SUSU rendah lemak semakin menjadi pilihan para penguna yang mementingkan pengambilan minuman berkalori rendah.
Namun, tahukah anda, satu kajian yang dijalankan dua penyelidik,
David Ludwig dari Hopital Kanak-kanak Boston dan Dr. Walter Willett dari
Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati
susu rendah lemak boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.
"Belum ada data jelas yang mengaitkan pengambilan susu rendah lemak boleh mengurangkan berat badan.
"Sebaliknya, penggemar susu rendah lemak cenderung untuk gemuk kerana
meminum susu rendah lemak tidak mengenyangkan, sebaliknya mendorong
mereka untuk mengambil makanan dan minuman lain dalam kuantiti yang
banyak," ujar Ludwig baru-baru ini.
Sementara itu, menurut pakar endokrin kanak-kanak, Dr.Mark Daniel
DeBoer dalam kajiannya mendapati kanak-kanak yang meminum susu rendah
lemak lebih gemuk berbanding kanak-kanak yang meminum susu skim.
"Satu fakta yang perlu diingat, secara umumnya susu rendah lemak
mempunyai kadar gula lebih tinggi supaya rasanya lebih sedap. Selain
itu, kandungan zatnya juga lebih sedikit berbanding susu skim," ujarnya.
PAKAR nutrisi mengesyorkan jangan sekali-kali memakan epal dengan
bijinya kerana ia mengandungi amigdalin yang boleh berubah menjadi
hidrogen sianida apabila dicerna.
Menurut satu kajian, hidrogen sianida adalah racun yang sama dengan Cylon B iaitu racun yang digunakan untuk pembunuhan beramai-ramai di kem tahanan ketika era Perang Dunia Kedua.
Namun, jika hanya memakan sebiji buah epal, kesan toksinnya masih kecil. Hanya biji epal yang dikunyah yang akan merembeskan amigdalin.
Pendedahan itu dibuat oleh Penolong Pengarah Yayasan Penyelidikan PG, Richard E. Barrans Jr. baru-baru ini. Simptom keracunan itu termasuk gementar, lemas, mual, muntah, degup jantung berdebar dan sakit kepala.
JANGAN MAKAN EPAL DENGAN BIJINYA

No comments:
Post a Comment