Dek tidak mempunyai kecekalan meninggalkan makanan berkalori tinggi
dan jarang bersenam, Nurul Nadiah Nordin, 29, sebelum ini sukar mahu
melaksanakan hajatnya menurunkan berat badan yang mencecah 74 kilogram
(kg).
Perkara itu menjadi halangan terbesar buat dirinya, apatah lagi dia
juga kurang pengalaman mengenai cara penurunan berat badan yang betul.
“Berdasarkan paparan di media massa, saya dapati ramai wanita
mengambil jalan mudah dengan makan atau minum ubat pelangsing badan dan
saya memang takut mencubanya.
“Namun, saya masih percaya jika hendak kurus, kita kena jaga makan dan lakukan senaman secara konsisten.
“Namun, saya masih percaya jika hendak kurus, kita kena jaga makan dan lakukan senaman secara konsisten.
“Justeru, peluang melakukannya bersama dua orang lagi kawan sekerja menerusi program Cabaran Nestle Fitnesse Ubah Gaya Hidup Anda di Pejabat pada Jun lalu menjadi langkah pertama saya untuk mencapai matlamat menguruskan badan,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Akaun di Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) cawangan Subang Jaya.
Cabaran itu ditaja bijiran sarapan Nestle Fitnesse yang dilakukan di enam pejabat terpilih sekitar Lembah Klang.
Setiap pasukan terdiri daripada tiga ahli bersaing antara satu lain dalam tempoh 14 hari untuk mencapai jumlah penurunan berat badan paling tinggi dengan mengikut diet yang disarankan di samping mengikuti program senaman khas.
Melalui program ini, ia membantu peserta menurunkan berat badan sekurang-kurangnya tujuh kilogram dalam tempoh dua minggu.
Lebih membanggakan, usaha dilakukan bijiran sarapan Nestle itu mencatatkan pembabitan 444 peserta dengan jumlah keseluruhan 521 kg berat badan berjaya dikurangkan.
Walaupun cabaran berkenaan berlangsung selama dua minggu saja, Nurul Nadiah dan dua rakannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8.3 kg secara keseluruhan dengan 3.7 kg daripada jumlah penurunan itu disumbangkan Nurul Nadiah.
Sebelum ini, dia amat suka makan makanan segera yang mudah didapati kerana cara itu lebih cepat selain tiada masa untuk memasak di rumah sebaik pulang bekerja.
“Dulu, setiap hari juga saya makan nasi dalam kuantiti agak banyak sebab sudah terbiasa tetapi kini saya mengurangkannya mengikut saranan jurulatih.
“Setiap pagi, saya mulakan diet dengan makan bijirin Nestle Fitnesse untuk sarapan manakala makan tengah hari dan malam seperti biasa iaitu nasi, ikan atau ayam serta sayur.
“Buah-buahan juga diambil lebih supaya badan saya mendapat semua vitamin dan nutrisi lengkap yang diperlukan. Selepas tamat waktu bekerja, saya bersenam di gimnasium,” katanya.
Selesai tempoh cabaran berkenaan, Nurul Nadiah masih meneruskan rutinnya kerana tidak mahu usaha kerasnya selama ini terhenti di tengah jalan.
Pengurus Perniagaan Negara Bijirin Sarapan Nestle, Nirmalah Thurai berkata, pihaknya bukan saja komited dalam menyediakan makanan berzat kepada pengguna secara berterusan tetapi juga mahu mereka mencapai gaya hidup lebih baik.
“Menerusi usaha ini, semua peserta sudah membuktikan kepada diri sendiri, rakan dan keluarga yang mereka boleh mendisiplinkan diri dengan pilihan makanan yang betul.
“Ini bukan bermakna mereka tidak boleh menjamah langsung makanan ringan cuma ia perlu dikurangkan dan jangan terlalu kerap memakannya,” jelasnya.
Dalam cabaran berkenaan, kumpulan Nurul Nadiah yang mewakili Mydin meraih tempat ketiga manakala U Mobile Sdn Bhd (UMobile) dan Prudential masing-masing bergelar tempat kedua dan johan cabaran berkenaan.
Hadiah utama termasuk bekalan bijirin Nestle Fitnesse selama enam bulan, mesin pembancuh kopi Nescafe Dolce Gusto, baucar kelengkapan sukan Mizuno dan keahlian di gimnasium Fitness First.
No comments:
Post a Comment