PAKAR
nutrisi mengesyorkan jangan sekali-kali memakan epal dengan bijinya kerana ia
mengandungi amigdalin yang boleh berubah menjadi hidrogen sianida apabila
dicerna.
Menurut
satu kajian, hidrogen sianida adalah racun yang sama dengan Cylon B iaitu racun
yang digunakan untuk pembunuhan beramai-ramai di kem tahanan ketika era Perang
Dunia Kedua.
Namun,
jika hanya memakan sebiji buah epal, kesan toksinnya masih kecil. Hanya biji
epal yang dikunyah yang akan merembeskan amigdalin.
Pendedahan
itu dibuat oleh Penolong Pengarah Yayasan Penyelidikan PG, Richard E. Barrans
Jr. baru-baru ini. Simptom keracunan itu termasuk gementar, lemas, mual, muntah,
degup jantung berdebar dan sakit kepala.
No comments:
Post a Comment