BUKAN
resam orang kita untuk bercakap soal seksual. Ini kerana pada dasarnya,
budaya masih menganggap seks sebagai perkara terlarang untuk
dibicarakan secara terbuka - tidak kira bagi lelaki atau wanita.
Sebenarnya, seks adalah suatu perkara serius dan bagi kebanyakan
pasangan, isu ketegangan ereksi bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan
bahan lawak.
Mengikut laporan kajian terhadap 300,000 lelaki di rantau Asia, apa yang berlaku ialah apabila individu mengalami masalah seksual, tidak mungkin pesakit akan terus berjumpa doktor dan menceritakan masalah yang dihadapinya itu.

Impak seksualiti terhadap psikologi, jejas hubungan intim suami isteri
Profesor Psikologi di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya Prof Dr
Low Wah Yu berkata, melalui kajian terhadap kesihatan lelaki yang
dikendalikan di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa, jumlah
lelaki yang mengalami penyakit kronik adalah lebih tinggi berbanding
wanita.
“Biasanya kaum lelaki berjumpa doktor untuk masalah tekanan darah
tinggi, diabetes atau jantung. Ini menjadikan masalah seksualiti
dianggap sekadar isu sampingan,” katanya yang juga menggalas tugas
sebagai Ketua Jabatan Unit Kajian Pembangunan Kesihatan di Fakulti
Perubatan Universiti Malaya.
Kenyataan ini membawa kepada hakikat bahawa lelaki teragak-agak mendapatkan bantuan dan akhirnya lambat untuk dirawat. Ini kerana rata-rata lelaki, tidak kira jenis penyakit yang dihadapi agak kurang bersedia untuk menceritakannya. Dalam hal ini, pasangan atau wanita digalak mendorong lelaki untuk cepat mendapatkan rawatan atau bantuan.
“Setiap kali bengkel atau ceramah mengenai kesihatan lelaki dibincangkan, sangat sedikit lelaki yang hadir pada majlis ini. Jadi, apa yang kami lakukan ialah menggalakkan wanita atau pasangan membawa orang tersayang bagi mendengar dan menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika membincangkan keputusan Kaji Selidik Seks Ideal 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini.
Dalam hal ini, kualiti ketegangan ereksi yang tidak memuaskan akan menjejaskan keperluan emosi dan psikologi pasangan. Bagi seorang lelaki, apabila keperluan emosi dan psikologi dicapai, ia akan memberi imej diri yang baik serta menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Dengan memenuhi keinginan seks, pasangan mereka lebih merasa disayangi.
Dr Low berkata, doktor dilatih untuk menilai masalah yang dihadapi lelaki sebagai sesuatu yang serius. Ini kerana katanya, apabila pesakit datang, mereka tidak pasti sama ada mereka bercakap dengan doktor yang betul.
“Sebagai contoh, pesakit datang kerana masalah tekanan darah tinggi dan merawat masalah itu, dalam masa sama pengamal kesihatan ini sedar bahawa ada kemungkinan penyakit kronik lain seperti kegagalan ketegangan atau Disfungsi Erektil (ED) disebabkan penghidap tekanan darah tinggi cenderung mendapat ED.
“Jadi kami perlu mendidik pengamal perubatan untuk membincangkan isu seksual dengan pesakit. Ini kerana kaji selidik yang dijalankan menunjukkan pesakit sentiasa bersedia untuk mendengar perkembangan berkaitan isu seksual, malah mereka sanggup menunggu untuk mendapat nasihat pakar perunding mengenainya,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Low berkata, amat penting bagi doktor memulakan perbincangan mengenai isu seksual dengan pesakit menyedari hakikat bahawa pesakit kurang bersedia untuk bercerita mengenai perkara itu.
Menyentuh soal apakah ketegangan maksimum menjadikan pasangan lebih bahagia dan puas, ia berbalik kepada keputusan kaji selidik terhadap lebih 3,000 lelaki di Malaysia yang mendapati majoriti lelaki dan wanita mengakui ereksi berkait rapat dengan kepuasan seks, sekali gus mengesahkan bahawa ketegangan maksimum memberi kepuasan kepada pasangan.
Dr Low berkata, dengan adanya ubat-ubatan menguruskan ED, lelaki melihat rawatan tidak terhad kepada memulihkan masalah kesihatan tetapi turut menggembirakan dan memuaskan pasangan mereka.
“Adakah ini juga bermakna wanita Malaysia masa kini lebih mementingkan kepuasan yang lebih lama, sekali lagi ia bergantung kepada isu usia. Apabila kita bercakap mengenai pasangan walaupun sudah mencecah 40-an, fasa sebelum dan selepas menopause atau lelaki yang melalui fasa endropause, mereka masih ada keinginan terhadap aktiviti seksual tetapi berikutan usia yang makin meningkat, frekuensi aktiviti seksual makin berkurangan.
“Kita perlu ingat bahawa setiap manusia punya saraf seksual masing-masing, selagi anda aktif dari segi seksual dan sihat tidak kiralah pada usia 80 atau 90 tahun, anda masih boleh berfungsi dengan normal baik lelaki mahupun wanita,” katanya.
Dr Low berkata, kebanyakan individu yang mengalami ED adalah disebabkan oleh masalah kesihatan seperti hypertensi, diabetes serta angina dan mesejnya sangat jelas, penyakit kronik sangat berkait rapat dengan amalan gaya hidup.
“Disebabkan masyarakat kini bergerak pantas selari dengan kemajuan dunia yang sangat dinamik, selagi kita mampu mengubahsuai gaya hidup ini, tiada sebab mengapa penyakit kronik tadi tidak dapat dicegah.
“Jika terpaksa menghadapi masalah ini, setiap pasangan tidak harus menolak isu ketegangan ereksi berkualiti. Ini kerana selain menjejaskan keintiman antara pasangan, ia juga boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan kesihatan,” katanya.
Dr Low berkata, dengan pendekatan dan pengurusan betul, semua pesakit dapat menjalani hidup yang lebih berkualiti bersama pasangan mereka.

No comments:
Post a Comment