Tuesday, February 7, 2017

TUJUH KHASIAT TEMBIKAI YANG ANDA TIDAK TAHU

Tahu kah anda buah tembikai adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita. Warna merah tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, minerat, kalsium, betakarotin,.Vitamin C dan juga serat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Diantara 7 keistimewaan tembikai untuk kesihatan kita adalah:

1. Tembikai baik untuk kesihatan jantung.Tembikai kaya akan likopen yang sangat baik sekali untuk kesihatan jantung.

2. Betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai sangat baik sekali bagi kesihatan mata kita kerana betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai ini akan diubah dalam tubuh kita menjadi Vitamin A.

3. Tembikai juga merupakan sumber Vitamin C yang diperlukan sekali oleh tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah diserang penyakit apalagi dengan cuaca yang tak menentu seperti sekarang ini.

4. Minum jus tembikai atau memakannya begitu sahaja akan buat kan anda lebih bertenaga dan segar semula. Tembikai baik untuk kanak-kanak kerana kurang gula dan juga buatkan badan rasa lebih bersemangat untuk beraktifitas. Dan tak kalah hebatnya tembikai boleh mencantikkan kulit kita mengurangi kedutan sekitar mata dan melindungi kita dari pancaran sinar matahari.

No comments: