Thursday, February 16, 2017

MUDAHNYA NAK HAPUSKAN MASAALAH WAKTU STESS.

Bilakah kali terakhir anda ketawa terbahak-bahak sehingga perut anda merasa sakit? Anda ketawa kerana merasakan ia sesuatu yang lucu dan mungkin juga anda merasa bahagia. Semakin kerap anda ketawa, badan anda semakin sihat. Awas! jangan ketawa tanpa sebab kerana orang sekeliling anda boleh menganggap anda seorang yang GILA. Beberapa manfaat yang anda peroleh daripada ketawa.

1.PEMBULUH DARAH LEBIH SIHAT - Penelitian oleh University of Maryland mendapati seseorang yang suka menonton rancangan komedi mempunyai pembuluh darah yang lebih sihat berbanding dengan mereka yang suka menonton drama.

2.TIDUR LENA - Ketika anda ketawa, badan anda akan melepaskan hormon bahagia dan menekan hormon stres. Apabila anda stres, ketawa boleh menjadi ubat dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak.

3.KADAR GULA DARAH STABIL - Dalam penelitian yang dilakukan terhadap 19 orang terhadap hubungan antara ketawa dengan kadar gula dalam darah. Dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu diberi makanan dan mengikuti kelas pembelajaran. Sedangkan kumpulan kedua diberi makanan dan menonton filem komedi. Hasilnya, kumpulan kedua mempunyai kadar gula darah yang lebih stabil.

4.SISTEM PERTAHAN BADAN LEBIH BAIK - Dikatakan seseorang yang suka kepada komedi dan gelak ketawa mempunyai antibodi yang lebih baik dan dapat melawan jangkitan pada badan. Sistem imunisasi badan akan melindungi anda daripada selesema, demam dan batuk.

BADAN ANDA KETIKA… KETAWA 

OTAK - Apabila anda mendengar atau melihat sesuatu yang lucu, otot-otot di sekitar mata dan pipi secara automatik mula berinteraksi. Bahagian otak mula menghantar isyarat untuk memberi fungsi pada paru-paru (bernafas) dan ketawa.

PARU-PARU - Udara mengalir dengan cepat melalui tekak dan terus menghembus ke bahagian hujung tekak. Hasilnya, pita suara anda bergetar dan mengeluarkan vokal seperti ha.. ha.. ha.. atau ho.. ho.. ho...

MATA - Mata anda akan mula berair apabila anda melihat atau melakukan sesuatu yang agak melucukan.

JANTUNG - Denyutan jantung dan tekanan darah mula naik dan lebih banyak oksigen disalurkan ke bahagian organ-organ badan.

OTOT - Apabila otot wajah dan badan anda menegang, otot-otot lain mula kurang bertindak balas, sebab itulah apabila anda ketawa, sukar untuk anda berjalan tegak. Otot perut pula mula ‘bekerja’ dan badan anda mula membakar kalori.

HORMON - Ketawa boleh membantu melepaskan hormon endorphin dan boleh menurunkan pengeluaran kortisol, hormon stres.

EMOSI - Dengan ketawa, ia boleh ber’jangkit’ dengan orang lain. Saling ketawa dengan seseorang dapat membantu anda berhubung secara emosional dengan kawan lain.

No comments: