2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan...
menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari
atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas
kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah
jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan
senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu
suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku
seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik
isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,
jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan
seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai
kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena
tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja
dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan
(jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang
terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia
berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila
disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan
kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak
acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat
padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya
ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak
cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami
akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi
mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap
suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan
isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau
tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik
yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat
sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri
samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika
pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
No comments:
Post a Comment