Setiap insan impikan tubuh badan yang sihat. Oleh yang demikian, ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk membeli makanan tambahan dan vitamin. Namun bagi anda yang mementingkan pengambilan makanan semulajadi dalam diet seharian, ada beberapa jenis makanan yang anda boleh ambil bagi menjaga daya ketahanan badan. Antaranya ialah:
1. Bawang Putih
- Ia telah digunakan sejak ratusan tahun yang lalu sebagai bahan antiseptik. Melalui pengambilan bawang putih, ia melindungi badan dari terkena demam, batuk dan jangkitan. Bawang putih mengandungi Vitamin C, B1 dan B6, mineral dan sulfoxide alliin yang dikenali sebagai anti bakteria.
2. Kacang & Biji-Bijian
- Makanan ini sangat membantu meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia kaya dengan Vitamin E yang merangsang pengeluaran sel untuk menyingkirkan bakteria dan sel kanser dalam badan.
3. Gandum
- Beras merah, oat dan produk-produk yang diperbuat daripada gandum kaya dengan serat, protein dan antioksidan. Ia dapat meningkatkan daya ketahanan badan jika diambil secara berkala dalam diet harian.
4. Sumber Omega 3
- Untuk meningkatkan sistem imunisasi badan, pengambilan bahan makanan seperti salmon, tuna dan mackerel adalah sangat digalakkan. Ini kerana bahan-bahan ini mengandungi asid lemak Omega 3 yang boleh melindungi badan dari jangkitan penyakit. Disarankan, nikmati makanan-makanan ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
5. Sayur & Buah
- Makanan yang kaya serat sangat efektif untuk menjaga daya ketahanan badan, menurunkan tekanan darah tinggi dan bacaan kolesterol dalam badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan melindungi sel badan daripada rosak.
No comments:
Post a Comment