PERBEZAAN dan perselisihan faham sudah menjadi resam dalam kehidupan suami isteri, namun sekiranya pertelingkahan sering terjadi ia akan menjejaskan kesihatan.
Sekumpulan pakar dari Universiti Brigham Young, Amerika Syarikat (AS) melakukan kajian ke atas 1,681 individu yang telah berkahwin selama 20 tahun sebelum memperoleh penemuan itu.
Penyelidikan itu dimuatkan dalam jurnal perubatan Journal of Marriage and Family edisi Jun lalu.
Sebelum ini, kajian universiti itu menunjukkan pasangan yang menjalani kehidupan bahagia akan menyebabkan umur mereka panjang.
"Implikasi akibat konflik dalam perkahwinan akan menyebabkan tahap kesihatan terjejas," kata ketua penyelidik, Rick Miller.
MAKAN IKAN CEGAH KANSER PAYUDARA
|
GOLONGAN hawa yang banyak mengambil asid lemak omega-3 dengan memakan ikan boleh mengurangkan risiko dijangkiti kanser payudara.
Penemuan itu diperoleh selepas sekumpulan penyelidik di China
menganalisis 26 kajian antarabangsa yang melibatkan hampir 900,000
wanita dengan 20,000 daripadanya merupakan penghidap kanser payudara.
Hasil kajian itu disiarkan dalam jurnal British Medical Journal pada 27 Jun lalu.
Kajian itu mendapati pengambilan asid itu hanya berkesan untuk wanita di Asia.
No comments:
Post a Comment