SEPANJANG
usia perkahwinan, sebagai isteri mungkin anda tidak pernah bertanyakan kepada
suami sama ada kehidupannya bahagia sepanjang berumah tangga.
Sehinggalah pada suatu
hari, suami menegaskan kehidupannya bersama anda sudah tamat dan selama ini
perasaan dia terhadap anda semakin jauh akibat perasaan amarah yang dipendam
lama.
Ledakan perasaan marah
suami terhadap anda pada akhirnya umpama bom yang memusnahkan segala yang dibina
bersama selama ini.
Dalam keadaan begini,
bagaimana anda dapat menjangkakan bahawa suami benar-benar bahagia dengan anda
dan setakat mana anda mempercayai ucapan cintanya .
Sebelum ini berlaku,
segera nilai perwatakan suami terhadap anda adakah selama perkahwinan itu dia
benar-benar bahagia.
Berikut beberapa
panduan untuk mengenal pasti suami anda benar-benar bahagia hidup bersama dengan
anda.
1. Dia sentiasa
merasakan anda sentiasa memberi perhatian kepadanya dan tidak mensia-siakan
dirinya. Perasaan ini akan ditunjukkan menerusi rasa penghargaannya kepada anda
biarpun anda melakukan perkara-perkara kecil untuknya.
2. Dia mempercayai anda
dengan menjadi dirinya yang sebenar tanpa rasa risau anda akan mengkritik atau
menghakimi dirinya. Maksudnya dia tidak akan hipokrit dengan terpaksa menjadi
'orang' lain untuk memuaskan hati anda.
3. Dia melihat anda
sangat memerlukan dirinya dan menzahirkannya menerusi daya seksual yang anda
tidak menolaknya apabila dia memerlukan anda.
4. Dia senang dengan cara
anda memuji dirinya, memeluk dan mengucapkan sayang kepadanya dengan sentiasa
memandang ke dalam mata anda apabila anda berdua berbicara.
5. Dia berasa dihormati
dan dikagumi oleh anda apabila anda sentiasa ada di waktu dia ingin menyatakan
sesuatu mengenai dirinya, masalahnya dalam apa jua keadaan.
6. Biarpun anda
memarahinya, dia sedikitpun tidak merasa hina atau diperkecilkan malah
berfikiran positif dengan setiap kata-kata anda.
7. Dia terlalu menghargai
anda sehinggakan dia mempersilakan anda kepada keluarganya dengan tangan
terbuka.
No comments:
Post a Comment