Sunday, February 12, 2017

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTROL

1. SOYAKacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. KUACI - Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambahkan zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING - Antara pelbagai buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoed. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoik juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL - Memakan sebiji epal hijau @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menseimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA - Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular selain salmon dan makerel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH - Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. 

7. MANGGA - Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain: belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestro LDL dalam tubuh.

8. KISMIS - Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT - Lebih daripada kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU - Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilanya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak basal kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400 gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai. 

"If you cannot have the best, make the best of what you have"

No comments: