YOGURT
beku tidak memberikan manfaat yang sama seperti pengambilan yogurt
biasa.
MAKANAN
yogurt beku atau dikenali sebagai froyo yang turut mengandungi buah-buahan segar
dan kering dilihat mampu membuka selera sesiapa sahaja.
Namun,
di sebalik rasanya yang sedap, makanan itu juga memiliki risiko dari segi
kesihatan.
Yogurt
beku yang dijual di pasaran kebanyakannya mengandungi kadar gula yang
tinggi.
Seorang
penyelidik di Pusat Penyelidikan Pencegahan, Universiti Yale, Amerika Syarikat,
David Katz memberitahu, yogurt beku tidak memberikan manfaat yang diharapkan
sama seperti pengambilan yogurt biasa.
“Kita
memakan terlalu banyak gula,” katanya yang mengulas tentang yogurt beku itu
baru-baru ini.
Bahan-bahan
seperti maltodekstrin, natrium sitrat, gam selulosa, dinatrium fosfat dan
propilena glikol monoester merupakan antara bahan yang ditemui di dalam yogurt
beku.
Menurut
Katz, bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan mungkin memberikan kesan
yang buruk ke atas tubuh badan.
Menurutnya,
yogurt tidak lebih hanya sebagai alternatif untuk aiskrim.
Dalam
penyelidikan yang dilakukan ke atas yogurt beku itu, para penyelidik turut
menemui bahan karagenan.
Bahan
tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan perut.
Para
penyelidik menyatakan, pengambilan yogurt itu akan membahayakan kesihatan jika
ia diambil secara keterlaluan.
Bagi
mengelak daripada terjebak memakan makanan yang tidak menyihatkan, anda perlu
membaca label pada bungkusan makanan terlebih dahulu sebelum membelinya dan
pastikan ia tidak mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi.
1 comment:
info yg baik dan bagus. tidak semua yogurt baik untuk kesihatan. kita perlu waspada semasa nk beli yogurt ni. kebanyakan yogurt mengandungi bahan bahan kimia dan pewarna tiruan. so, be careful.
Post a Comment