Thursday, August 29, 2013

MERBAHAYA NYE UBAT INI!!!!

Tidak semua ubat yang dipreskripsi oleh doktor selamat kepada pesakit. Secara amnya, ubat tahan sakit boleh menyebabkan seseorang itu sakit, yang boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, jangan ambil risiko dengan membiasakan diri makan ubat tahan sakit terlalu kerap dan pada dos yang tinggi, jadi selagi boleh tahan sakit, cubalah tahan…

Di Amerika, ubat tahan sakit dikatakan penyebab kematian ke-4 selepas sakit jantung, kanser dan strok. Ini bermakna, ubat tahan sakit berisiko tinggi menyebabkan kematian berbanding penyakit lain seperti diabetes, penyakit paru-paru dan lain-lain. Kemungkinan besar keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia, cuma di sini tiada data yang sah kerana kurang kajian dilakukan berkaitan ubat tahan sakit ini.

Disenaraikan di bawah ini 5 ubat tahan sakit yang paling bahaya. Jika boleh cuba elakkan penggunaan ubat tahan sakit, terutamanya pada dos yang tinggi.

1. Ubat Cox-2 Inhibitors (Nama biasa: Celebrex, Celecoxib)

Ubat ini mempunyai risiko kematian 3 kali lebih tinggi daripada serangan sakit jantung. Ia digunakan juga sebagai ubat anti-kanser. The National Cancer Institute (USA) melaporkan bahawa pesakit yang mengambil dos 400 mg mempunyai risiko kematian 250% lebih tinggi daripada serangan sakit jantung atau strok. Kalau diambil pada dos 800 mg, risiko kematian adalah 340%.

2. Ubat NSAIDs (Nama biasa: Advil, Aleve, Ibuprofen)

Ubat tahan sakit ini digunakan untuk pesakit atritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Kesan pengambilan ubat ini ialah ulser gastrointestin dan pendarahan yang boleh menyebabkan kematian. Kesan ubat ini ternyata selepas 2 bulan. Jumlah kematian akibat komplikasi selepas pengambilan NSAIDs adalah sama dengan kematian disebabkan oleh AIDs.

3. Ubat tahan sakit berasaskan opiate (Nama biasa: Vicodin, Lorcet, Norco, Percocet, Hydrocodone, Oxycodone)

Selalunya ubat tahan sakit ini digunakan selepas pembedahan major, kecederaan teruk akibat kemalangan, atau sakit-sakit lain. Banyak kematian disebabkan pengambilan dos opiate yang berlebihan.

4. Ubat Acetaminophen (Nama biasa: Tylenol, Acetaminophen)

Jika ubat ini diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan kegagalan hati berfungsi.



5. Ubat Salicylates (Aspirin) (Nama biasa: Aspirin, Acetylsalicylate)

Ubat tahan sakit ini jika diambil pada dos yang tinggi atau secara berterusan pada dos yang rendah akan menyebabkan risiko mendapat ulser dan pendarahan gastrointestine sebanyak 2 kali ganda. Ubat ini juga boleh menyebabkan Sindrom Reye iaitu penyakit yang merosakkan organ dalaman, terutamanya otak dan hati. Jika tidak dirawat segera ia boleh menyebabkan kematian.

Wednesday, August 28, 2013

SI DIA BAHAGIA BERSAMA ANDA???

SEPANJANG usia perkahwinan, sebagai isteri mungkin anda tidak pernah bertanyakan kepada suami sama ada kehidupannya bahagia sepanjang berumah tangga.

Ini adalah perkara biasa dalam alam perkahwinan apabila seorang isteri membuat tanggapan yang suami mereka sentiasa bahagia dan tiada apa yang boleh menggugat kehidupan mereka berdua.
 
Sehinggalah pada suatu hari, suami menegaskan kehidupannya bersama anda sudah tamat dan selama ini perasaan dia terhadap anda semakin jauh akibat perasaan amarah yang dipendam lama.

Ledakan perasaan marah suami terhadap anda pada akhirnya umpama bom yang memusnahkan segala yang dibina bersama selama ini.

Dalam keadaan begini, bagaimana anda dapat menjangkakan bahawa suami benar-benar bahagia dengan anda dan setakat mana anda mempercayai ucapan cintanya .
Sebelum ini berlaku, segera nilai perwatakan suami terhadap anda adakah selama perkahwinan itu dia benar-benar bahagia.

Berikut beberapa panduan untuk mengenal pasti suami anda benar-benar bahagia hidup bersama dengan anda.

1. Dia sentiasa merasakan anda sentiasa memberi perhatian kepadanya dan tidak mensia-siakan dirinya. Perasaan ini akan ditunjukkan menerusi rasa penghargaannya kepada anda biarpun anda melakukan perkara-perkara kecil untuknya.
2. Dia mempercayai anda dengan menjadi dirinya yang sebenar tanpa rasa risau anda akan mengkritik atau menghakimi dirinya. Maksudnya dia tidak akan hipokrit dengan terpaksa menjadi 'orang' lain untuk memuaskan hati anda.
3. Dia melihat anda sangat memerlukan dirinya dan menzahirkannya menerusi daya seksual yang anda tidak menolaknya apabila dia memerlukan anda.
4. Dia senang dengan cara anda memuji dirinya, memeluk dan mengucapkan sayang kepadanya dengan sentiasa memandang ke dalam mata anda apabila anda berdua berbicara.
5. Dia berasa dihormati dan dikagumi oleh anda apabila anda sentiasa ada di waktu dia ingin menyatakan sesuatu mengenai dirinya, masalahnya dalam apa jua keadaan.
6. Biarpun anda memarahinya, dia sedikitpun tidak merasa hina atau diperkecilkan malah berfikiran positif dengan setiap kata-kata anda.
7. Dia terlalu menghargai anda sehinggakan dia mempersilakan anda kepada keluarganya dengan tangan terbuka.


AWAS JIKA 'HATI MATI' !!!


SUATU hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?"

Murid-muridnya menjawab: "Ya."

Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Hati manusia

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

JANGAN MAKAN EPAL DENGAN BIJINYA

PAKAR nutrisi mengesyorkan jangan sekali-kali memakan epal dengan bijinya kerana ia mengandungi amigdalin yang boleh berubah menjadi hidrogen sianida apabila dicerna.
Menurut satu kajian, hidrogen sianida adalah racun yang sama dengan Cylon B iaitu racun yang digunakan untuk pembunuhan beramai-ramai di kem tahanan ketika era Perang Dunia Kedua.
Namun, jika hanya memakan sebiji buah epal, kesan toksinnya masih kecil. Hanya biji epal yang dikunyah yang akan merembeskan amigdalin.
Pendedahan itu dibuat oleh Penolong Pengarah Yayasan Penyelidikan PG, Richard E. Barrans Jr. baru-baru ini. Simptom keracunan itu termasuk gementar, lemas, mual, muntah, degup jantung berdebar dan sakit kepala.

Saturday, August 24, 2013

PERIKSA PARAS GLUKOSA

PENYAKIT kencing manis atau diabetes kini merupakan satu ancaman kepada rakyat Malaysia dan di seluruh dunia kerana kerana mencatatkan kematian tinggi setiap tahun.

Kira-kira 5.6 juta rakyat Malaysia bakal mengidap penyakit berkenaan dan ini perlu diberi perhatian memandangkan ramai daripada mereka tidak menyedari mempunyai gejala.

Sebahagian besar mereka yang tidak mempunyai gejala penyakit tersebut pula lalai untuk membuat pemeriksaan kesihatan manakala sebahagian mereka yang telah disahkan terpaksa menyuntik insulin ke dalam badan.

Dengan sebab itu, kesedaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan perlu dipupuk di kalangan masyarakat dengan cara memudahkan mereka melakukannya pada kos yang tidak membebankan.

Jika masa menjadi halangan, sewajarnya ada alat yang memudahkan kita memeriksa tahap glukosa dalam darah supaya tanda-tanda gejala dapat dikesan lebih awal.

Bagi memeriksa tahap kepekatan glukosa dalam darah, biasanya pesakit terbabit perlu diambil darahnya di bahagian jari atau lengan dengan menusuk menggunakan alat khas dan kaedah ini tidak semua bersedia melakukannya.

Bimbangkan kecederaan, jangkitan kuman atau trauma terkena suntikan jarum antara penyebab mereka menolak atau tidak begitu selesa melakukannya tetapi apakah cara lain yang ada?

TEMPE AWET MUDA, SETANDING SUSU


Profesor Dr Suzana Shahar (dua dari kanan) bersama-sama ahli kumpulannya menunjukkan anugerah yang dimenangi mengenai kajian tempe. 
Minum susu dan elak tulang rapuh? Berapa rama yang suka minum susu terutama wanita yang mencapai usia menopaus? 

Ramai penduduk Asia dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak gemar minum susu. Jadi, alternatif pengganti susu perlu dicari. 

Kajian yang dijalankan bagi menggantikan susu mendapati tempe - makanan tradisional yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapai bukan saja setanding susu malah mempunyai isoflavon - sejenis antioksidan bagi awet muda. 

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Suzana Shahar. 

Anggota pasukan itu terdiri dari Prof Dr Kimberley O'Brien daripada Bahagian Sains Nutrisi, Universiti Cornell, Ithaca, New York, Amerika Syarikat (AS). 

Prof. Madya Dr. Hasnah Haron dari Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan dan Prof Dr Suriah Abdul Rahman, dari Program Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Norazmi Kamaruddin, dari Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. 

Prof. Dr. Amin Ismail dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Prof Suzana berkata tempe didapati dapat menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh.

"Empat keratan tempe adalah setara dengan sejumlah serapan kalsium yang diperolehi dari satu gelas susu," katanya semasa sidang akhbar 'Tempe Mengandungi Kalsium Setanding Susu' di Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Beliau menjelaskan, wanita telah menopaus biasanya menghadapi penyakit seperti tulang reput (osteoporosis) akibat kurang mengambil kalsium yang biasanya terdapat dalam susu. 

Ini ditambah dengan beberapa kajian terhadap pengambilan makanan di negara ini sejak 10 tahun lalu menunjukkan pengambilan kalsium adalah kurang daripada 500 mg sehari.

"Pengambilan kalsium yang kurang, biasanya dikaitkan dengan risiko tulang retak," katanya. 

Penyelidikan yang dijalankan bermula tahun 2008 menunjukkan tempe menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh. 

Prof Suzana berkata, kajian penyerapan kalsium susu dan tempe dilakukan ke atas wanita Melayu pada usia menopaus menggunakan teknik dua isotop stabil.

"Kajian isotop stabil dijalankan oleh Prof Kimberley, pakar biokimia dalam penyelidikan makanan manusia menggunakan isotop stabil dan bidang berkenaan terletak di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)," katanya.

Subjek"Subjek dipilih adalah wanita Melayu berusia 55 hingga 65 tahun, sudah menopaus dua tahun, tidak menghidap penyakit atau menggunakan ubatan yang diketahui tidak mengganggu keseimbangan kalsium (seperti sakit darah tinggi, kencing manis, kegagalan ginjal, sakit jantung dan barah)," katanya.

Prof Suzana berkata pengambilan kalsium di kalangan wanita warga emas Melayu menopaus di pedalaman adalah antara 200 hingga 300 mg sehari. 

Manakala wanita warga emas Cina pula dilaporkan mengambil kalsium kurang daripada 500 mg sehari. 

"Biasanya pengambilan kalsium bagi wanita dalam usia menopaus adalah antara 30 hingga 60 peratus daripada 1,000 mg kalsium sehari seperti dicadangkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Negara mengenai Pemakanan Khasiat Kebangsaan (RNI) 2005," katanya. 

Prof Suzana menambah 65 peratus wanita menopaus mengalami kekurangan kalsium dalam tulang. 

Oleh itu sumber kalsium daripada tumbuhan yang murah dan mudah diperolehi boleh diambil bagi menambah keperluan kalsium kumpulan yang berisiko tinggi. 

Pengambilan susu dan produk tenusu adalah sumber terbaik kalsium dan ia amat penting untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang.

"Kajian yang dijalankan menunjukkan dalam makanan penduduk Malaysia, tempe dikategorikan sebagai salah satu sumber makanan kaya-kalsium selain susu dan produk tenusu," kata Prof Suzana.

Tempe adalah produk kacang soya yang ditapai, mudah diperolehi dan amat digemari oleh penduduk terutama oleh kaum Melayu Jawa.

Produk ini menjalani perubahan nutrisi semasa proses penapaian menjadi tempe yang mengubah kandungan fito kimia dan anti oksidan.

Di kalangan wanita Melayu menopaus, penyerapan kalsium daripada tempe tidak banyak beza daripada yang diukur daripada susu.

"Kajian dilakukan pada 2005 mendapati penyerapan kalsium sama di antara susu soya diperkaya dengan kalsium dengan susu lembu di kalangan wanita pra menopus yang sihat, diuji dengan kepadatan kalsium 250 mg," kata Prof Suzana.

Hasilnya terdapat kalsium dalam air soya diperkaya dengan kalsium dan tauhu biasanya adalah untuk mendapatkan kekuatan penyerapan kalsium kerana air soya mengandungi kurang kalsium.

Garam kalsium biasanya ditambah sebagai bahan pengumpal dalam membuat tahu. 

Proses penapaian dalam membuat tempe menambah kedapatan galian, termasuk kalsium.

Proses berkenaan mengurangkan tahap asid fitik dan mengubah isoflavon kepada aglikon yang lebih bersedia diserapkan ke dalam badan.

Pengambilan kalsium rendah menjadi faktor bahaya tulang rapuh di kalangan wanita Asia. 

Kejadian tulang pinggul retak dijangka meningkat di kalangan wanita di Malaysia sedang negara bertambah maju dengan penduduk hidup di bandar dan semakin tua.

Thursday, August 22, 2013

BAHAYA PENDAM

BUKAN resam orang kita untuk bercakap soal seksual. Ini kerana pada dasarnya, budaya masih menganggap seks sebagai perkara terlarang untuk dibicarakan secara terbuka - tidak kira bagi lelaki atau wanita. Sebenarnya, seks adalah suatu perkara serius dan bagi kebanyakan pasangan, isu ketegangan ereksi bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak.

Mengikut laporan kajian terhadap 300,000 lelaki di rantau Asia, apa yang berlaku ialah apabila individu mengalami masalah seksual, tidak mungkin pesakit akan terus berjumpa doktor dan menceritakan masalah yang dihadapinya itu. 


pix_gal0
  
Impak seksualiti terhadap psikologi, jejas hubungan intim suami isteri

Profesor Psikologi di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya Prof Dr Low Wah Yu berkata, melalui kajian terhadap kesihatan lelaki yang dikendalikan di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa, jumlah lelaki yang mengalami penyakit kronik adalah lebih tinggi berbanding wanita.
“Biasanya kaum lelaki berjumpa doktor untuk masalah tekanan darah tinggi, diabetes atau jantung. Ini menjadikan masalah seksualiti dianggap sekadar isu sampingan,” katanya yang juga menggalas tugas sebagai Ketua Jabatan Unit Kajian Pembangunan Kesihatan di Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

BARAH DARAH

Foto


  • Foto
  • Foto
 Demam, letih dan hilang selera makan boleh jadi simptom lymphoma

RASA demam, letih, lesu, kurang selera makan dan hilang berat badan secara mendadak mungkin dianggap tanda penyakit biasa. Namun, berjaga-jaga kerana ia mungkin gejala awal kepada penyakit lebih serius seperti barah darah yang dikenali sebagai Lymphoma.

Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes. Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila lymphocytes berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin, demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak. - Dr Abdul Aziz Baba, Perunding Perubatan Dalaman Hematologi & Onkologi, Pusat Perubatan Prince Court

Lymphocytes adalah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir yang dikenali sebagai limfa. Ia diedar oleh rangkaian saluran yang membentuk sistem limfa iaitu sebahagian daripada sistem imun. Sistem limfatik (berfungsi melawan jangkitan atau anasir yang membahayakan tubuh) juga merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.

Tuesday, August 20, 2013

RAWATAN SELEPAS KEGUGURAN

SOALAN

SAYA baharu mengalami keguguran. Apakah rawatan yang akan saya terima selepas mengalami keguguran? Adakah keguguran memberi kesan ke atas keupayaan saya untuk hamil lagi? Bilakah saya boleh mencuba untuk hamil lagi selepas mengalami keguguran?

- Ija, Johor.

Jawapan

Selepas doktor mengesahkan bahawa anda mengalami keguguran, anda mungkin akan dirujuk bagi menjalani satu pembedahan kecil yang dipanggil ERPC (Evacuation of Products of Conception) atau D&C (Dilation & Curettage) untuk mengosongkan rahim daripada sebarang sisa kehamilan. Seterusnya, doktor anda mungkin akan berbincang dengan anda mengenai sejarah kesihatan anda dan anda mungkin dirujuk kepada pihak yang berkenaan. 

Dianggarkan 10 hingga 15 peratus kehamilan berakhir dengan keguguran. Doktor biasanya tidak 

menyarankan anda menjalani sebarang ujian khas selepas keguguran yang berlaku pertama kali. Masalah-masalah kesihatan biasanya bukanlah penyebabnya. Kehamilan yang seterusnya mungkin akan berjaya. 

Jika anda mengalami keguguran untuk kali kedua, doktor anda mungkin menyarankan beberapa ujian untuk mengenal pasti sebab keguguran tersebut. Biasanya, anda tidak akan dirujuk kepada ahli ginekologi kecuali anda mengalami tiga kali keguguran atau lebih secara berturut-turut. Walaupun dengan ujian-ujian yang sangat sofistikated, biasanya sebab mengapa seseorang wanita kerap mengalami keguguran tidak dapat dipastikan. 

Mengalami keguguran tidak semestinya menandakan anda mempunyai masalah kesuburan. Malah, kajian menunjukkan bahawa di antara setengah dan tiga perempat daripada wanita yang pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali atau lebih akhirnya melahirkan bayi yang sihat tanpa memerlukan sebarang rawatan perubatan yang khusus. Kecuali jika doktor anda memberitahu yang sebaliknya, ada kemungkinan kehamilan kedua anda akan normal. 

Selepas keguguran kali pertama, risiko keguguran untuk kali kedua sama sahaja dengan sebelumnya. Walaupun selepas dua keguguran, risiko keguguran kali ketiga hanya meningkat sedikit sahaja.
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan anda tunggu sehingga mendapat sekurang-kurangnya satu kali haid yang normal sebelum mencuba lagi. Ini bagi memberi peluang kepada badan anda untuk kembali normal. Tetapi jangan lupa bahawa anda juga perlu sembuh dari segi emosi sebelum bersedia untuk cuba hamil lagi.

SAKIT BERTERUSAN TANDA HAMIL LUAR RAHIM

SAYA mendapat berita kawan saya mengalami kehamilan ektopik (luar rahim). Saya merasa amat terkejut sebab dia hampir pitam di pejabat. Kawan sepejabat bergegas membawanya ke hospital. Rupa-rupanya dia hamil di luar rahim. Alhamdulillah dia stabil selepas pembedahan tetapi perlu dimasukkan ke ICU disebabkan pendarahan yang banyak. Bolehkah doktor jelaskan berkenaan kehamilan di luar rahim ini, kenapa simptomnya teruk sangat? Terima kasih.

- Ros, Taiping, Perak.

Jawapan

Kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu dan dikenali sebagai kehamilan ektopik. Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim, implantasi berlaku dalam salur Fallopio atau salur peranakan. Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan dan jika dibiarkan, salur Fallopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim dan harus digugurkan sepenuhnya. 

Keadaan ini biasanya dikenal pasti antara minggu keempat dan ke-10. Simptom-simptomnya biasa berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 

Ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:
*Pendarahan faraj yang tidak normal 

*Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 

KESAN NUKLEAR PADA SAYAUR

Buah tomato yang mengalami mutasi dipercayai akibat pencemaran radiasi dari loji janakuasa nuklear Fukushima. - AGENSI
 
GEMPA bumi berukuran 9 pada skala Richter pada tanggal 11 Mac 2011 meninggalkan memori duka kepada penduduk di negara matahari terbit khasnya mereka yang tinggal di pantai timur Jepun.

Bencana itu bukan sahaja mencetuskan tsnunami yang mengakibatkan lebih 18,000 penduduk terkorban, malah Jepun turut berdepan dengan krisis nuklear terburuk yang mengakibatkan pencemaran radiasi khasnya di wilayah Fukushima.

Ia sekali gus menjadi bencana nuklear terbesar selepas kemalangan loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Namun, Jepun yang pernah bangkit daripada peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dilihat segera cuba melupakan peristiwa hitam itu dengan segera memulihkan keadaan.

Kini selepas dua tahun bencana itu, kesan pencemaran nuklear tersebut dipercayai mula kelihatan khasnya di kampung-kampung berhampiran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi.

Pencemaran radiasi itu dipercayai telah menjejaskan rantaian makanan di kawasan itu selepas beberapa keping gambar mula tersebar di Internet yang menunjukkan berlaku `mutasi terhadap sayur-sayuran' di situ.

Gambar-gambar itu dimuat naik oleh sebuah laman web Korea menunjukkan bunga, sayur dan buah di kawasan berhampiran loji janakuasa itu telah mengalami kecacatan dan perubahan fizikal yang aneh.

Antara sayur-sayur yang mengalami mutasi adalah seperti tomato gergasi yang mengalami ketumbuhan mendadak, lobak putih yang mempunyai lima `jari' dan dua buah pic yang membesar menjadi bentuk lapan.

Selain itu, laman web itu turut memuat naik gambar dua tukang kebun Jepun yang memegang dua biji kubis yang satu daripadanya telah membesar berbanding ukuran saiz asal.

Sekeping gambar lagi pula menunjukkan timun yang bertukar menjadi hibrid dengan daun sayur itu keluar daripada batangnya.


Gambar-gambar itu dengan cepat tersebar di Internet walaupun belum ada penjelasan daripada kerajaan Jepun mengenai kesahihan gambar berkenaan.

Namun sekiranya benar, pencemaran radiasi daripada loji nuklear Fukushima merupakan faktor utama yang perlu dipersalahkan.

Sementara itu, pada awal tahun ini, seekor ikan yang ditangkap berhampiran loji nuklear Fukushima didapati mengandungi lebih 2,500 kali had sinaran selamat undang-undang untuk makanan laut, dedah pengendali loji tersebut, Tokyo Electric Power (Tepco).

Satu laporan pada Oktober tahun lalu mendedahkan, tahap radiasi pada kebanyakan ikan yang ditangkap di luar pantai Fukushima tidak menurun berikutan bencana nuklear pada Mac 2011.

Bencana itu mengakibatkan kerosakan kepada sistem penyejukan loji nuklear mengakibatkan tiga teras reaktor cair dan memuntahkan sinaran sinaran radiasi ke dalam laut.

Penyelidik percaya, pencemaran radiasi itu berpotensi untuk mengancam sektor perikanan Jepun untuk berdekad-dekad lamanya. - AGENSI

ELAK OBES DI MUSIM PERAYAAN



Pelbagai hidangan yang enak semasa musim perayaan menyebabkan selera makan sukar dikawal. 
HARI ini belum seminggu kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Kemeriahan masih terasa. Hidangan juga masih banyak. 

Ditambah dengan jemputan rumah terbuka kerana pada masa itu, sanak saudara dapat berkumpul. 

Daripada ketupat, nasi impit, lemang, rendang, kari, sambal kacang, lodeh, laksa semuanya terhidang di depan mata. 

Itu belum lagi, biskut dan kuih muih serta minuman bergas atau kordial yang semuanya tinggi kandungan gula dan kalori. 

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia kembali melancarkan amalan pemakanan 55555 sebagai panduan memudahkan orang ramai menjaga kesihatan semasa Hari Raya Aidilfitri. 

KKM juga melancarkan buku kecil Makan Secara Sihat di Hari Raya yang menyenaraikan kandungan kalori bagi pelbagai jenis juadah bagi memudahkan orang ramai merancang sajian semasa musim perayaan. 

Buku mengenai kandungan kalori makanan itu menyenaraikan semangkuk mi kari mengandungi 530 kalori dan wanita yang mengambilnya perlu berlari selama 72 minit atau berjalan perlahan selama 290 minit bagi membakar kalori berkenaan. 

Menteri Kesihatan, Datuk S. Subramaniam berkata, semua orang perlu mengelakkan pengambilan gula, garam dan lemak secara berlebihan kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. 

Kaedah pemakanan 55555 merujuk kepada lima amalan baik yang boleh mencegah masalah kesihatan di musim perayaan.

Pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam berkata, di Malaysia yang mempunyai begitu banyak perayaan penduduknya terdedah kepada risiko obesiti. 

"Biasanya ketika musim perayaan, kita akan terdedah kepada makan secara berlebihan yang menyebabkan berat badan bertambah. 

"Sepatutnya selepas sebulan berpuasa, berat badan akan turun mungkin beberapa kilogram dan mereka mengekalkan berat badan selepas itu," katanya. 

Bagaimanapun jelas Indra, biasanya musim perayaan, sesiapa saja boleh mengalami kenaikan berat badan semasa musim perayaan. 

Kurang kesedaran mengenai makanan dan kesihatan di kalangan rakyat negara ini menyebabkan kadar obesiti meningkat. 

Obesiti bukan saja berkaitan dengan kenaikan berat badan tetapi juga pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan jantung.

Saturday, August 10, 2013

JANGAN BIARKAN EMOSI 'MEMAKAN' DIRI

TINA telah bekerja kuat sepanjang hari dan berasa tertekan atau stres. Beliau telah berjumpa ramai pelanggan, menghadiri beberapa mesyuarat dan kini terpaksa kembali semula ke pejabat untuk menghabiskan kerja. Semasa berjam-jam menulis kertas kerja, Tina telah menghabiskan dua kepingan coklat yang besar, satu beg kerepek, tiga keping donat dan beberapa tin minuman berkarbonat.
Kumar mendapati anjing kesayangannya telah hilang dari rumah apabila beliau pulang dari pejabat. Oleh kerana sangat sedih serta rasa kehilangan, beliau telah mencari ketenangan dengan memakan aiskrim. Tiga puluh minit kemudian, Kumar telah menghabiskan sekotak aiskrim yang bersaiz besar. Dia berterusan meratapi kehilangan haiwan peliharaan kesayangannya itu dengan cara ini sehingga hampir sebulan. 

UJIAN AWAL KESAN SAKIT BUAH PINGGANG

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.
Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

5 TANDA SAKIT JANTUNG

PEMERGIAN pelakon dan pengacara terkenal, Hani Mohsin Hanafi, 41, akibat serangan jantung memberi kejutan dan seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua, khususnya yang mempunyai sejarah keluarga menghidap sakit jantung.
Ramai terkejut kerana beliau meninggal dunia pada usia muda. Malah, rakan artis yang rapat dengannya juga tidak tahu arwah ada masalah jantung. Sebenarnya inilah perkara biasa berlaku kepada mangsa serangan jantung lain.

Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:

-Kelesuan (F).

-Aktiviti menjadi terhad (A).

-Dada terasa sesak (C).

-Buku lali bengkak atau edema (E).

-Sesak nafas (S).

FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.

Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.

Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan peratus daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan masalah kegagalan jantung dan edaran darah.

Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.

Masalah tersembunyi Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Ini sebabnya setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Hanya ada empat faktor risiko yang tidak boleh diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan sejarah keluarga mendapat sakit jantung.

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.

Gejala seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah terlalu tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi (tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang 140/85 mmHg) ia tidak mempunyai gejala.

Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat mengurangkan tujuh peratus kematian.

Kira-kira 24 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal tekanan darah mereka. Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi tidak tahu mereka ada masalah ini.

Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam (hanya satu camca teh sehari) dan bersenam.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemak

GIGI CERMIN KESIHATAN

RASULULLAH SAW meninggalkan wasiat kepada menantu baginda, Saidina Ali bin Abu Talib yang bermaksud, “Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah.
“Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.”

Pesanan di atas jelas menyatakan, Islam mementingkan kebersihan mulut dan penjagaan gigi, malangnya masih ramai yang kurang menitikberatkan soal ini.

Kajian mendapati, sembilan daripada 10 rakyat negara ini mengalami masalah gigi berlubang — menandakan tahap kesedaran masyarakat terhadap penjagaan gigi masih rendah.

Kaji selidik yang dijalankan di seluruh Asia pada 2006 menunjukkan, penggunaan berus dan ubat gigi serta cecair kumur di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara Asia lain, termasuk Thailand dan Filipina.

Didapati 33 peratus rakyat negara ini hanya menukar berus gigi mereka tujuh bulan sekali. Kajian itu juga mendapati, secara purata setiap orang hanya menggunakan 265 gram ubat gigi setahun yang bersamaan memberus gigi dua hari sekali.

AIR BUANG LEMAK

Elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan

PERNAHKAH anda kecewa dan hampir putus asa apabila usaha mengurangkan makan dan kesanggupan berlapar masih tidak berjaya menggerakkan jarum alat penimbang seperti diharapkan?

Sebenarnya ramai orang di dunia ini berkongsi pengalaman sama dengan anda. Ini antara cabaran yang dilalui semua orang.

Bezanya, ada orang mempunyai keazaman lebih tinggi untuk mencapai cita-cita mereka, walaupun banyak halangan.

Untuk mengurangkan berat badan, menahan makan saja tidak cukup. Ia perlu disertai dengan senaman dan minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.

Air adalah elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak, kata Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul Faridah Kamarul Zaman.

Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Air penting sebagai bahan ‘pembersih’ kerana ia memudahkan proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.

CARA MUDAH URUSKAN TEKANAN

AMALAN gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, kerap bersenam, cukup tidur dan mendekatkan diri dengan agama antara cara terbaik untuk menangani tekanan.

Bagaimanapun, kehidupan sukar dimiliki jika tiada kesungguhan untuk melaksanakannya. Tanpa disedari, tekanan menjadi elemen penting dalam hidup semua orang, termasuk kanak-kanak.

Tekanan menjadi pewarna dan perencah kehidupan kerana tanpa tekanan hidup kita jadi hambar. Namun, tekanan yang berlebihan dan tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kemudaratan.

Tekanan menyebabkan kita cepat letih, resah, risau, tekanan darah meningkat dan ada yang melegakan perasaan dengan makanan sehingga tidak sedar mereka sebenarnya makan terlalu banyak.

Sebenarnya, ada banyak cara mudah dan sihat untuk menguruskan tekanan seperti:

Mandi air suam untuk merehatkan otot yang tegang.

Baring dan buat senaman pernafasan iaitu dengan menarik nafas dalam-dalam, tahan beberapa saat dan hembuskan nafas perlahan-lahan. Ulang beberapa kali hingga anda tenang.

Jika ada keinginan untuk makan, fikirkan dulu apakah makanan yang anda mahu dan manfaatnya kepada anda. Biasanya dalam keadaan tertekan, kita cenderung memilih makanan berkarbohidrat kerana ia merangsang otak menghasilkan serotonin yang membuatkan kita rasa tenang. Namun dalam keadaan tertekan, biasanya ramai tidak sedar mereka makan banyak.

Untuk meredakan tekanan emosi, anda boleh meluahkan masalah dengan bercakap dengan rakan dipercayai atau menuliskannya dalam buku. Senaman mudah seperti berjalan cepat juga boleh meredakan perasaan.

FUNGSI KETAWA, MENANGIS

Memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik
SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila mendengar suara anak ketawa menyambut kepulangan kita dari tempat kerja.

Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.

Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita.

Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia.

Ketawa dan menangis adalah dua elemen penting yang memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.

Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Air mata basal (untuk melembapkan mata).

Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).

Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).

30 OTOT BERGERAK KETIKA MAKAN

Ramai orang yang diet bermati-matian dan sanggup berlapar kerana mahu kurus. Makan itu satu nikmat yang perlu disyukuri dan digunakan secara berpada-pada.
Malah, orang tua-tua juga menasihatkan supaya menikmati makanan selagi ada peluang kerana apabila usia melewati separuh abad, ramai hilang selera makan. Itu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang tidak boleh makan kerana ada masalah menelan.

Kesukaran menelan makanan atau disfagia adalah masalah yang biasa berlaku pada semua peringkat umur, tetapi lebih kerap pada orang tua berumur 60 tahun ke atas, terutama pesakit yang mengalami kecederaan pada sistem saraf seperti strok, Parkinson atau sklerosis multipel.

Namun, masalah kesukaran menelan makanan lebih kerap berlaku pada pesakit strok (30 peratus), bayi pramatang (lahir tidak cukup bulan) dan kanak-kanak menghidap meningitis, palsi serebrum (serebral palsy atau ketidaknormalan perkembangan otak bayi) atau mengalami sumbing lelangit.

Menelan makanan menjadi masalah besar kepada mereka kerana ia menyebabkan kesakitan dan akibatnya pesakit sukar mendapat kalori dan air yang cukup untuk badan.

Bagaimana masalah ini berlaku? Orang yang sihat dianggarkan menelan makanan, minuman dan air liur beberapa ratus kali sehari. Menelan makanan adalah satu proses kompleks membabitkan kira-kira 30 pasang otot dan enam pasang saraf kranial untuk menggerakkan makanan.

Bagi kita yang sihat, ia berlaku tanpa disedari. Proses menelan ada beberapa peringkat, bermula dengan persediaan oral iaitu makanan dikunyah (dipecahkan kepada saiz tertentu dan mencampurkannya dengan air yang bertindak melembut dan melicinkan makanan supaya mudah ditelan).