Tuesday, December 22, 2015

BUAH DAN SAYURAN : 5 HIDANGAN SUDAH MEMADAI

Pakar pemakanan British pada April lepas menyatakan tujuh hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kunci kepada kesihatan, bukan lima hidangan seperti yang digariskan dalam garis panduan pemakanan.

Namun terdapat kenyataan baru dalam arena pemakanan sihat yang menyatakan cadangan lima hidangan yang terkenal itu, yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), adalah memadai.
Penyelidik di China dan Amerika meneliti 16 terbitan kajian mengenai diet dan kesihatan yang melibatkan lebih 830,000 orang peserta, yang dipantau untuk tempoh antara empat setengah hingga 26 tahun.
Saintis mendapati bahawa setiap tambahan hidangan harian buah-buah dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kematian awal berpunca daripada pelbagai punca sebanyak 5%.
Menurut penyelidik lagi, di sepanjang tempoh kajian, seramai 56,000 orang peserta meninggal dunia. Bagi kematian yang berpunca daripada serangan jantung atau strok, setiap hidangan tambahan mengekang risiko sebanyak 4%.
sayuran buahan
Mengikut tinjauan, yang diterbitkan di dalam jurnal online British Medical Journal (MBJ), tiada bukti yang menunjukkan penurunan kadar risiko bagi jumlah hidangan yang melebihi lima.

PASTIKAN JANTUNG TERUS MENGEPAM

Pastikan Jantung Terus Mengepam

Menurut kajian terkini di Amerika, wanita yang kerap bersenam selepas putus haid boleh mengurangkan risiko masalah jantung.
Kajian tersebut menunjukkan berjalan laju, walaupun lebih sepuluh minit sehari, dapat membantu. Masalah jantung yang melibatkan wanita berusia termasuk fibrilasi atrium (AF), jenis lazim denyutan jantung yang tidak teratur, kata Pertubuhan Profesional Internis Jerman, yang memberitahu tentang kajian tersebut.
Fakulti Perubatan Universiti Stamford di California memantau 81,000 orang wanita yang putus haid berumur antara 50 dan 70 tahun. Kajian mendapati bahawa ianya penting bagi wanita berusia untuk aktif, terutamanya bagi yang mempunyai risiko tambahan untuk masalah jantung seperti mempunyai berat badan berlebihan.
Wanita dalam kajian yang berjalan laju selama setengah jam sekurang-kurangnya enam kali seminggu atau mengayuh basikal selama sejam dua kali seminggu adalah 10% kurang kemungkinan untuk mendapat AF berbanding wanita yang tidak aktif.
Wanita yang bersenam lebih sederhana – berjalan laju selama setengah jam dua kali seminggu, sebagai contoh – dapat mengurangkan risiko AF mereka sebanyak 6%

PAKAR BEDAH JANTUNG TERKENAL MENDEDAHKAN PUNCA SEBENAR PENYAKIT JANTUNG

Oleh Dr. Dwight Lundell, M.D. 

Dwight_Lundell
Kami doktor, dengan semua latihan, pengetahuan dan autoriti, sering mempunyai ego yang agak besar, yang membuat ia sukar untuk mengakui kami silap. Jadi, inilah dia. Saya secara sukarela mengakui yang saya salah. Sebagai seorang pakar bedah jantung dengan 25 tahun pengalaman dan telah melakukan lebih 5,000 pembedahan jantung terbuka, hari ini adalah hari untuk saya membetulkan kesilapan fakta perubatan dan saintifik.

Saya dilatih selama bertahun-tahun bersama-sama doktor-doktor terkenal yang lain, yang dilabel sebagai “pembuat pendapat.” Dihujani dengan berbagai karya saintifik, sentiasa menghadiri seminar, kami pembuat pendapat menegaskan bahawa penyakit jantung berpunca daripada fakta mudah, ia itu tahap kolesterol yang tinggi.
Satu-satunya terapi yang diterima adalah memberi ubat untuk menurunkan paras kolesterol dan diet yang menghadkan pengambilan lemak. Kami menegaskan bahawa diet tersebut akan mengurangkan kolesterol dan penyakit jantung. Penyimpangan daripada cadangan ini dianggap ‘sesat’ dan mungkin boleh dianggap tidak beretika.

ADAKAH ANDA BOLEH HIDUP TANPA PANKREAS?

Pankreas adalah lebih kurang 6 inci panjang dan bentuknya sedikit seperti berudu, ada kepala, badan dan ekor. Ia terletak di dalam abdomen, di belakang perut dan di hadapan tulang belakang. Ia melakukan dua perkara utama iaitu membuat cecair yang mengandungi enzim yang memecahkan nutrien dalam makanan – seperti lemak dan protein – supaya badan anda dapat menggunakannya; ia juga membuatkan hormon seperti insulin untuk mengimbangi tahap gula dalam darah anda.

Enzim adalah protein yang meningkatkan kadar tindak balas kimia dalam badan anda. Tanpanya, proses yang boleh mengambil beberapa saat atau minit akan mengambil masa bertahun-tahun. Enzim dalam pankreas bergabung dengan hempedu, cecair yang dibuat oleh hati, untuk memecahkan makanan.
Adakah anda boleh hidup tanpa pankreas? Jawapannya ya, tetapi hidup tak sama tanpanya kerana pankreas membuat insulin. Anda akan mengidap penyakit kencing manis jika pankreas anda dibuang atau tidak lagi berfungsi. Ini bermakna anda akan bergantung kepada suntikan atau pam insulin. Ianya juga sukar untuk anda mengelolanya kerana pankreas juga mengeluarkan hormon lain yang mengawal gula dalam darah.
Pankreas boleh memusnahkan diri sendiri apabila saluran, atau tiub, di dalam pankreas tersekat, yang membuat enzim membina. Apabila ini berlaku, ia dipanggil pankreatitis akut. Gejala termasuk sakit beransur-ansur atau secara tiba-tiba di perut, yang mungkin tidak teruk pada peringkat awal, tetapi biasanya akan menjadi teruk selepas itu. Rawatan selalunya melibatkan kemasukan ke wad untuk dimasukkan cecair IV, dan berpuasa, agar pankreas dapat berehat.

OMEGA- 3 UNTUK PENINGKATAN MINDA REMAJA

omega-3Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.
Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.
Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.
“Telah banyak kajian terdahulu dilakukan ke atas orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, meninggalkan kelompok yang unik ini tanpa ditangani,” kata ketua penyelidik, Matthew Muldoon, dalam satu kenyataan.
“Bagaimana dengan tempoh di mana kita berfungsi secara optimum? Bolehkah kita membantu otak mencapai potensi penuhnya dengan mengadaptasi tingkah laku sihat kita di dalam kehidupan remaja kita? Kami mendapati kita sememangnya boleh.”
Sebelum kajian dijalankan, sampel darah dianalisis untuk ukuran asas, dan peserta kajian juga menjalani ujian daya ingatan yang menghendaki mereka mengingatkan satu siri nombor dan abjad.
Selepas enam bulan mengambil suplemen omega-3, peserta menjalani ujian sekali lagi. Menurut penyelidik, hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi di antara peningkatan fungsi kognitif dengan peningkatan pengambilan omega-3.
Sumber makanan yang mengandungi omega-3 adalah termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin dan makerel, kacang soya, minyak flaxseed dan kacang walnut

Friday, December 11, 2015

ASAL USUL KANSER DI RAHIM !!!



Sharing untuk para wanita (Jika lelaki yang membaca tolong di foward kepada kenalan wanita di sekitar anda)

1. Jangan Minum air ais, air bergas dan air kelapa ketika Haid

2. Jangan mencuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala ( kena angin kepala ), ini sangat berbahaya dan kesan ini boleh di rasakan saat muda dan masa tua

3. Jangan makan mentimun semasa sedang haid kerana getah yang ada pada mentimun boleh menyebabkan haid tersisa di dinding rahim.

4. Selain itu semasa sedang haid, Tubuh tidak boleh terhantuk , terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah , rahim boleh terluka ”

Penyelidikan membuktikan , minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersisa / terlekat di dinding rahim , selepas 5-10 thn boleh menyebabkan “kanser rahim.

“KETUMBUHAN & KANSER RAHIM”.

Tolong sebarkan info ini kepada semua wanita baik ibu, isteri, anak2 kita, mahupun teman wanita, sebagai keperihatinan kita terhadap semua yang bergelar wanita.

Monday, December 7, 2015

INGATAN BERSAMA

Foto Jaylan Putu Joyo.

SUNNAH NABI ITU MEMANG TERBAIK.

1. Buang air besar duduk, beresiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

2. Kencing berdiri beresiko prostat dan batu ginjal. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

4. Makan dan minum berdiri dpt mengganggu perncernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

5. Makan di kursi, masih kurang menyehatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi lambung, karena ada reaksi asam. Yang sehat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

7. Tidur meniarap tidak bagus untuk kesehatan, bahkan itu tidurnya syetan. Tidur menghadap kanan lebih menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

8. Banyak Rahasia Sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesehatan. Benarlah yg dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.

9. Seorang doktor Eropah berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi, dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi dokter karena tidak ada pasien..

Subhanallah.

Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab2 sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam...

Wednesday, November 25, 2015

YB DR DAROYAL ALWI WROTE:

Assalam..
Saya nak kongsi very good tips - bagi yg terbangun dari tidur utk buang air...... baca ya!
Penting untuk diambil perhatian!!!

Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:

Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?

3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.
Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat

penting?

Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1. Bila terbangun drpd tidur jgn terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil utk tempoh 

1/2 minit;

3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam utk buang air kecil, di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dri katil, punggunnya mengalami luka2 dikubitus..

Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is Caring. Kalau yg dah tahu anggap sebagai refresher. Terutama yg lahir tahun 60.

Monday, November 23, 2015

PASLI BANTU SEIMBANGKAN HORMON WANITA


Parsli bukan sahaja sekadar penghias dalam masakan namun herba yang dikenali dengan nama botaninya Petroselinum Crispum ini ditanam disebabkan sifat-sifat penyembuhannya sebelum ia digunakan sebagai penghias dan rempah dalam masakan.

Daun dan akar pasli dikatakan menganddungi lebih kandungan besi, folat dan kaya dengan vitamin A,B,C ,K serta mineral sulih.

Herba ini tidak mengandungi kolestrol. Namun ia kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat pemakanan yang dikatakan mempu membantu mengawal kolestrol dalam darah, mencegah sembelit, melindungi tubuh daripada radikal bebas dan kanser.

Kandungan klorofil dalam parsli amat hebat kerana ia dikatakan mampu membantu mengekang pertumbuhan bakteria jahat disebabkan sifat-sifat anti bakteria yang terdapat di dalamnya.

Dikatakan juga dengan mengambil daun parsli setiap hari ia mampu membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko berkaitan dengan tekanan darah tinggi seperti hipertensi.

Selain itu, menurut kajian parsli amat berguna untuk wanita kerana pengambilannya mampu memperbaiki keseimbangan hormon wanita dan juga membaiki perembesan estrogen. Herba ini juga berguna dalam membantu masalah-masalah hormon seperti sindrom prahaid, menopous atau kitaran haid tertangguh. Selain itu parsli dikatakan berguna dalam melegakan kekejangan semasa kitaran haid.

Minyak yang diekstrak daripada parsli digunakan untuk rawatan rambut gugur dan kekeringan pada kulit. Dikatakan dengan menyapu minyak ini setiap hari mampu memperbaiki pertumbuhan rambut dan menjadi kulit bertambah lembut.

Jus parsli dikatakan tonik baik untuk pembuluh darah dan arteri. Namun begitu, jus mentah amat kuat dan tidak boleh diambil dalam kuantiti lebih daripada satu atau dua auns pada satu masa melainkan ia dicampurkan dengan kuantiti jus lobak merah atau jus lain dengan secukupnya.
Walaupun terdapat banyak kebaikan herba parsli, penggunaannya untuk tujuan perubatan perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu .

Sunday, November 1, 2015

FAEDAH PERUBATANBUNGA CENGKIH

Kajian tentang cengkih (nama saintifik: Syzygium aromaticum) mendapati ia merupakan sumber anti-oksidan semulajadi yang terbaik. Cengkih digunakan terutama dalam masakan mempunyai ciri-ciri pengubatan yang digunakan dalam perubatan Cina, perubatan Ayurveda dan pengamal² herba di Barat. 

Kajian kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen mendapati cengkih mengandungi 314,446 µmol TE/100g (micromol Trolox Equivalent per 100 grams), iaitu kapasiti anti-oksidan di dalam makanan. Lebih tinggi kapasiti anti-oksidan dapat membantu melawan sel kanser dan lain-lain penyakit. 

Antioksidan melindungi sel-sel anda terhadap tekanan oksidatif daripada kerosakan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul oksigen yang sangat reaktif dalam sel-sel anda, yang tercipta sebagai hasil sampingan daripada metabolisme anda; lebihan radikal bebas adalah dianggap sebagai punca utama proses penuaan.

Melindungi diri anda daripada radikal bebas dengan antioksidan adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Faedah antioksidan termasuk perlindungan yang kuat terhadap semua jenis penyakit degeneratif seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis, arthritis, penyakit Alzheimer, dan banyak lagi.

KESAN SAMPINGAN MAUT AKIBAT PRESKRIPSI MENINGKAT

Mereka yang mengambil ubat-ubat dadah berjadual tidak dapat lari dari kesan-kesan sampingan yang sama ada ia tidak serius atau boleh membawa maut.

Laporan tindak balas buruk kepada ubat-ubatan preskripsi meningkat 9.4 peratus pada tahun 2011, menurut sebuah badan bebas yang memantau amalan ubat selamat. Laporan Quarterwatch (ismp.org) mendapati 179,855 reaksi dadah diklasifikasikan sebagai serius atau maut, peningkatan lebih 15,000 dari tahun 2010.   
  • Pengilang perlu melaporkan kesan buruk yang mereka ketahui kepada FDA
  • Hanya 1 hingga 10 peratus daripada kesan-kesan buruk yang dilaporkan kepada FDA
  • Syarikat-syarikat dadah bertanggungjawab jika mereka tidak memberi amaran sepatutnya terhadap kesan sampingan yang berpotensi
Reaksi buruk

Serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan kematian - itulah bahaya dalam dunia perubatan preskripsi hari ini. Setiap tahun berjuta-juta orang menghadapi kesan sampingan daripada pil-pil canggih dan berbagai terapi yang mereka jalani demi menangani pelbagai masalah kesihatan.

Mengikut undang-undang, pengeluar dadah mesti melaporkan kepada FDA sebarang kesan sampingan terhadap dadah mereka yang sampai ke pemerhatian mereka, sama ada dari aduan pesakit, tuntutan mahkamah atau hanya menyebut di Twitter. Pengguna dan doktor juga boleh melaporkan kesan buruk kepada FDA. Menggunakan angka-angka tersebut, Quaterwatch menyusun laporan semua kesan sampingan yang serius dan negatif yang dibuat kepada FDA pada tahun 2011, mendapati bahawa laporan telah meningkat hampir 10 peratus berbanding tahun 2010.

Sepuluh ubat-ubatan dengan kesan-kesan buruk adalah Pradaxa, Coumadin, Levaquin, carboplatin, Zestril, cisplatin, Zocor, Cymbalta, Cipro dan Bactrim. Jika anda mengambil mana-mana ubat di atas dan mengalami kesan sampingan yang serius, yakinlah  bahawa anda tidak keseorangan. Malah, pakar-pakar dadah berhujah bahawa hanya satu hingga 10 peratus daripada kesan buruk yang dilaporkan kepada FDA, bermakna kesan sampingan negatif adalah lebih meluas daripada laporan Quaterwatch. "Kami kehilangan  99 hingga 90 peratus laporan kesan buruk", kata Thomas Lamb, seorang peguam di North Carolina yang menguruskan sebuah blog tentang berita dadah preskripsi.

SENAMAN HARIAN TURUNKAN RISIKO KANSER PAYUDARA

perempuan-bersenamWanita yang melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 minit setiap hari mempunyai kurang kemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak aktif secara fizikal.

Bantuan Kanser Jerman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Bonn menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dan bersungguh-sungguh sangat berfaedah. Dinyatakan juga bahawa mereka yang bersenam dengan kerap meningkatkan metabolisme mereka dan memperkasakan sistem imun mereka, dengan itu, membantu tubuh mereka memperbaiki diri sendiri. Tambahan pula senaman dapat menghalang keradangan yang dipercayai akan mencetuskan kanser.

Wanita yang aktif secara fizikal juga berkemungkinan tidak mempunyai berat badan berlebihan – ini juga akan membantu menghindari kanser payudara, kata Bantuan Kanser Jerman. Ia menambah mereka yang aktif secara fizikal umumnya mempunyai gaya hidup yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak aktif.

Mereka makan lebih diet seimbang, biasanya tidak merokok, kurang minum minuman beralkohol dan menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah.

RAWATAN GOUT: HANYA DENGAN AIR

Gout disebabkan pengumpulan kristal asid urik berlebihan berpunca dari diet yang biasanya menyerang bahagian sendi. Mayoclinic.org, laman web untuk golongan professional dalam bidang perubatan konvensional tidak langsung menyebut bahawa gout berpunca dari diet tetapi menyatakan golongan lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita. 

Kristal asid urik biasanya terlerai di dalam darah dan keluar bersama air kencing. Kristal asid yang bersifat tajam menyebabkan keradangan pada bahagian yang diserang. Keradangan itu akan menyebabkan pesakit merasa amat sakit. Kebiasaannya, doktor akan memberi ubat ibuprofen atau colchicine mengikut keadaan pesakit. Ubat-ubat ini bekerja untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal keradangan. Bagaimanapun, ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Antaranya ialah seperti cirit-birit, muntah, lemah kebolehan utk melawan jangkitan, strok, serangan jantung, pendarahan dalam perut dan kehadiran darah di dalam air kencing. 

Menurut laman web drugs.com, colchicine bukanlah ubat untuk arthritis atau gout, dan ia tidak akan menghalang penyakit-penyakit ini dari berkembang. Menurut laman web itu lagi, Colchicine juga tidak boleh digunakan sebagai ubat rutin untuk lain-lain keadaan. 

Monday, October 26, 2015

KEYAKINAN TERHADAP KESIHATAN MEROSOT BILA CECAH UMUR 65 TAHUN

KAJIAN Indeks Kesihatan dan Kesejahteraan Philips mendapati rakyat Malaysia berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka tetapi golongan tua berasa kurang kawalan ke atas aspek itu. 

Keputusan diperoleh hasil kajian Royal Philips Electronics menerusi tinjauan tanggapan dan tingkah laku warga Malaysia dewasa dalam usia 18 tahun dan ke atas terhadap penjagaan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Kajian Indeks Philips: Laporan Kesihatan & Kesejahteraan Malaysia 2010 menunjukkan rakyat kita umumnya berpuas hati dengan tahap kesihatan dan kesejahteraan mereka dan mencatat skor Indeks Philips sebanyak 71 peratus, tertinggi di Asia Pasifik. Bagaimanapun, perasaan itu mula merosot apabila mereka mencapai usia 65 tahun dan ke atas.

Warga tua, terutama dalam kategori usia 65 tahun dan ke atas menarafkan perasaan mereka secara keseluruhan terhadap tahap kesihatan dan kesejahteraan lebih rendah berbanding kumpulan usia lain dan lebih cenderung untuk mempercayai mereka tiada kawalan ke atas kesihatan sendiri.

Laporan itu juga menunjukkan kebimbangan utama rakyat negara kita terhadap tahap kesihatan untuk jangka masa terdekat kebanyakannya berkaitan dengan kenaikan berat badan dan penuaan.

Sunday, October 25, 2015

WANG DAN STRESS

Apabila wang menjadi fokus utama, maka ada sesuatu yang lain perlu dikorbankan. Tidak dinafikan tekanan untuk memenuhi kehendak karier yang penuh dengan persaingan kini menjadi alasan manusia sanggup untuk bersusah payah. Kesihatan tidak lagi diberi perhatian lalu menyebabkan pelbagai penyakit dan stres kronik yang adakalanya boleh mengakibatkan kematian.

Sikap terlalu fokus dan obses terhadap kerja menyebabkan seseorang individu itu mengalami ketidakseimbangan dalam perjalanan hidupnya. 

 Berikut adalah akibat tekanan kerja yang banyak.

Nutrisi badan tidak seimbang


Bila anda terlebih bekerja, badan anda menjadi terlampau penat. Ini menyebabkan anda bergantung kepada kopi untuk kekal bertenaga, juga cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat kerana kekangan masa yang terhad. Bersenam juga seakan perkara yang semakin dilupakan.

Kurang tidur Orang dewasa memerlukan tidur yang mencukupi antara 7 hingga 8 jam sehari bagi memberi tenaga pada keesokan harinya. Kurang tidur menyebabkan otak jadi lembap dalam memberi tindakbalas dan berfikir.


Penambah tenaga
Tidak fokus, mengantuk dan letih mendorong anda untuk menikmati minuman tenaga agar segar kembali. Minuman tenaga mengandungi bahan tambahan dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan toksik pada hati, gangguan sistem saraf, tekanan darah rendah serta penyakit mental.

JENIS MAKANAN MUDAH ROSAK DALAM PETI SEJUK

potatoes isolated on a white background




                           Gaambar hiasan : UBI KENTANG

Mungkin kita sering menganggap jika menyimpan makanan di dalam peti sejuk boleh membuatkannya kekal segar lebih lama. Namun, tidak semua jenis makanan baik untuk disimpan pada suhu rendah. EH! kongsi lima jenis makanan yang anda patut elak simpan di dalam peti sejuk.

Tembikai

Peti sejuk boleh mengakibatkan kadar antioksidan di dalam tembikai berkurangan sehingga separuh daripadanya. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati pada kadar suhu bilik, tembikai mampu untuk menghasilkan hampir dua kali ganda tahap sebatian seperti beta-carotene yang mana berfungsi untuk memastikan kulit dan penglihatan mata sentiasa dalam keadaan baik lebih daripada tembikai yang disimpan di dalam peti sejuk. Persekitaran yang sejuk mengganggu perkembangan antioksidan yang terhasil setelah tembikai tersebut di petik. Pastikan tembikai yang telah dipotong diletakkan di bahagian chiller untuk mengelakkan pembiakan bakteria.

Kentang

Suhu dingin boleh menukar kanji kentang menjadi gula. Ianya akan membuatkan kentang berasa sedikit manis. Adalah lebih baik simpan kentang di dalam paper bag di dalam pantri bersuhu sejuk. Cahaya matahari pula mengakibatkan klorofil mula berkumpul  dan seterusnya mengubah rona kentang kepada hijau dan adanya berasa pahit.

USAHA ZAITON UBAT BARAH MATA PATUTU DITELADANI



Zaiton Ismail menunjukkan matanya yang pernah diserang barah.

“SAYA pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi jika itu yang tersurat. Namun, selagi mampu dan terdaya, saya akan terus berusaha daripada menerimanya sebagai satu ancaman dalam meneruskan sisa hidup ini.’’

Itu janji Zaiton Ismail, 51, iaitu antara insan bertuah kerana berjaya melawan penyakit barah yang sememangnya ditakuti oleh semua.
Apa yang pasti, dia bukanlah tokoh korporat yang perlu dikenali, jauh sekali seorang selebriti ternama. Namun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu kepada lima anak itu patut dijadikan teladan.
Ini kerana lima tahun lalu dia merupakan insan ‘lemah’ yang merasakan dunia ini gelap buat sementara apabila dikesan menghidap barah mata.
Detik ‘hitam’ itu masih dirasakan hingga kini. Sesekali Zaiton menitiskan air mata kerana tidak dapat membendung kesedihannya apabila bercerita mengenai penyakit yang mampu menggelapkan masa depannya itu.
Lebih mesra dengan panggilan Kak Ton, dia terdiam seketika apabila diminta untuk mengingatkan kembali saat yang merubah dirinya sehingga kini.
“Pada masa itu, saya hanya ingat anak-anak dan suami. Bagaimana kehidupan mereka sekiranya saya pergi sebelum sempat mereka berjaya,” katanya.
Bercerita lanjut, dia yang pada masa itu berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Pada tahun 2004 dia menjalani pemeriksaan kesihatan setelah mengalami kesakitan yang amat teruk di bahagian mata.

Friday, October 23, 2015

KEBAIKAN VITAMIN D

Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam kalangan orang muda.

Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi.
Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu, vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.
Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun, mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu ini berfungsi dengan baik.
Satu fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada penduduk dunia mempunyai risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien semulajadi yang dihasilkan dalam badan kita daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Ia dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas pendedahan kepada cahaya matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk hormon yang kuat hanya apabila tubuh memerlukannya.

SENAMAN UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Pertubuhan Jantung Amerika mengenal pasti bahawa gaya hidup tidak aktif merupakan salah satu daripada lima faktor risiko utama penyebab penyakit jantung. Sebaliknya, mengambil langkah untuk meningkatkan aktiviti fizikal dikaitkan dengan:

Peningkatan peredaran darah -
 Peningkatan aktiviti fizikal mewujudkan permintaan untuk lebih banyak oksigen dan nutrien dalam tisu badan. Keperluan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan arteri dan juga menggalakkan pertumbuhan kapilari baru, dikenali sebagai kapilari kolateral, di dalam otot yang terlibat dengan senaman. Kapilari kolateral meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan, yang membantu meningkatkan kekuatan, tenaga, penyembuhan dan fungsi lain yang pada dasarnya di semua sistem badan anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai penyakit arteri periferal, kapilari kolateral dalam otot kaki anda boleh mengurangkan gejala justeru anda boleh berjalan lebih jauh tanpa rasa sakit. Otot kaki yang telah menjadi segar akibat senaman menggalakkan peredaran darah kembali ke jantung dengan mengekalkan peningkatan kuasa pada urat.

Peningkatan fungsi jantung -
 Tidak seperti otot lain, jantung sentiasa bekerja. Walau bagaimanapun, senaman membantu meningkatkan kecekapan jantung. Aktiviti fizikal yang kerap melambatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan jumlah darah yang dipam dengan setiap denyutan. Ia juga membantu paru-paru anda menyampaikan oksigen dengan lebih cekap untuk darah anda. Dengan jantung yang dapat mengepam lebih banyak darah, lebih banyak oksigen dihantar ke otot anda dan seluruh badan anda semasa bersenam. Semua perubahan ini memudahkan jantung anda untuk menjalankan tugasnya.

Pengurangan tekanan darah -
 Aktiviti fizikal yang kerap dikaitkan dengan kawalan jangka panjang tekanan darah yang lebih baik. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau mempunyai tekanan darah tinggi, kesan senaman pada tekanan darah anda boleh menjadi lebih dramatik.

Wednesday, October 21, 2015

KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA



INI LAH BUAH DURIAN BELANDA YANG HEBAT

Daun durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10,000 kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat pokok ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Sunday, October 18, 2015

CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN SENDIRI)

Bahan-bahan :


• 200 ml air

• 50 gram gula merah

• 1 gram ragi

• botol plastik saiz besar


Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.


2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam 

potongan bawah botol.


3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.



4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.



5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.


Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.


MANAFAAT MANJAKANI


Cuba anda bayangkan perkara seperti ini berlaku terhadap diri anda..!!! " 

Perghhh...ketara sungguh perbezaan diriku skrg dgn tahun berlalu, apabila ku buka balik album perkawinan ku.Dulu badan ku mak hoii... tip top cuting mengalahkan Jlo.. Tapi skrg kawan-kawan selalu tegur "bila nak bersalin"aduh...padahal aku tak prgnant pun.
.
Dulu en abg selalu lewat ketempat kerja.. maklumla mlm buat overtime,1 tak cukup pasti 2 atau 3...hehehe,skrg ni 1 pun blm tentu... kalau ada pun mcm nak tak nak ja...

Jika tgk cermin pasti aku susah hati..mana tidaknya,bentuk badan sama ja..xdak pun potongan..hati semakin hari semakin gelisah.. mungkinkah ku hnya melihat cermin sahaja..terasa sedih di hati... org tersyg semakin hari semakin tak pedulikan ku.."sedih"..

"Sebelum ni memang tak terfikir perkara begini akan berlaku, malah dianggap perkara remeh sahaja.Tapi bila dah berlaku, sendiri merasai memang menyesal bila ingatkan balik apa yang dinasihatkan oleh ibu. Kesannya amat pahit dan pedih untuk ditempuhi"
.
Betul ka ni...?? kau jangan main-main..!!!
.
"Saya dah cuba,amat berpuas hati.. berbaloi,seminggu amalkan banyak perubahan luaran dan dalaman kembali mantopp dan bergetah...ramai kawan-kawan tegur makin comel gitu"
.
Satu hari saya duduk depan cermin dan buka semula album lama saya, memang jauh berbeza dgn tahun-tahun lepas... bestnya kalau dapat badan macam dulu, kulit macam dulu...
.

Saturday, October 17, 2015

JANGAN ABAI TANDA AWAL DIABETES

Selama enam tahun, Hana sering pergi ke taman setiap hari bersama ayahnya sehinggalah lebih kurang sebulan yang lalu apabila ayahnya, Razak Ismail, seorang penghidap diabetes berusia 45 tahun, kehilangan sebelah kakinya akibat dipotong.
Ayahnya telah didiagnosis dengan diabetes 15 tahun yang lalu dan mengalami kerosakan saraf akibat diabetes dengan simptom seperti rasa kebas dan rasa berdenyut-denyut pada kakinya. Tahukah anda bahawa hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi sekiranya penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil? Adakah anda juga mengalami simptom yang sama seperti yang dialami oleh ayah Hana?
Sekiranya anda mengalami sebarang simptom kerosakan saraf yang biasa ini, jangan ketepikannya kerana kesan pengabaian boleh menyebabkan pemotongan kaki.
Memahami neuropati diabetes
Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian: 'neuro' yang merujuk kepada saraf dan 'pati' iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat, terutamanya pada tangan dan kaki.
Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Tuesday, October 13, 2015

OBESITI JEJAS KESUBURAN

WANITA sering dipersalahkan apabila menyentuh isu ketiadaan anak, tetapi tahukah anda bahawa satu pertiga daripada masalah kesuburan sebenarnya berpunca daripada lelaki; namun tidak ramai mahu menerima hakikat ini, terutama jika mereka pernah mempunyai anak.


Antara punca ketidaksuburan lelaki ialah masalah varikosel iaitu pengembangan salur darah dalam skrotum (kantung buah zakar) yang boleh menjejaskan penghasilan sperma.

Selain itu ia boleh disebabkan sistem reproduksi tersumbat, pengambilan sesetengah jenis ubat, jumlah sperma yang rendah, kualiti sperma kurang baik, jangkitan dan mempunyai masalah kesihatan.

Malah gaya hidup juga boleh menjejaskan kesuburan lelaki seperti merokok, terlalu banyak minum minuman beralkohol, penyalahgunaan dadah, tekanan, peningkatan umur dan masalah berat badan sama ada terlalu kurus atau gemuk (obesiti).

Kajian menunjukkan peratusan kejayaan untuk mencapai kehamilan melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF) agak rendah di kalangan individu yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) terlalu tinggi (obes) atau rendah (terlalu kurus).

TURUNKAN BERAT BADAN


Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat Badan
BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Monday, October 12, 2015

KAITAN SAKIT GINJAL, JANTUNG

pix_gal0
Rawatan dialisis tidak mencukupi dedahkan komplikasi organ lain

KHAMIS ini atau 10 Mac, adalah Hari Ginjal Sedunia. Malangnya, tidak ramai yang menyedari tarikh yang menjadi sebahagian kempen kesedaran peri pentingnya organ utama itu kecuali individu itu adalah penghidap atau mempunyai rakan atau ahli keluarga yang menghidap penyakit ginjal atau buah pinggang berkenaan.

Namun berbanding penyakit kronik lain, hakikatnya masih ada harapan bagi pesakit ginjal atau buah pinggang ini untuk meneruskan kehidupan. Ini kerana, apabila seseorang itu mengalami kegagalan buah pinggang, pilihan rawatan yang boleh dijalani termasuk haemodialisis, peritoneal dialisis dan pemindahan ginjal.

Bagaimanapun, majoriti kes menyaksikan pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana pusat dialisis seumpamanya mudah didapati selain kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi.
Sebelum ini, rawatan haemodialisis yang standard adalah empat jam tiga kali seminggu, bagaimanapun keadaan pesakit kini lebih berbeza kerana ada yang turut menghidap penyakit sampingan seperti masalah jantung.

Malah, bagi pesakit yang menerima rawatan dialisis, kegagalan fungsi buah pinggang turut menjadi penyebab utama penyakit jantung jika dialisis yang diterima tidak mencukupi. Atas kesedaran serta kaitan antara ginjal dan jantung, sambutan Hari Ginjal Sedunia tahun ini bertemakan ‘Lindungi Ginjal, Selamatkan Jantung.’

Sunday, October 4, 2015

INILAH YANG TERJADI PADA TUBUH ANDA JIKA ANDA MINUM AIR LEMON SETIAP PAGI

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Tuesday, September 29, 2015

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI


 

 1 . Ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . Ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . Ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . Ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . Ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . Ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . Ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . Ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama

Monday, September 28, 2015

DAUN BELALAI GAJAH + EPAL HIJAU (PENAWAR KANSER)

Untuk pesakit cancer tahap 4..blend 100 helai daun gajah+sebiji epal hijau dan minum..usaha dan tawakal selebihnya serahkan kpd Allah..dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali..

Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass atau Clinacanthus Nutans sudah terbukti mampu membantu penderita penyakit kanser, radang prostat, masalah buah pinggang, kolesterol, darah tinggi, gout, diabetes, saluran darah tersumbat dan membuang toksik dalam badan. Kajian mendapati ekstrak daun ini tidak mengandungi toksin. Ia mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai jenis mineral, vitamin dan asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia merupakan agen antioksida yang baik.

Cara menyediakan ramuan jus untuk pesakit kanser: Tahap 1: 30 helai setiap hari. Tahap 2: 50 helai setiap hari. Tahap 3: 100 helai setiap hari, dan Tahap 4: 150-200 helai setiap hari. Kisar daun itu dengan sebiji epal hijau dan minum setiap pagi, sebaiknya jangan ditapis.Biarkan ia berserat. Ini baik untuk penyembuhan. 

Ketika mengamalkan jus tersebut, hendaklah berpantang daripada makanan tinggi gula, madu, ikan kembung, daging ayam, daging itik, keladi, pulut dan mentega. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids. 

Daunnya yang kering mengandungi protein mentah > 45%, dan 17 jenis amino asid, kandungan vitamin C dan kalsium yang tinggi, serat, dan mineral seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan fosforus, kalsium dan magnesiumnya juga tinggi.

 





Saturday, September 26, 2015

PAKAR SAKIT PUAN

    Apakah Akibat & Kesan Tidak Berpantang Selepas Bersalin
    -------------------------------------------------------------
    Rahim Jatuh / Prolapse
    -----------------------
    Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

    Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

    - Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.

    - Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.

    - Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.

    Gangguan Kencing
    -------------------
    Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:

    - kerap kencing

    - sakit ketika nak kencing

    - kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat inidi panggil (Stress Incontincence).

    Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

    Gangguan Hubungan Kelamin
    ------------------------------
    Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak.

    Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

    Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
    -----------------------------------------------------
    Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

    Gangguan Kesihatan
    ---------------------
    Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

    Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk berpantang

    Foto PAKAR SAKIT PUAN.

JANGAN ABAI TANDA AWAL DIABETES

Selama enam tahun, Hana sering pergi ke taman setiap hari bersama ayahnya sehinggalah lebih kurang sebulan yang lalu apabila ayahnya, Razak Ismail, seorang penghidap diabetes berusia 45 tahun, kehilangan sebelah kakinya akibat dipotong. 

Ayahnya telah didiagnosis dengan diabetes 15 tahun yang lalu dan mengalami kerosakan saraf akibat diabetes dengan simptom seperti rasa kebas dan rasa berdenyut-denyut pada kakinya. Tahukah anda bahawa hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi sekiranya penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil? Adakah anda juga mengalami simptom yang sama seperti yang dialami oleh ayah Hana? 

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom kerosakan saraf yang biasa ini, jangan ketepikannya kerana kesan pengabaian boleh menyebabkan pemotongan kaki.

Memahami neuropati diabetes

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian: 'neuro' yang merujuk kepada saraf dan 'pati' iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat, terutamanya pada tangan dan kaki.

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelakkan anda daripada bahaya dan jauh daripada perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Tahap keseriusan simptom kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain. Anda mungkin berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan anda - tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes. Rasa terbakar dan tiada rasa juga ialah simptom biasa bagi kerosakan saraf. Kehilangan rasa sering membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki. Mungkin terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya. Sesetengah orang akan berasa kesakitan yang tajam mencucuk; manakala setengah orang pula merasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Kemungkinan seorang penghidap diabetes untuk mengalami pemotongan pada kaki adalah lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat. Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar akan kecederaan yang mereka alami; ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki. 

Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka - seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan. Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.