurangkan.

PASANGAN JARANG BERGADUH HIDUP LAMA


SUAMI isteri yang kerap bergaduh akan menyebabkan
 umur mereka semakin singkat.- Gambar hiasan

PERBEZAAN dan perselisihan faham sudah menjadi resam dalam kehidupan suami isteri, namun sekiranya pertelingkahan sering terjadi ia akan menjejaskan kesihatan.

Sekumpulan pakar dari Universiti Brigham Young, Amerika Syarikat (AS) melakukan kajian ke atas 1,681 individu yang telah berkahwin selama 20 tahun sebelum memperoleh penemuan itu.

Penyelidikan itu dimuatkan dalam jurnal perubatan Journal of Marriage and Family edisi Jun lalu.

Sebelum ini, kajian universiti itu menunjukkan pasangan yang menjalani kehidupan bahagia akan menyebabkan umur mereka panjang.

"Implikasi akibat konflik dalam perkahwinan akan menyebabkan tahap kesihatan terjejas," kata ketua penyelidik, Rick Miller.

JANGAN MAKAN EPAL DENGAN BIJINYA

PAKAR nutrisi mengesyorkan jangan sekali-kali memakan epal dengan bijinya kerana ia mengandungi amigdalin yang boleh berubah menjadi hidrogen sianida apabila dicerna. 

Menurut satu kajian, hidrogen sianida adalah racun yang sama dengan Cylon B iaitu racun yang digunakan untuk pembunuhan beramai-ramai di kem tahanan ketika era Perang Dunia Kedua. 

Namun, jika hanya memakan sebiji buah epal, kesan toksinnya masih kecil. Hanya biji epal yang dikunyah yang akan merembeskan amigdalin. 

Pendedahan itu dibuat oleh Penolong Pengarah Yayasan Penyelidikan PG, Richard E. Barrans Jr. baru-baru ini. Simptom keracunan itu termasuk gementar, lemas, mual, muntah, degup jantung berdebar dan sakit kepala.

BAU AIR KENCING BOLEH KESN KANSER


AROMA air kencing hangat boleh kesan sel kanser.


PARA penyelidik Britain berjaya menghasilkan alat untuk mengesan aroma kanser pundi kencing melalui sampel air kencing. 

Percubaan awal mendapati, ujian pengesanan yang dilakukan oleh alat tersebut mampu memberikan keputusan yang tepat. 

Dicipta oleh Prof. Chris Probert dari Universiti Liverpool dan rakannya, Prof. Norman Ratcliffe dari Universiti Barat England, alat tersebut dikatakan mampu mengesan kehadiran kanser tersebut. 

“Alat ini boleh ‘membaca’ kandungan air kencing. 

“Kami sedang berusaha untuk menjalankan ujian kepada lebih ramai sukarelawan supaya kita boleh mengetahui sama ada alat ini boleh mengesan kehadiran sel kanser lain ataupun tidak. 

“Setakat ini, para sukarelawan terdiri daripada lelaki dan kami hanya boleh mengesan kehadiran sel kanser prostat di dalam air kencing,” ujar Ratcliffe baru-baru ini. 

BEGUK BOLEH SEBABKAN MANDUL

BENGKAK di pipi sehingga ke bahagian rahang yang dikenali sebagai penyakit beguk boleh membuatkan penghidapnya berasa malu.

Beguk yang juga dikenali sebagai parotitis epidemik menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur terutamanya di bahagian hadapan dan bawah telinga. 

Namun, kita jangan keliru dengan masalah kelenjar parotid yang nampak seperti beguk, kerana ia juga boleh membengkak atau mengalami keradangan disebabkan faktor lain. 

Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Otorinolaringologi, Universiti Sains Malaysia, Kota Bahru, Kelantan, Dr. Irfan Mohamad, beguk berpunca daripada jangkitan paramiksovirus.

“Virus itu boleh berjangkit secara langsung melalui batuk, bersin atau melalui mata, hidung serta mulut.
“Perkongsian makanan dan minuman atau bekasnya dengan penghidapnya menyebabkan berlaku transmisi kerana terdapat percampuran air liur,” ujar Irfan.

Tambahnya, beguk merupakan penyakit yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak sebelum era vaksinasi.

“Sekiranya ia berlaku pada orang dewasa, komplikasinya mungkin lebih teruk seperti radang testis yang boleh menyebabkan kemandulan,” katanya.

Kadar komplikasinya juga akan meningkat seiring pertambahan usia si penghidap.
Kata Irfan, jika tidak dirawat secara intensif, jangkitan bakteria akan mengakibatkan berlakunya pengumpulan nanah dalam kelenjar.

 

















SUNTIKAN MMR seawal umur setahun boleh mencegah seseorang daripada 
dijangkiti penyakit beguk. - Gambar hiasan


Tanda spesifik

Contohnya, kanak-kanak mungkin sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kesan susulan, tetapi bagi seorang lelaki dewasa yang menghidap beguk, ia mungkin berakhir dengan kemandulan.

Salah satu komplikasi parotitis viral ini ialah ia merebak ke organ lain. 

SUSU RENDAH LEMAK TIDAK SEMESTINYA SIHAT

SUSU rendah lemak semakin menjadi pilihan para penguna yang mementingkan pengambilan minuman berkalori rendah. 

Namun, tahukah anda, satu kajian yang dijalankan dua penyelidik, David Ludwig dari Hopital Kanak-kanak Boston dan Dr. Walter Willett dari Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati susu rendah lemak boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. 

"Belum ada data jelas yang mengaitkan pengambilan susu rendah lemak boleh mengurangkan berat badan.

"Sebaliknya, penggemar susu rendah lemak cenderung untuk gemuk kerana meminum susu rendah lemak tidak mengenyangkan, sebaliknya mendorong mereka untuk mengambil makanan dan minuman lain dalam kuantiti yang banyak," ujar Ludwig baru-baru ini. 

Sementara itu, menurut pakar endokrin kanak-kanak, Dr.Mark Daniel DeBoer dalam kajiannya mendapati kanak-kanak yang meminum susu rendah lemak lebih gemuk berbanding kanak-kanak yang meminum susu skim. 

Wednesday, July 24, 2013

NASI LEMAK DIPERSALAHKAN PENYEBAB OBESII


Beberapa menteri yang bersangkut paut dengan industri kesihatan dan pendidikan telah bersetuju dan memutuskan bahawa nasi lemak hanya dibenarkan dijual sehari dalam seminggu di sekolah-sekolah seluruh negara kerana ia dikatakan penyebab masalah obesiti di kalangan murid-murid sekolah!

Saya ingin bertanya satu soalan sahaja kepada menteri-menteri ini, sudahkah mereka membuat kajiselidik dalam skala yang besar untuk mengesahkan bahawa nasi lemak punca obesiti di negara ini? Saya pasti mereka tidak akan dapat memberikan jawapan. Ini kerana orang-orang seperti mereka ini seringkali mudah dipengaruhi oleh beberapa kerat manusia yang berkepentingan dan lebih berkuasa dalam hal-hal pemakanan dan ubat-ubatan. Orang-orang ini tentunya datang dari kalangan ahli perniagaan yang memiliki wang yang banyak dan dengan wang mereka boleh membeli kuasa dan pengaruh.

Saya tidak mahu membuat kenyataan panjang lebar tentang orang-orang sebegini kerana kelak mereka akan menganggap saya menghasut orang ramai dan cuba mengaitkannya isu sebegini dengan dunia politik mereka.

Kita tinggalkan dunia politik mereka, apa yang saya hendak perkatakan ialah keputusan yang dibuat untuk mengharamkan penjualan nasi lemak adalah keputusan yang dibuat secara terburu-buru tanpa membuat penelitian secara keseluruhannya.

KHASIAT CUKA EPAL ORGANIK

Apple cider vinegar atau dikenali sebagai ACV adalah sejenis cuka yang dibuat dari epal dan warnanya dari kuning pucat hingga warna seperti amber. ACV telah digunakan dalam masakan dan perubatan sejak zaman purba lagi. Tulisan Assyria kuno (antara teks tertua di dunia) merujuk ACV untuk merawat sakit telinga. Hippocrates, yang sering digelar 'bapa perubatan moden' juga pernah didapati menetapkan ACV sebagai sebahagian kaedah rawatan. Juga disebut dalam banyak teks zaman dahulu yang menyatakan sebagai penawar untuk berbagai jenis penyakit.

Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Maka ungkapan yang mengatakan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Ramai yang menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari buah epal.

ACV organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan ACV yang anda dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak merbahaya.
Jika terdapat ibu cuka (biasanya pada botol ACV dilabelkan dengan perkataan 'with the Mother'), ia menandakan kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia menguatkan sistem pertahanan tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis.

Apabila diambil setiap pagi, ACV bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal dan ruam.

KHASIAT LIDAH BUAYA: HERBA TERBAIK

Bertemu lagi para pengunjung sekelian. Kali ini saya dengan sukacita ingin membentangkan sedikit maklumat tentang kebaikan dan potensi pengubatan yang terdapat dalam Aloe Vera atau disebut pokok Lidah Buaya. Saya akui bahawa saya adalah pendokong pengubatan secara semulajadi, malah saya sendiri menanam dan memakan tumbuhan ini.

Halaman rumah dipenuhi dengan tumbuhan aloe vera. Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera. Lihatlah apa faedah yang boleh didapati dari sebatang pokok aloe vera;
1. menghentikan pertumbuhan tumor
2. merendahkan kadar kolesterol
3. memperbaiki sel darah
4. menambah oksigen di dalam darah
5. menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
8. mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
9. menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
13. menghentikan kanser colon
14. sebagai pelincir salur perkumuhan
15. menghilangkan buasir
16. meneutralkan gula di dalam darah
17. memelihara buah pinggang dari penyakit
18. menghalang jangkitan
19. memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
...dan banyak lagi!!!

WASPADA DENGAN 'POERIUK AJAIB".


Perkembangan teknologi termaju adalah rahmat kepada manusia kerana ia memudahkan tugas dan menjimatkan masa. Tetapi bukan semua teknologi boleh mendatangkan kebaikan.

Terbaru, terdapat sejenis periuk kembar yang dikatakan 'ajaib' (bukan bermaksud ia benar-benar ajaib) yang boleh membantu kita memasak makanan dengan lebih mudah, cepat dan lebih menariknya ia memiliki ciri-ciri tidak melekat (non-stick) dan kurang asap. Masakan anda akan mudah diuruskan, periuk juga mudah dicuci kerana tiada bahan-bahan masakan yang tinggal melekat pada permukaan periuk.

Apa yang hendak diperkatakan di sini, kita seharusnya tahu apakah jenis bahan yang digunakan dalam pengeluaran yang bertindak sebagai lapisan untuk menjadikan permukaan periuk tidak melekat.Selain dari itu, apa yang mengejutkan kami ialah sejenis bahan seperti gelang getah tebal dijadikan sebagai gasket untuk menghalang asap dan segala aroma dari terbebas keluar dari periuk itu apabila ia ditutup.Bahan getah yang dipanaskan ini sudah tentu akan bertindakbalas mengeluarkan bahan-bahan toksik dan seterusnya masuk dan bercampur dengan bahan masakan di dalam periuk. Jika ia dilakukan secara berterusan, tidak hairan lambat-laun mengapa pengguna itu boleh mendapat kanser.

TSM tidak mengajak pengguna menolak kemajuan teknologi tetapi kita seharusnya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya. Sekalipun pengeluar mendakwa bahan yang digunakan ialah aluminium atau besi tahan karat, ia adalah bahan asas periuk itu. Apa yang kita perlu ketahui ialah bahan lapisan yang membuatkan ia tidak melekat. Terdapat beberapa jenis bahan merbahaya yang biasa digunakan untuk menjadikan periuk tidak melekat iaitu asid perfluorooctanoic (PFOA) dan asid perfluorooctanesulfonic (PFOS). Pada 2005, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) mengeluarkan laporan bahawa kedua-dua jenis bahan ini disahkan menepati ciri-ciri bahan yang dikategori sebagai karsinogen (penyebab kanser).

Menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Environment Health Perspectives pula, ia menemui kaitan antara asid perfluorooctanoic (PFOA), asid perfluorooctanesulfonic (PFOS) dengan penyakit osteoarthritis (OA - penyakit yang hampir sama dengan gout). Tumpuan dijalankan terhadap kedua-dua jenis bahan ini kerana ia telah digunakan secara meluas dalam persekitaran dan didapati mencemar hidupan liar dan manusia. Ia digunakan dalam beratus-ratus proses industri dan produk pengguna seperti kertas pembungkus makanan tak melekat, pakaian fabrik tak telap air dan tahan karat serta produk penjagaan diri.

Mereka mendapati pendedahan terhadap PFOA dan PFOS berkait rapat dengan kemungkinan besar penyakit osteoarthritis.

Sebelum anda tertarik dengan sesuatu produk terbaru, tanyalah dahulu apakah produk itu selamat digunakan. Tanya penjual atau pengeluar apakah jenis bahan lapisan non-stick yang digunakan. Adakah mereka menggunakan PFOA dan PFOS. Jika jawapannya ya, lebih baik lupakan saja. Sebagai penjual dan pengeluar, keselamatan pengguna adalah perkara nombor dua. Yang pertama ialah menjana keuntungan dan memastikan produk laris dijual.

Nasihat kami, kembali kepada cara lama. Gunakan periuk besi keluli tahan karat yang masih elok di dapur anda. Khidmatnya masih diperlukan. Elakkan memakan makanan yang dimasak di atas dapur 'ajaib' ini atau semua jenis periuk 'non-stick'.

INGAT! DIRI ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN. 

GOUT: RAWATAN DENGAN AIR

Gout disebabkan pengumpulan kristal asid urik berlebihan berpunca dari diet yang biasanya menyerang bahagian sendi. Mayoclinic.org, laman web untuk golongan professional dalam bidang perubatan konvensional tidak langsung menyebut bahawa gout berpunca dari diet tetapi menyatakan golongan lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita.

Kristal asid urik biasanya terlerai di dalam darah dan keluar bersama air kencing. Kristal asid yang bersifat tajam menyebabkan keradangan pada bahagian yang diserang. Keradangan itu akan menyebabkan pesakit merasa amat sakit. Kebiasaannya, doktor akan memberi ubat ibuprofen atau colchicine mengikut keadaan pesakit. Ubat-ubat ini bekerja untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal keradangan. Bagaimanapun, ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Antaranya ialah seperti cirit-birit, muntah, lemah kebolehan utk melawan jangkitan, strok, serangan jantung, pendarahan dalam perut dan kehadiran darah di dalam air kencing.

Menurut laman web drugs.com, colchicine bukanlah ubat untuk arthritis atau gout, dan ia tidak akan menghalang penyakit-penyakit ini dari berkembang. Menurut laman web itu lagi, Colchicine juga tidak boleh digunakan sebagai ubat rutin untuk lain-lain keadaan.

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah bagaimana ubat-ubat ini bekerja. Ia hanya bertindak mengawal atau mengurangkan kesakitan sahaja, bukannya merawat atau menghilangkan terus penyakit gout. Ubat-ubat ini langsung tidak berbuat apa-apa terhadap pengumpulan asid urik yang berlebihan di bahagian yang terkena sakit.

GOUT: PENAWAR MUDAH DAN MURAH

Bagi penderita gout, masih ramai lagi yang tak sedar akan penawar yang pantas dan berkesan untuk merawat kesakitan boleh diperolehi dengan harga yang murah dan lebih mengejutkan, ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit, bukan saja dari farmasi atau klinik.

Pesakit gout menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Segalanya bergerak perlahan. Sebahagian aktiviti yang dilakukan selama ini terpaksa dikurangkan atau dihentikan terus. Lebih-lebih lagi mereka yang menerima serangan gout di bahagian kaki. Ia menyebabkan segala aktiviti seharian mereka terbatas. Ada yang tidak boleh berjalan atau terpaksa menggunakan tongkat. Ada pula yang menggunakan kerusi roda.

Jika pergi ke klinik atau hospital, sudah tentu doktor akan berikan ubat ibuprofen atau colchicine atau yang seangkatan dengannya untuk mengurangkan gejala kesakitan pada anggota tubuh yang diserang. Ibuprofen boleh mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya seperti serangan jantung dan strok jika digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman di dalam perut. Keadaan seperti ini semuanya boleh membawa maut.

Colchicine berfungsi mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat pengumpulan asid urik yang berlebihan. Perlu diketahui hanya jenama Colcrys sahaja yang mendapat kelulusan FDA untuk ubat colchicine ini. Jika anda menggunakan colchicine dalam tempoh yang lama, darah anda perlu diperiksa selalu. Ubat ini tidak sesuai untuk penderita penyakit buah pinggang dan hati.

Maka untuk mengelak dari mendapat semua kesan sampingan di atas, TSM ingin memberikan panduan kepada penderita gout untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik dan tiada kesan sampingan dalam merawat atau mengurangkan kesakitan gout.

AIR SUAM DIET PALING MURAH



RUTIN minum air masak boleh membantu menjayakan program diet.


RUTIN meminum air suam adalah pilihan paling mudah dan murah untuk menurunkan berat badan. 

Satu penyelidikan yang diketuai Prof. Brenda Davy dari Virginia Tech, Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati, minum air suam sebelum makan dapat membantu menurunkan berat badan. 

“Individu dewasa yang mengamalkan rutin meminum dua gelas air suam sebelum makan akan kehilangan berat badan sekitar 1.81 kilogram lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum air.

“Wanita yang meningkatkan pengambilan air berupaya menurunkan lebih banyak berat badan berbanding wanita yang hanya meminum kurang daripada satu liter air sehari. 

“Keadaan itu berlaku kerana air suam dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan pengambilan kalori, terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet,” kata Davy 

Selain memberi rasa kenyang, air suam juga dikatakan boleh menurunkan risiko diabetes dan batu karang.

SAKIT DAN RAMADHAN


Luka akibat hakisan asid perut penyebab kepada ulser perut. - Gambar hiasan 

Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, selaku pesakit, golongan ini haruslah bijak menimbang tara antara kewajipan berpuasa dan kewajipan menjaga kesihatan. 

Jelasnya, bagi membantu pesakit membuat keputusan, satu langkah yang boleh diambil adalah mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum bermulanya bulan Ramadan. 

Menurut Dr. Raja Affendi, gastrik dan ulser perut adalah dua penyakit yang berbeza. Gastrik atau istilah perubatannya bermaksud perut dan gastritis merupakan keradangan pada dinding perut manakala ulser pula adalah luka akibat hakisan asid perut. 

"Kedua-duanya boleh terjadi akibat jangkitan bakteria helicobacter pylori yang memerlukan penggunaan ubat penahan sakit tertentu (seperti ibuprofen, naproxen, aspirin dan lain-lain), pengambilan steroid yang berlebihan serta merokok. 

"Lazimnya, kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan perasaan sebu (dyspepsia) di hulu hati. 

"Individu berkenaan boleh didiagnos melalui endoskopi serta pengesanan jangkitan helicobacter pylori menggunakan sampel biopsi yang diambil pada dinding perut," kata Dr. Raja Affendi. 

Pengesanan jangkitan helicobacter pylori kata Dr. Raja Affendi, boleh juga dibuat melalui ujian darah, najis dan perhembusan nafas (urea breath test).


Berbuka puasa dengan mengambil makanan dalam kuantiti 
yang sedikit tetapi berkala. - Gambar hiasan 

Katanya, seandainya pesakit mampu berpuasa, langkah paling asas yang boleh diambil bagi mengurangkan komplikasi gastritis dan ulser adalah mengawal tabiat pemakanan sepanjang bulan Ramadan. 

PENDARAHAN DALAM MATA

AMD lembap adalah wabak senyap yang berlaku dalam kalangan mereka 
yang berumur 50 tahun ke atas. - Gambar hiasan 
 
PERISTIWA empat tahun lalu benar-benar menguji ketabahan arkitek berkaliber ini yang mula membayangkan apa yang akan terjadi padanya jika bergelar 'orang buta'.

"Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka seorang sahabat. Majlis tersebut berlangsung pada waktu malam dan ketika hendak menjamah makanan tiba-tiba mata saya begitu kabur. 

"Saya ke tandas untuk membasuh mata dan makin di basuh mata makin kabur dan gatal. Saya sangka mata dimasuki serangga tanpa menyangka ada sesuatu yang tidak kena," cerita Hoi Lam.
 
Kebetulan waktu itu musim perayaan dan kebanyakan klinik mata ditutup. Seminggu selepas kejadian baru klinik dibuka dan reaksi doktor yang terdiam selepas melakukan pemeriksaan mata, membuatkan Hoi Lam tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Doktor melakukan pemeriksaan selama 15 minit dan bertanya sama ada saya pernah jatuh atau terluka kerana dalam mata sudah berlaku pendarahan. 

"Saya dirujuk ke pakar mata. Barulah saya tahu yang saya kini menghidap penyakit mata yang dinamakan AMD lembap ," katanya dalam sesi berkongsi pengalaman pada majlis pelancaran Eylea, produk penjagaan mata oleh Bayer HealthCare di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Hoi Lam mengetahui penyakit itu memang sesuatu yang serius kerana jika tiada rawatan boleh menjadikannya buta. 

Monday, July 15, 2013

GRAVIOLA - JUS PEKAT - DAUN DURIAN BELANDA

Ekstrak dari daun durian belanda atau Soursop Graviola atau nama saintifiknya Annona Murikata adalah terbukti sangat berkesan sebagai pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan kekuatan melebihi 10 ribu kali ganda daripada terapi kemo.

Graviola juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Hasil dari penyelidikan membuktikan *pohon ajaib* ini:-
  1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi TANPA rasa mual, berat badan turun , rambut gugur, seperti yang terjadi pada rawatan terapi kemo.

  2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

  3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan.

  4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

 Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji dilebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970'an hingga beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak daun pohon ini adalah:

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jeniskanser yang berbeza: Usus besar, Payu Dara, Prostat, Paru-paru, Rahim, Otak dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10-,000 kali lebih kuat dalam memperrlambatkan pertumbuhan dan membunuh sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin yang digunakan Terapi Kosmo!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak daun pohon ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan kepada sel-sel yang sihat.

4. Secara tradisional digunakan untuk mengubati cirit birit, disentri, kutu kepala, xxxxxxxx, penyakit jantung, asma, hipertensi, parasi dan banyak lagi

5. Membunuh cacing terutama pada kanak-kanak.

Antara khasiatnya yang telah dikenal pasti:

1. Membunuh sel kanser 10 kali ganda lebih kuat dari rawatan Kemo

2. Melambatkan pertumbuhan tumor

3. Membunuh bakteria

4. Membunuh parasit

5. Membunuh virus

6. Menstabilkan degupan jantung

7. Menstabilkan tekanan darah tinggi

8. Membersihkan pembuluh darah terutama jantung

9. Sedates

10. Mengurangkan kemurungan

11. Mengurangkan kekejangan

12. Mengurangkan demam

13. Membunuh cacing

14. Merangsangkan sistem pencernaan

15. Merawat kekejangan saraf

Graviola

JUS ANTI KANSER DURIAN BELANDA, KHASIAT LEBIH HEBAT DARI RAWATAN KEMO

Anda mungkin sudah terbiasa dengar dgn khasiat buah kurma,delima dan madu seperti mana yg juga tertulis dari Al-Quran. Anda juga mungkin sudah tahu khasiat istimewa yang ada pada madu lebah untuk kesihatan badan. Tetapi adakah anda tahu dengan khasiat yang ada pada DURIAN BELANDA?

Diantara khasiat penting yang terdapat pada DURIAN BELANDA (GRAVIOLA)

- kaya dengan Acetogenin yang membantu menyerang dan membunuh sel sel kanser secara efektif dan semulajadi, dan secara selektif tanpa menyerang sel sel baik lain di dalam badan, dan menurut kajian saintis perubatan , ianya adalah AGEN ANTI SEL KANSER 10000x lebih baik daripada rawatan Kemoterapi* (bukan propa atau auta semata,untuk rujukan, lawati artikel yang mengesahkan ini dari internet, just google search ‘graviola anti cancer’ dan anda akan menjumpai banyak artikel mengenai perihal ini

Cuba pula bayangkan 100% perahan pati buah durian belanda ini digabungkan dengan khasiat dari kurma,delima dan madu lebah.yang sudah terbukti khasiatnya dan dicampur pula Kolagen asli dan Glutathione yang diketahui sebagai ejen antioksidan yang sangat efektif membebaskan sel sel radikal bebas di dalam badan, di mana kedua dua elemen juga ini banyak digunakan untuk menghasilkan produk penjagaan kecantikan kulit dan anti penuaan. Kesemua khasiat ini jika digabungkan dalam satu botol, maka akan terhasillah suatu produk kesihatan dan kecantikan yang HEBAT dan LENGKAP yang sesuai untuk seisi keluarga anda, dan ianya baru muncul di Malaysia, terimalah JUS ANNONA.
Jus Annona adalah 100% jus perahan buah buahan durian belanda, kurma, delima serta digabungkan dengan madu asli, Kolagen asli, Glutathione dan Purasweet.

DURIAN BELANDA BERKHASIAT DAN BUNUH RUPANYE!!!!


Hari itu, aku syok berbual pasal durian belanda. Sebab buah ini sedap kalau dibuat air jus minuman. Lepas itu abang aku pula bercerita dari satu email yang dia perolehi iaitu khasiat buah durian belanda.

Dia cakaplah yang durian belanda ini sebagai agen yang ampuh dan kuat dalam mematikan kanser dalam badan kita. Disebabkan perkara ajaib ini lah , rahsia perubatan kuno ini terus disimpan (tak disebarkan kelebihannya) kerana dunia perubatan ( pakar kanser)  risau ciptaan ubat mereka nanti tidak laku. Itu dari apa yang abang aku bagitahu la ea. Dia cakap lagi yang khasiat buah durian belanda ini lebih 1000x elok dari membuat kimoterapi.

Aku ini pula suka mengkaji, lalu bertanya encik google. Bawah ini aku copy paste dari 1  blog.

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

BUAH DARI POHON GRAVIOLA (DURIAN BELANDA)

Soursop, buah dari pohon graviola adalah pembunuh alami sel kanker yang ajaib dengan 10.000 kali lebih kuat dari pada terapi kemo.

Tapi kenapa kita tidak tahu ?

Karena salah satu perusahaan Dunia merahasiakan penemuan riset mengenai hal ini dengan rapat, mereka ingin dana riset yang di keluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, dapat kembali lebih dulu plus keuntungan berlimpah dengan cara membuat pohon Graviola Sintetis sebagai bahan baku obat dan obatnya di jual ke pasar dunia.

Sangat memprihatinkan, karena banyak orang meninggal disebabkan keganasan kanker, sedangkan perusahaan farmasi raksasa ini, membuat obat dengan omzet milyaran dollar menutup rapat-rapat rahasia keajaiban pohon graviola ini.

Khasiat dari buah sirsak ini memberikan effek anti tumor/kanker yang sangat kuat, dan terbukti secara medis menyembuhkan segala jeniskanker. Selain menyembuhkan kanker, buah sirsak juga berfungsi sebagai anti bakteri, anit jamur (fungi), efektif melawan berbagai jenis parasit/cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, depresi, stress, dan menormalkan kembali system syaraf yang kurang baik.

Riset membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini bisa :

• Menyerang sel kanker dengan aman dan efektif secara alami, Tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut rontok, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

• Melindungi sistim kekebalan tubuh dan mencegah dari infeksi yang mematikan.

• Pasien merasakan lebih kuat, lebih sehat selama proses perawatan / penyembuhan.

• Energi meningkat dan penampilan fisik membaik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pabrik obat terbesar di Amerika. Buah Graviola di-test di lebih dari 20 Laboratorium, sejak tahun 1970-an sampai beberapa tahun berikutnya. Hasil test dari ekstrak ( sari ) buah ini adalah

• Secara efektif memilih target dan membunuh sel jahat dari 12 tipe kanker yang berbeda, diantaranya kanker : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru2, dan Pankreas.

• Daya kerjanya 10.000 kali lebih kuat dalam memperlambat pertumbuhan sel kanker dibandingkan dengan Adriamicin dan Terapi Kemo yang biasa di gunakan.

• Tidak seperti terapi kemo, sari buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel2 jahat dan TIDAK membahayakan/membunuh sel2 sehat.

Wednesday, July 10, 2013

STRESS DAN KANSER

ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya selalu mendengar sesi temubual Tuan Haji melalui program Melayu di Radio SBS (Special Broadcasting Services). Dalam program minggu lalu, Tuan Haji ada menceritakan berkenaan perubatan al-Quran dalam merawati penyakit kanser dan saya tertarik dengan kenyataan Tuan Haji bagaimana stress salah satu penyebab kanser. Saya mengidap kanser paru-paru, tahap empat, sejak tiga tahun lepas. Saya telah menjalani kimoterapi sebanyak 18 kali. Bolehkah Tuan Haji terangkan bagaimana seseorang itu boleh mendapat kanser? Saya ingin tahu apa kaitan antara stres dengan kanser. Apa ayat yang boleh saya amal untuk mengurangkan stress dan juga mengubati penyakit kanser saya. Terima kasih.

n Puan Lily, Sydney, Australia

Jawapan:

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT dengan keizinan-Nya, saya dapat menyebarkan mukjizat al-Quran kepada penduduk Islam di Australia, melalui program Melayu di Radio SBS setiap Rabu petang. Program ini khas untuk masyarakat Melayu di Australia. Program wawancara ini dikendalikan oleh pengacara dan juga penerbitnya, Zaini Ahmad dari ibu pejabat stesen Radio SBS di Melbourne, Australia.
Seminggu sekali Zaini akan menemubual saya secara lintas lansung melalui telefon dari Melbourne dalam isu berkaitan perubatan Islam. Ada masanya pendengar sendiri menelefon melalui program ini dan mengemukakan soalan kepada saya. Mereka yang menelefon bukan sahaja masyarakat Melayu menetap di Melbourne atau Sydney, malah dari seluruh Australia. Soalan yang dikemukakan selalunya mengenai gangguan seperti saka dan sihir. Kesimpulannya gangguan bukan sahaja berleluasa di Malaysia tetapi ia popular di Australia. 

Friday, July 5, 2013

CARA NABI JAGA KESIHATAN DIRI

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe­nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

DIET SEIMBANG KEKAL KESIHATAN

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kerosakan rambut seperti penggunaan bahan kimia, pewarna, merokok dan ketidakseimbangan hormon, seperti dikongsi pakar pemakanan, Nurul Aziah Musa.
Katanya, ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet sihat dan seimbang untuk membantu meningkatkan kesihatan serta kecantikan rambut.

Untuk memberi penekanan mengenai pemakanan bagi kesihatan rambut, terdapat beberapa nutrien yang diperlukan dalam diet harian anda.


  • Vitamin B, vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Antara jenis vitamin yang membantu mengurangkan kerosakan rambut ialah vitamin B6, B9, B7 dan B8.


  • Pengambilan vitamin B6 penting dalam mengekalkan rambut yang sihat dan membantu meningkatkan aliran oksigen ke dalam kulit kepala manakala B9 pula membentuk sel darah merah, membina antibodi dan menyem­buhkan kerosakan rambut.


  • Vitamin B7 membantu menggalakkan rambut yang sihat dan melindungi kekeringan mana­kala amalan pengambilan B8 dapat membentuk sel yang sihat.


  • Zink secara amnya baik untuk mencegah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhannya.


  • Air diperlukan untuk membantu proses penghidratan. Penting untuk mengambil lapan hingga 10 gelas sehari bagi mengaktifkan saraf rambut

  • dan menjadi pengesan kerosakan dalam kulit kepala.


  • Vitamin A membantu menjana sel baru.