Tuesday, February 14, 2017

KELEBIHAN HALIA YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. PASTIKAN ADA DI RUMAH!

Halia adalah antara herba yang paling menyihatkan. Banyak digunakan dalam masakan tetapi sebenarnya halia juga cukup membantu dalam dunia kecantikan dan kesihatan.

Berikut adalah kebaikan halia untuk kesihatan wanita dan lelaki yang mungkin anda tak pernah tahu:

1. Legakan loya terutamanya morning sicknesss - Halia telah lama digunakan sebagai pelega mabuk laut. Biasanya halia digunakan untuk melegakan loya dan muntah-muntah selepas pembedahan dan terhadap pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Tetapi penggunaan halia paling berkesan adalah apabila digunakan terhadap loya berkaitan kehamilan seperti morning sickness.

2.  Kurangkan sakit otot & kelenguhan - Sifat anti keradangan yang terdapat dalam halia dikatakan berkesan dalam menentang sakit otot akibat senaman. Halia tidak memberi kesan segera tetapi mampu mengurangkan sakit otot yang dialami dari sehari ke sehari.

3. Bentu pesakit osteoarthritis - Kesan anti keradangan dalam halia juga mampu mengurangkan simpton-simpton osteoarthritis. Osteoarthritis adalah masaalah kesihatan yang melibatkan kelemahan pada sendi tubuh. Ia membawa kepada simpton-simpton seperti sakit sendi dan kekakuan.

4. Rendahkan gula dalam darah - Terdapat kajian menunjukkan bahawa halia memiliki sifat-sifat anti diabetes. Kajian tahun 2015 itu mengkaji 41 orang yang menghidap diabetes tahap 2. Mereka diberi 2 gram halia setiap sehari bagi merendahkan gula dalam darah sewaktu berpuasa. Keputusannya ia memperbaiki HbA1c (penanda tahap gula dalam darah buat jangka panjang), sekali gus membawa kepada penurunan 10 peratus dalam masa 12 minggu.

5. Baiki sistem pencernaan kronik - Pencernaan kronik (dyspepsia)boleh dikenal pasti melalui sakit dan rasa tidak selesa berulang kali pada bahagian atas perut. Dipercayai melambatkan proses membuang adalah penyebab utama ketakcernaan. Menariknya, halia dikatakan mampu mempercepatkan pembuangan najis terhadap mereka yang mengalami masaalah ini. 

6. Kurangkan sakit haid - Salah satu halia dalam perubatan tradisional adalah melegakan sakit termasuklah sakit akibat haid. Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 150 orang wanita yang mengambil 1 gram serbuk halia setiap hari selama 3 hari mereka datang haid ia mampu melegakan rasa sakit yang dialami.

7. Merendahkan tahap kolestrol - Tahap kolestrol jahat atau LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Makanan yang anda ambil memiliki pengaruh kuat terhadap tahap LDL. Pengambilan halia dikatakan mampu mengurangkan tahap trigliserid dan LDL kolestro.

8. Cegahan Demam dan Selsema - Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selsema di seluruh Asia. Kajian of University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicinang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

9. Melawan Masaalah Pernafasan yang biasa - Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semula jadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

Jadi seeloknya, pastikan ada halia dalam rumah. Bukan hanya untuk memasak tetapi untuk jaga kesihatan. Selamat mencuba!.

No comments: