Sunday, September 29, 2013

BERJUANG RAWAT KANSER HIDUNG


Dulu berat badan Masni susut kerana kurang selera makan sehinggalah dia mencuba suplemen daun belalai gajah. 
BERKALI-KALI Masni Jadi, 65, mengucap syukur. Air matanya mengalir sambil menadah tangan ke langit. 

Dengan izin Allah, dia kini sembuh sepenuhnya daripada kanser hidung selepas 35 kali menjalani rawatan radioterapi.

"Inilah hadiah paling besar pada tahun ini. Saya seperti bermimpi kerana semakin sihat, boleh bercakap dan paling penting masih dapat melihat anak cucu membesar di depan mata," katanya ketika ditemui di Tenaga Jati Bumi Sdn. Bhd., Jalan Danau Lumayan 1 melalui Jalan Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Menurut Masni, dia sendiri tidak menyangka bahawa kanser yang hampir meragut nyawanya boleh sembuh.

"Sebelum disahkan menghidap kanser, saya seorang yang sangat aktif. Selepas bersara, saya masih aktif bersenam seperti biasa tetapi kuasa Allah, saya diduga dengan penyakit ini.

"Penglihatan saya menjadi kabur dan saya batuk tanpa henti. Saya mula sakit dan demam. Disebabkan keadaan kesihatan saya semakin serius, saya terlantar di katil," katanya.


RawatanPada April lalu, doktor mengesahkan Masni menghidap kanser hidung dan memerlukan rawatan radioterapi seperti pesakit kanser lain.

Masni dan keluarganya tidak mempunyai pilihan lain walaupun sedar bakal mendapat kesan sampingan seperti alahan kulit.

Lebih teruk, dia juga sakit pada kerongkong dan doktor terpaksa mengawal keadaan kesihatannya dari semasa ke semasa.

"Saya hanya mampu terlantar di atas katil seperti mula-mula sakit dulu. Lebih teruk, saya tidak berselera makan dan batuk berkahak. Ada masanya berminggu-minggu saya tidak boleh membuang air besar.

"Atas sokongan keluarga, saya kuatkan semangat. Saya perlu meneruskan rawatan kanser walaupun sakitnya sangat perit," kata pesara tentera ini.

BersyukurMasni bersyukur dengan keajaiban yang Tuhan beri dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberinya kata-kata semangat dan harapan

Tidak ketinggalan, Masni mahu memastikan dia akan terus menjalankan gaya hidup sihat bagi memastikan penyakitnya tidak berulang.

Dia kini lebih mengutamakan makanan sihat dan mengamalkan suplemen semulajadi.

"Dalam saya tercari-cari suplemen yang sesuai, saya diperkenalkan dengan daun belalai gajah. Masa itu, ada rakan yang gelak, sebab saya dikatakan makan 'belalai gajah'. 

"Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui. Dahulu, daun ini hanya dijual dalam bentuk asal dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.

"Selepas mengamalkan suplemen ini, Alhamdulillah saya boleh membuang air besar. Selera makan pun semakin baik. Yang penting, saya boleh bersukan seperti dahulu," ujarnya. 

Kisah Masni menyedarkan kita tentang kanser menyerang tanpa mengenal usia atau masa.

Serangan mengakibatkan mangsa menjadi terjejas pertuturan atau lebih teruk lagi, hilang selera makan dan seolah-olah tidak ada harapan untuk dipulihkan.

Selalunya mangsa menghadapi tekanan perasaan, rendah diri, cepat marah dan sensitif kerana terpaksa bergantung kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Namun, sikap yang positif, tidak berputus asa, mengubah gaya hidup, sokongan keluarga dan berusaha mencari rawatan terbaik membuktikan bahawa pesakit kanser juga boleh kembali ceria seperti orang lain.

No comments: