Sunday, February 5, 2017

KHASIAT KUNYIT BANTU TINGKATKAN KEJELITAAN

Sejak 2,500 tahun dulu, penggunaan kunyit memang tidak dapat dinafikan kepentingannya untuk kecantikan, peruatan dan rempah bagi melengkapkan masakan.

Menerusi perubatan cina, kunyit sudagh lama digunakan atas kepercayaan kunyit mampu melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.

Didalam perubatan Thai pula herba itu digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung. Khasiat kunyit terus mendapat tumpuan ramai kerana keupayaannya dalam bidang estetika dan perubatan.

Banyak kajian Barat mendapati, bahan pada kunyit iaitu curcuminoid mempunyai sifat anti-oksida, anti-radang dan menurunkan tahap kolesterol.

MANFAAT KUNYIT - Menerusi lebih 600 kajian, lebih daripada 400 yang dikemukakan mengesahkan sifat anti-radang dan anti-oksida yang menakjubkan pada kunyit.

Seorang pengkaji, herba dari Universiti Oxford, Prof Cerard Bodeker berkata, kunyit salah satu daripada bahan penyembuh penyakit terbaik di dunia digunakan secara meluas terutamanya di Asia.

Di India, penggunaan kunyit begitu meluas untuk penyembuhan dan kecantikan kulit.

Kajian dilakukan sebuah lagi universiti terkemuka di Barat pula menunjukkan, penduduk India mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih baik berbanding penduduk di Amerika Syarikat. Ini disebabkan pengambilan kunyit dalam perubatan tradisional Melayu. Ini termasuk, menghilangkan kegatalan kulit, kesihatan dalaman wanita dan herba wanita selepas bersalin.

No comments: