Razik terkejut apabila doktor memberitahu bahawa dia mengidap gout. Rupanya sakit pada jari kaki yang dialami adalah gejala gout. Sakit yang dirasakan adakalanya berdenyut-denyut sehingga dia terjada dari tidur akibat tidak dapat menahan rasa ngilu.Kesukaran mula dirasai terutama apabila menyarung stokin dan kasut untuk ke tempat kerja. Pada awalnya dia menyangka sakit tersebut adalah kerana terseliuh. Tambahan pula dia rajin bermain badminton pada hujung minggu. Kini terjawab lah teka-teki yang bermain di minda. Ujian darah membuktikan bahawa paras asid urik dalam darah meningkat dan penyakit ini di namakan gout. Menurut kawannya yang juga mengidap gout, kesakitan akibat gout bukan kepalang dan kadang kala memerlukan suntikan tahan sakit. Gout juga boleh menjadi punca batu karang mudah terjadi.
Menurut doktor, gout berlaku akibat tubuh gagal memproses protein. Makanan berprotin tinggi seperti ikan, udang, daging, telur, kacang dan lain-lain tidak boleh dimakan oleh pengidap gout. Protin dalam makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan menjadi air dan urea. Asid urik adalah berbentuk separa pejal. Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid separa pejal berkumpul pada celahan tulang dan akhirnya membentuk ketulan kristal batu gout. Kristal batu gout ini boleh juga terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang.
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit apabila gout menyerang. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Fruktosa dan gout
Bukan faktor pemakanan protin sahaja menjadi punca kepada masaalah gout. Ini kerana ramai antara pengidap gout meskipun berpantang makan tetap juga mendapat serangan.
Selain protin, pengambilan minuman beralkohol, minuman bergula tinggi dan makanan proses yang menggunakan pemanis sirap jagung berfruktosa tinggi (HFCS), adalah antara penyebab utama gout.
Pada tahun 1960-an sirap jagung mula diekstrak di Amerika. Ia di promosi sebagai gula yang lebih sihat dan lebih manis berbanding gula biasa. Tetapi saintis berjaya membuktikan bahawa sirap jagung adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit.
Fruktosa berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masaalah sakit sendi gout. Fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan partas asid urik dalam darah yang menyebabkan masaalah sakit sendi gout.
Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepadatenaga dan diproses sebagai urik asid. Selain itu ia juga mengganggu hormon dopamine dalam otak hingga menumbulkan rasa ketagihan kepada fruktosa berlaku. Fruktosa juga menyebabkan masaalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini punca terjadinya sindrom metabolik dan menyumbang kepada kencing manis.
Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada 'pantang' makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebangainya tanpa nasihat supaya mengawal minuman bergula, buah-buahan manis serta jus yang mempunyai kandungan fruktosa tinggi. Fruktosa ialah satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
Pencegahan
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) selain steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil berpanjangan.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
- Menjaga berat badan - adalah penting kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
- Elakkan mengambil minuman keras serta elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.Sesetengah daging binatang, makanan laut dan kekacang mengandungi purin iaitu sejenis protein yang tinggi.
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik normal, iaitu dengan amalan bersenam dan banyak minum air.
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
- Hentikan pengambilan makanan dan minuman mengandungi fruktosa atau pemanis sirap jagung kerana ia adalah antara agen perosak hormon yang merbahaya. Oleh kerana kewujudan pemanis ini adalah secara tersorok dalam makanan pastikan anda membaca label terlebih dahulu sebelum membeli.
4 comments:
Hurrah! In the end I got a blog from where I be capable
of really get valuable facts concerning my study and knowledge.
What's up to all, as I am in fact eager of reading this blog's post to be updated regularly.
It carries nice data.
I know this web site presents quality depending content and other material, is
there any other web site which presents these kinds of data in quality?
Your means of telling everything in this paragraph is
genuinely nice, all can effortlessly know it, Thanks a lot.
Post a Comment