Sunday, March 31, 2013

BESARKAN ANAK DENGAN KASIH SAYANG

SALAH satu hak anak ialah dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Ini bermakna ibu bapa yang membesarkan anak-anak dengan kebencian, pergaduhan, merasa tertekan dan takut akan mengakibatkan anak-anak mengalami gangguan emosi. Gangguan emosi seperti ini mengambil masa untuk menunjukkan kesan dan yang paling biasa ialah anak-anak mengalami kemurungan, ponteng sekolah dan sakit. Sakit yang paling biasa dialami ialah muntah-muntah, sakit kepala dan demam. 

Anak adalah amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Kita perlu ingat bahawa Rasulullah SAW sangat menyayangi kanak-kanak. Baginda sering dilihat bermain dengan cucu-cucunya, Hassan dan Hussien. Dalam satu hadis disebutkan Nabi SAW sujud lama ketika sedang solat kerana cucu Baginda sedang duduk di atas tengok. Baginda juga pernah berkata kepada seorang sahabat “Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak, tidak akan disayangi."

Islam percaya melentur buluh biarlah daripada rebung, namun Islam melarang memukul kanak-kanak. Zaman saya kecil dahulu, merotan anak adalah suatu perkara biasa bagi ibu bapa. Ia adalah satu cara mendisiplin anak. Tetapi ibu bapa dahulu tidak merotan untuk menyakitkan atau menyiksa. Mereka merotan dengan ranting pokok bunga yang kecil dan biasanya dirotan di kaki. Kebiasaannya kerana bermain sehingga lupa sudah masuk waktu Maghrib, tidak bersolat atau terlalu asyik bermain sehingga lupa sudah lewat petang.
Lumrahnya, yang mengejar dan merotan adalah ibu. Walaupun ibu bapa merotan atau menghukum anak kerana tidak mendengar kata atau nakal, tidak pernah pula kita mendengar anak didera dengan teruk hingga patah, cedera atau mati. Malah ibu bapa memastikan anak makan malam sebelum tidur walau siangnya dirotan.

CULAS SOLAT SUBUH



SOLAT Subuh merupakan tuntutan yang amat berat ditunaikan memandangkan pada saat itu manusia sedang enak dibuai mimpi berlapikkan bantai dan katil yang empuk.

Lebih-lebih lagi ketika musim hujan, sejuk menyelubungi diri lalu kita menarik selimut meneruskan tidur walaupun azan telah berkumandang. Adakah kita mengetahui bahawa tindakan itu sebenarnya telah melekakan tuntutan syariat?

Bayangkan para sahabat Rasulullah SAW sanggup bangun awal datang ke masjid demi untuk berjemaah bersama baginda. Malah, mereka terlebih dahulu menunaikan ibadat qiamullail (bangun malam) sebelum fajar terbit.

Oleh demikian, untuk mengajak umat Islam supaya bermotivasi menunaikan solat Subuh, Must Read Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah buku bertajuk, 21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh yang dipetik daripada buku karangan dua ulama Arab Saudi iaitu Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid dan Syaikh Murid al-Khullab.

Bahagian pertama daripada buku ini merupakan terjemahan bab An-Nauman Shalati Fajr dalam buku Syakawa Wa Hulul karangan Syeikh Muhammad Shalih al-Munajjid. Bahagian kedua pula merupakan terjemahan daripada buku Maharat Amaliyyah lil Istaiqazh li Shalati Fajar tulisan Syaikh Murid al-Khullab.

Buku 21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh ini menampilkan beberapa petua bagi mereka yang culas menunaikan ibadat itu antaranya seperti posisi tidur dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW dan jangan tidur selepas waktu Asar dan Maghrib.

Buku ini dilihat mengajak umat Islam untuk produktif dengan tidur awal yang daripada sudut lain memberi tempoh rehat mencukupi kepada seseorang individu. Selain itu, bangun awal untuk menunaikan solat Subuh juga dilihat mendidik manusia produktiviti untuk melakukan persiapan sebelum keluar mencari rezeki.

Ibu bapa merupakan golongan sesuai dan digalakkan memilikinya jika berhadapan dengan anak-anak yang sukar untuk bangun menunaikan solat Subuh.

Para pembaca yang ingin mendapatkan buku berhalaman 119 muka surat dan berharga RM14.90 (Malaysia) dan RM17.90 (Sabah dan Sarawak) itu boleh mendapatkannya di pasaran berhampiran anda.

MEMASAK MENGGUNAKAN AIR

DAGING yang keras dan liat perlu dimasak dengan perlahan dan lama dengan air. Teknik ini dipanggil merebus dan hasilnya pasti daging akan menjadi sungguh lembut serta juadah bertambah enak. 

Puding karamel pula lebih sesuai di kukus atau dibakar kukus untuk mendapatkan tekstur puding yang lembap dan terbaik. 

Pemilihan jenis masakan yang betul sahaja akan membuatkan makanan itu jadi terbaik dan jika anda memilih teknik masakan yang salah atau tidak sesuai, maka hasilnya pasti tidak memberangsangkan. 

Minggu ini saya akan berkongsi beberapa jenis masakan yang menggunakan kelembapan. 

Terdapat pelbagai cara masakan yang menggunakan air atau kelembapan dan teknik masakan ini bergantung kepada jenis masakan yang ingin anda masak. Ini penting kerana ia merupakan elemen utama dalam seni masakan. 

Memasak dengan kelembapan adalah dengan menggunakan cecair sama ada daripada wap, air, stok atau sebarang jenis cecair lain.

Suhu untuk teknik memasak cara ini lebih rendah iaitu antara 70 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius berbanding daripada memasak menggunakan haba kering atau minyak. 

Ini kerana cecair hanya boleh mencapai suhu didih sahaja dan tidak boleh melebihi daripada itu. 

RAMAI ABAI PENGURUSAN MAKANAN

MAKAN kena pantang. Tak boleh makan nasi biasa, yang berkanji dan tinggi karbohidrat, tak boleh ambil banyak makanan manis, tinggi kandungan protein dan garam. 

"Jangan sampai terlebih ayam, ikan, daging, hati dan soya. Semuanya kena hati-hati kalau nak makan." "Kalau dah semua tak boleh, habis saya nak makan apa?" Itu antara keluhan yang sering ditimbulkan oleh kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Malah kebanyakan pesakit mengakui mereka lebih ditekankan mengenai apa yang tidak boleh dimakan berbanding apa yang boleh dimakan. 

Seharusnya panduan pemakanan yang sihat boleh membawa keseronokan dalam kehidupan pesakit dialisis untuk diamalkan dalam pengurusan pemakanan dan diet mereka. 

Atas keprihatinan itu membawa kepada pelancaran buku Resipi Pesakit Dialisis 2013" - buku resepi pertama HKL untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis, baru-baru ini. 

 

PLAK MENGANCAM GIGI MENJADI ROSAK

DR. FAIZ Khaleed yang juga Duta Senyuman Oral-B pada majlis pelancaran Kempen Oral-B 'Brush More, Smile More Malaysia 2012 di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. 
 
TAHUKAH anda bahawa nafas berbau, pereputan gigi dan gusi yang bengkak disebabkan oleh plak? Tapi masih ada yang tak tahu apakah itu plak. 

Plak ialah selaput melekit tidak berwarna dan dihasilkan bakteria yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Air liur, makanan dan cecair bergabung menghasilkan selaput ini yang melekat pada gigi serta di antara permukaan gigi dan gusi. 

Pembentukan plak boleh menyebabkan gigi kotor dan juga faktor utama penyakit gusi. Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut sempurna. Plak juga mampu menyebabkan kaviti yang akan melemahkan gigi. 

Satu kajian yang dilakukan oleh syarikat Nielsen untuk Oral-B menunjukkan rata-rata rakyat Malaysia tidak tahu kepentingan penjagaan kesihatan mulut yang sempurna. 

Dalam kajian menerusi kempen Oral-B Brush More, Smile More Malaysia 2012 oleh Nielsen itu juga mendapati, 93 peratus responden bersetuju bahawa nafas yang segar membina keyakinan diri manakala 78 peratus bersetuju bahawa mereka akan berasa kurang yakin sekiranya mengalami masalah pereputan gigi.
Dalam pada itu, 81 peratus responden pula akan mengawal ketawa mereka sekiranya memiliki gusi yang bengkak atau nafas yang berbau (78 peratus). 


Saturday, March 30, 2013




18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.


2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah


3. Meninggikan suara dalam bilik air


4. Menangis dan merintih sebelum tidur


5. Membuang air panas ke dalam bilik air


6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah


7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan


8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan


9. Selalu bertengkar suami isteri


10. Terlampau marah


11. Mengikut hawa nafsu


12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah


13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir


 14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek


16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir


17. Jin jatuh cinta pada manusia


18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.


Friday, March 22, 2013

MITOS PEMAKANAN SIHAT

Seperti yang anda sudah ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong

Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.
Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, meniral, cecair dan serat.

3. Tidak mengambil sarapan pagi

Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.

4. Diet rendah karbohidrat

Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.

5. Makan apa saja yang anda mahu

Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. Kalori tidak mencukupi

Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 - 2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.

7. Kurang minum

Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.

Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda - kepada yang lebih baik.

AMALAN KESIHATAN MENGIKUT ISLAM


 Gambar: AMALAN KESIHATAN MENGIKUT ISLAM - PANDUAN DARI AL-QURAN

Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan ini:

1.Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul.Orang yang mandi pagi kebanyakannya mempunyai badan yang tidak gemuk.

2.Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.Mujarabnya insyaAllah dijauhkan penyakit.

3.Waktu sembahyang subuh disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak sakit pening atau migrain.Ini terbukti para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud.saintis menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.dengan bersujud,darah akan mengalir ke rruang berkenaan.

4.Dalam kitab juga,ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.ini terbukti oleh saintis yang menemui dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala ikan mengandungi ion negatif. jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan,maka terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus.

5.Rasulullah SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan apabila habis hendaklah menjilat jari.saintis telah menjumpai bahawa enzim(sejenis alat oencerna makanan) banyak terkandung di celah jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur..

Allahu a'lam..

SILA SHARE UNTUK  KEBAIKKAN SEMUA~~~

AMALAN KESIHATAN MENGIKUT ISLAM - PANDUAN DARI AL-QURAN

Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan ini:

1.Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul.Orang yang mandi pagi kebanyakannya mempunyai badan yang tidak gemuk.

2.Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.Mujarabnya insyaAllah dijauhkan penyakit.

3.Waktu sembahyang subuh disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak sakit pening atau migrain.Ini terbukti para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud.saintis menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.dengan bersujud,darah akan mengalir ke rruang berkenaan.

4.Dalam kitab juga,ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.ini terbukti oleh saintis yang menemui dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala ikan mengandungi ion negatif. jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan,maka terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus.
5.Rasulullah SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan apabila habis hendaklah menjilat jari.saintis telah menjumpai bahawa enzim(sejenis alat oencerna makanan) banyak terkandung di celah jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur..

Wallahualam!!!

RAWATAN ALTERNATIF NO: 1 DI MALAYSIA


Tips kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh dan mahumahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti:-
  
1. Bersenam @ beriadah

2. Mengawal makanan

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "0" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Insyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti berkesan)  

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:-

1. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasullullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).   

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepada yang tidak dipenuhi darah dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, ia dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.  

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzime sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 

Tekanan darah tinggi (hipertensi)

Bagaimana tekanan darah tinggi ditakrifkan? Kategori sistolik/diastolik pengesyoran. Normal kurang daripada : 130/85 - Periksa semula dalam 2 tahun.

Normal tinggi:  130 -139/85 - 89 - Periksa semula dalam masa 1 tahun: ubah gaya hidup

Thursday, March 21, 2013

PERANAN LEMAK BERBEZA

Ini ilmu baru bagi penulis. Tidak pernah penulis tahu masakan seharian juga perlu menggunakan minyak berbeza untuk menaikkan rasanya kecuali bagi nasi atau lauk-pauk tertentu; malah lidah yang tidak terlatih ini tidak dapat membezakan rasa seperti yang diberitahu teman tadi.

Bagaimanapun soal rasa itu soal kedua dan ia bergantung kepada cita rasa seseorang. Yang lebih penting ialah, adakah minyak pilihan anda itu sesuai dengan kaedah memasak kerana ia memberi pengaruh besar terhadap kesihatan, kata Pengurus Pemakanan Hospital Assunta, Ho Shiau Fen.

Isu penggunaan lemak dan kebimbangan terhadap kesan negatif lemak sudah lama dibincangkan. Bagaimanapun bukan semua lemak itu berbahaya dan ia mempunyai peranan tersendiri yang sangat penting.

Lemak memberi badan tenaga untuk berfungsi dengan baik, diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan rambut; membantu badan menyerap vitamin A, D, E dan K (dipanggil vitamin larut lemak).

Lemak akan memenuhi sel-sel lemak di bawah kulit bagi membantu memanaskan badan. Selain itu lemak berperanan penting untuk perkembangan otak, mengawal keradangan dan pembekuan darah.

Tidak kira jenis minyak yang dipilih, semuanya adalah lemak. Lemak boleh dibahagikan kepada dua iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Klasifikasi ini dilakukan berdasarkan jumlah kandungan asid lemak tepu dan tidak tepu. Semua minyak, tidak kira semahal mana pun ia, tetap mengandungi lemak tepu tetapi dalam jumlah berbeza.

Amalan berpantang 100 hari


Ibu baru bersalin disaran agar berurut membuang angin dalam badan selain melancarkan semula perjalanan darah dalam tubuh.
Amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin amat diperlukan dalam memastikan keadaan kesihatan ibu kembali mantap selepas melahirkan anak.

Selalu kita mendengar amalan penjagaan ibu selepas bersalin perlu mengamalkan 'sistem' berpantang terutamanya dalam jangka masa 44 hari.

Namun menurut pemilik D Hazz Beauty and Health Salon yang terletak di Desa Tasik, Kuala Lumpur, Hasnah Lazim, biarpun jangkamasa tempoh berpantang yang 'diwajibkan' adalah 44 hari tetapi sebaik-baiknya dilanjutkan sehingga ke 100 hari.

LEMAK TEPU DAN LEMAK TIDAK TEPU

Lemak tergolong dalam dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu serta kebanyakan lemak merbahaya kepada kesihatan tubuh manusia. 
 
Lemak tepu: Ia adalah lemak yang diperoleh daripada haiwan dan ia beku pada suhu bilik; contohnya mentega, keju, minyak sapi dan lemak pada daging
 
Lemak tidak tepu: Lemak jenis boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak moto tak tepu dan asid lemak trans. Pada suhu bilik, ia berada dalam keadaan cecair.
 
Lemak tepu mahupun tidak tepu sangat ditakuti oleh orang ramai terutama mereka yang mengalami obesiti dan salah satu punca kegemukan adalah disebabkan pengambilan lemak yang berlebihan.

Makanan seperti ini mengandungi banyak lemak

Tuesday, March 19, 2013

KHASIAT BUAH-BUAHAN

Khasiat buah epal dan fakta kesihatan KHASIAT BUAH EPAL: Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatka pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

FAKTA KESIHATAN: - Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat. - Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah. - Membantu kesihatan membran paru-paru. - Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang. - Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah. - Membantu mengekalkan berat badan.

* dikhabarkan khasiat buah epal ini boleh membantu 'melawan' jangkitan penyakit selesema babi (H1N1).

 Khasiat buah tembikai:


  • Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C
  • Kaya dengan asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain
  • Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masaalah kulit.
  • Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan, memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan
  • Jus tembikai boleh membantu menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh
  • Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
  • Memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus menghindarkan penyakit.I

Ibnu Abbas berkata, "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi sebagai pewangi pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Sunday, March 17, 2013

KEBURUKAN KACANG SOYA

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik tidak diambil, sebaliknya kita sogokkan oleh musuh islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi putrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) dikalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak. 

 

KAWIN KURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG?????

SATU kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Finland, Januari lalu, menunjukkan bahawa individu yang tidak pernah berkahwin bakal meningkatkan risiko diserang sakit jantung sama ada lelaki mahupun wanita tidak kira berapa usia mereka.

Kajian terhadap sekumpulan penduduk di Finland itu dilakukan khususnya dalam kalangan pasangan pertengahan umur yang telah berkahwin.

Didapati kehidupan golongan itu lebih baik dari risiko terkena serangan jantung sama ada sebelum atau selepas dimasukkan ke hospital juga rendah.

Kajian tersebut disiarkan dalam European Journal of Preventive Cardiology baru-baru ini yang mana itu merupakan data-data yang telah didaftarkan berasaskan FINAMI Myocordial Infarction dari tahun 1993 sehingga 2002. 

Kajian berkenaan melibatkan maklumat orang ramai yang berusia 35 tahun ke atas di empat kawasan geografi di Finland.

Dalam satu keadaan yang dikenali sebagai Sindrom Jantung Akut (ACS), pengarangnya berkata, sasaran pihaknya adalah menjalankan kajian berdasarkan ramalan terhadap ACS yang dikaitkan dengan sosio-karakteristik demografi, status perkahwinan dan saiz isi rumah. 

Pendaftaran itu juga merekodkan lebih 15,300 kes ACS direkodkan dalam jangka masa 10 tahun iaitu lebih separuh (7,703) daripada penghidapnya akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari.
Keadaan ini menimpa kebanyakan lelaki dan wanita secara sama rata. Bagaimanapun analisa ini juga menunjukkan standard umur insiden kes ACS dianggarkan 58-66 peratus lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang tidak berkahwin. 

PENTING MENJAGA KESIHATAN HATI


 
Sirosis iaitu parut kekal pada hati menyebabkan organ tersebut gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan. 
 
Makanan berminyak, makan lewat malam, kurang bersenam, minum arak dan merokok adalah antara tabiat kurang sihat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sehingga menjejaskan kesihatan mereka. 

Hakikatnya semakin ramai rakyat Malaysia kini mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kegemukan, diabetes (kencing manis), hati berlemak dan masalah lain. 

Memandangkan taraf sosioekonomi negara kian meningkat seiring usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, satu perkara yang semakin dibimbangkan ialah ukur lilit pinggang penduduknya yang semakin besar. 

Keadaan ini amat mencemaskan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah untuk menentang penyakit gaya hidup dalam Bajet Negara 2013.

Para profesional tentang penjagaan kesihatan telah mengenal pasti empat risiko tingkah langkah utama iaitu kurang bersenam, diet kurang sihat, merokok dan pengambilan alkohol akan menyebabkan rakyat negara ini semakin terdedah kepada Penyakit Tidak Berjangkit (PTB).

Menurut Laporan Status Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai NCD 2010, daripada 57 juta kematian global pada 2008, 36 juta atau 63 peratus adalah disebabkan oleh PTB.

Rantau Asia Tenggara (SEA) ialah antara rantau yang mencatatkan peningkatan tertinggi PTB.

Satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan yang tidak disedari ramai orang kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk badan yang sihat ialah kesihatan hati. 

Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang.
Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan.

Hati pada asasnya merupakan organ yang penting kepada kehidupan. 

Bagaimanapun, fungsi fisiologi yang dilakukannya tidak dilihat atau dirasai sehinggalah hati dibelenggu masalah atau penyakit.

JANGAN TANGGUH RAWATAN

DUA daripada 10 orang pernah mengalami penyakit kemurungan pada satu-satu masa dalam hidup mereka. Bezanya adakah mereka sembuh dengan sendirinya (spontaneous recovery) atau dengan rawatan.

Bagi yang kurang bernasib baik, penyakit ini akan menghilangkan senyuman daripada wajah penderita dan merampas kualiti hidup mereka secara perlahan-lahan. 

Tidak kurang juga ada yang benar-benar kecewa sehingga sanggup menamatkan riwayat sendiri.

Kemurungan menjejaskan fungsi minda dan tubuh badan. Kemurungan boleh membuat jiwa seseorang rasa kosong dan tidak bermakna. 

Mereka tidak lagi mampu menikmati kegembiraan dalam membuat sesuatu perkara walaupun dahulunya mereka begitu girang semasa melakukannya.

Selera makan berubah. Begitu juga dengan corak tidur. Pesakit mudah meradang dan sentiasa kelihatan resah gelisah. Mereka kerap berfikir tentang perkara-perkara negatif. 

Bagi pekerja profesional, mereka keletihan di siang hari dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugasan. Kadangkala ia diselang-seli dengan keinginan membunuh diri.

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, jangan tunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Jangan juga menunggu penyakit anda sembuh dengan sendirinya. 

Tuesday, March 5, 2013

CARA MELANGSINGKAN BADAN

Info kesehatan kali ini akan membahas bagaimana cara melangsingkan badan dengan cepat dan sehat. Berat badan selalu menjadi kendala bagi kita semua, khususnya kaum wanita yang senangtiasa mengeluh akan berat badan yang semakin hari semakin berat timbangannya. Karena sebagian besar berpendapat bahwa berat bedan menunjang kecantikan seseorang wanita. Kendala berat badan tersebut semuanya bisa diatasi asalkan kita mau berusaha.

Nah, info kesehatan akan memberikan 7 tips cara melangsingkan badan:

1. Biasakan Minum Teh
Teh dapat mengurangi timbangan berat badan anda, karena didalam teh mengandung catechin, antioksidan yang berguna mempercepat pembakaran kalori. Dan biasanya teh yang banyak mengandung catechin tertinggi adalah terdapat pada teh hijau dan teh putih. Dengan mengasup catechin dengan jumlah tertinggi berat badannya akan cenderung berkurang selama 14 tahun.

2. Memilih Makanan Rumahan
Pola makan yang sehat merupakan faktor utama dalam menunjang berat anda. Sebaiknya untuk tidak selalu makan dirumah cepat saji, bukannya tidak boleh tapi alangkah baiknya untuk memperhatikan apakah makanan yang disediakan baik untuk kesehatan tubuh kita. Saya sarankan untuk mencoba menu hidangan ala dapur orang jepang, yang banyak menyajikan masakan dari ikan, sayuran, nasi, kedelai, mie, teh dan buah. Mereka mengolahnya dengan cara yang sederhana dan menyehatkan badan kita.

3. Jangan Tinggalkan Sarapan
Dengan rutin sarapan dan teratur bisa mendorong metabolisme sehingga menyebabkan Anda mengurangi produksi enzim yang meningkatkan kolesterol. Bahkan orang yang senangtiasa sarapan akan cenderung memiliki lingkar pinggang 5 cm lebih kecil dari pada mereka yang malas sarapan.

4. Nikmati Makanan Anda
Cobalah untuk tidak makan terlalu buru-buru. Usahakan untuk menikmati makanan anda karena akan membantu anda untuk tetap kurus. Dan jangan juga makan sambil menonton TV karena dapat mengganggu kosentrasi Anda dalam mencicipi hidangan yang lezat.

TANDA-TANDA MELAHIRKAN

Tanda-tanda melahirkan sangat perlu untuk diketahui bagi para ibu hamil. Apalagi para ibu yang usia kandungannya sudah memasuki bulannya. Maka itu kita harus mengetahui tanda-tanda melahirkan supaya kita dapat mengantisipasi sebelum terjadi yang tidak diinginkan.

Tanda-tanda melahirkan merupakan isyarat bahwa proses melahirkan sudah hampir terjadi, dengan demikian kita harus cepat-cepat ke rumah sakit persalinan untuk ditangani oleh dokter maupun bidan.

Pada umumnya, pada saat ibu ingin melahirkan ditandai dengan kontraksi atau terjadi kejang di bagian perut. Kontraksi ini disertai dengan sakit dipinggang dan paha serta rasa mulas. Kontraksi akan muncul dan hilang secara teratur dengan frekuensi makin lama makin meningkat. Intensitas kontraksi merupakan istilah yang menunjukkan ukuran membukanya jalan lahir, yang diukur dengan jari atau centimeter. Pembukaan jalan lahir ini mulai dari pembukaan 1 sampai pembukaan 10.

Berikut ini beberapa tanda-tanda melahirkan yang pada umumnya dialami para ibu hamil.
  • Terjadinya kontraksi secara terus menerus hingga bayi lahir yang disertai dengan rasa sakit, kejang atau nyeri yang semakin lama semakin meningkat. Rasa sakit yang dirasakan dimulai dari bagian atas rahim hingga bagian bawah tulang kemaluan. Dan biasanya kontraksi ini akan hilang dan datang lagi secara teratur. Jika kontraksi terjadi setiap kisaran 5 menit, itu berarti kalau bayi dalam perut siap untuk dilahirkan.
  • Dibagian kemaluan akan mengeluarkan lendir dan darah yang diakibatkan dorongan bayi pada saat kontraksi yang membuka mulut rahim.
  • Dengan terjadi dorongan pada saat kontraksi mengakibatkan pula ketuban pecah dan mengeluarkan cairan jernih, putih kekuningan dalam jumlah banyak. Tapi perlu anda ketahui bahwa tentang adanya kontraksi palsu, yang bukan merupakan pertanda akan melahirkan. Kontraksi palsu ini biasanya bertujuan untuk menyiapkan mulut lahir untuk membesar dan meningkatkan aliran darah di dalam plasenta (ari-ari).

Itulah tadi beberapa tanda-tanda melahirkan secara umum. Semoga info yang kami berikan dapat memberikan masukan atau solusi bagi ibu hamil yang melahirkan buah hatinya. Tak ketinggalan, mungkin ada baiknya anda juga membaca artikel ini tentang diabetes melitus.

KEGUNAAN MENGKUDU

Kalau sudah mendengar dengan buah mengkudu, maka anda berpikir dengan baunya tak sedap, rasanya yang tidak mengenakkan. Tapi buah mengkudu ini dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit seperti sakit kuning, influenza, demam, hipertensi, sakit perut, batuk, dan menghilangkan sisik pada kaki. Ada beberapa manfaat mengkudu yang bisa anda buat untuk beberapa penyakit sebagai berikut.

Untuk Sakit Kuning
Siapkan 2 buah mengkudu yang sudah masak dan 1 potong gula batu. Caranya buah mengkudu diperas lalu ambil airnya, lalu campurkan dengan madu aduk sampai merata dan saring. Minum dan diulangi dua kali sehari.

Demam (Masuk Angin dan Influenza)
Rebus satu buah mengkudu dan satu rimpang kencur dengan dua gelas air, masak hingga mendidih dan menyisakan 1 gelas saja, lalu saring. Minum dua kali sehari pagi dan sore.

KANKER SERVIKS DAN CARA MENCEGAHNYA

Info Kesehatan kali ini berbicara mengenai Kanker Serviks. Kanker serviks adalah penyakit kanker yang terjadi pada leher rahim, yaitu daerah organ reproduksi wanita yang merupakan pintu masuk ke arah rahim. letaknya antara rahim (uterus) dengan liang senggama wanita (vagina).

Sama halnya dengan kutil kelamin, kanker ini 99,7% disebabkan oleh human papilloma virus (HPV) onkogenik, yang menyerang leher rahim. berawal terjadi pada leher rahim, apabila telah memasuki tahap lanjut kanker ini bisa menyerang ke organ - organ lain di seluruh tubuh penderita. Selain disebabkan oleh virus HPV, sel - sel abnormal pada leher rahim juga bisa tumbuh akibat radiasi atau pencermaran bahan kimia yang terjadi dalam jangka waktu cukup lama.


Gejala awal kanker serviks tidak mudah diamati, itu sebabnya, anda yang sudah aktif secara seksual amat dianjurkan untuk melakukan tes pap smear, setiap dua tahun sekali. gejala fisik serangan penyakit ini pada umumnya hanya dirasakan oleh penderita kanker stadium lanjut, Gejalanya adalah:
  1. Munculnya rasa sakit dan pendarahan saat berhubungan intim (contact bleeding)
  2. Keputihan yang berlebihan dan tidak normal
  3. Pendarahan di luar siklus menstruasi
  4. Penurunan berat badan drastis
  5. Apabila kanker sudah menyebar ke panggul, maka pasien akan menderita keluhan nyeri punggung juga hambatan dalam berkemih serta pembesaran ginjal
Adapun cara mencegah kanker serviks ini yaitu:
  1. Tidak berhubungan intim dengan pasangan yang berganti - ganti
  2. Rajin melakukan pap smear setiap dua tahun sekali bagi yang sudah aktif  secara seksual
  3. Melakukan vaksinasi HPV bagi yang belum pernah melakukan kontak secara seksual
  4. Memelihara kesehatan tubuh

Bagi anda yang ingin informasi tentang sakit maag bisa anda dapatkan di blog ini. Terima kasih atas kunjungan mudah-mudahan informasi yang kami berikan bermanfaat bagi semuanya.

MANFAAT AIR KELAPA


Manfaat Air Kelapa - Banyak jenis air dari buah yang bisa kita konsumsi namun tidak semua mengandung obat. Air kelapa misalnya, selain efek kesegaran mengusir dahaga juga mengandung elektrolit alami yang sangat baik untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang. Apalagi pada saat sekarang dengan cuaca yang sangat panas sehingga orang-orang mengonsumsi air kelapa muda untuk memulihkan cairan dalam tubuhnya.

Manfaat air kelapa sungguh sangat tidak kita duga. Air kelapa yang biasa kita  buang jika kita hanya bermaksud mengambil buahnya saja tenyata memiliki manfaat yang luar biasa. Berikut 8 manfaat air kelapa sebagai berikut:
  1. Air kelapa banyak dikonsumsi sebagai minuman elektrolit mengandung natrium, kalium, kalsium dan magnesium.
  2. Air kelapa bergizi dan sehat bagi tubuh karena rendah lemak dan kalori, sehingga mencegah dari kelebihan berat badan.
  3. Segelas air kelapa dalam proses pencernaan memberikan bantuan dari peradangan dan keasaman. Hal ini dikarenakan air kelapa memiliki asam laurat yang menyembuhkan gangguan pencernaan saluran.
  4. Air kelapa tidak hanya menyegarkan, tapi juga memberikan efek pendinginan untuk tubuh Anda dan saluran pencernaan. Sistem kerja pada lambung dapat menyebabkan peradangan dan ini dapat disembuhkan dengan air kelapa. Ini juga mengontrol suhu tubuh.
  5. Air kelapa juga dikenal sebagai minuman isotonik karena merehidrasi tubuh. Jadi, teguklah dua hingga tiga gelas air kelapa saat tubuh Anda dehidrasi.
  6. Salah satu manfaat kesehatan terbaik dari air kelapa itu rendah gula yang membuatnya menjadi minuman bergizi bagi pasien jantung dan diabetes. Hal ini juga membantu dalam penurunan berat badan.
  7. Ini adalah minuman energi dengan enzim bioaktif yang meningkatkan metabolisme Anda dan meredakan rasa lelah. Manfaat air kelapa pada sistem pencernaan seperti membersihkan racun dari tubuh.
  8. Air kelapa adalah obat alami untuk menyembuhkan infeksi urin. Hal ini tentu berlaku  pada kesehatan ginjal dan batu uretra.
Selain itu ada juga yang memanfaatkan air kelapa muda untuk ibu yang sedang hamil katanya bila rajin minum air kelapa muda terutama di trimester ketiga kehamilan maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya, dan bening matanya. Air kelapa bagus juga buat penderita rematik dan stroke.

Air kelapa bisa juga untuk mengatasi obat luka bakar. Caranya air kelapa muda dicampur dengan sejumput bubuk kunyit dan air kapur sirih dalam ukuran sama. Air kelapa tidak hanya bermanfaat jika diminum tetapi juga penting bagi kesehatan kulit, seperti kulit yang kering. Manfaat air kelapa selain diminum adalah dapat untuk mengobati luka, telapak kaki pecah-pecah, bahkan eksim. Caranya yakni dengan membuat obat oles yang terbuat dari beras dan air kelapa. Untuk membuatnya sangat mudah sediakan kira-kira segenggam beras, lalu rendamlah beras tersebut dalam air kelapa muda bersama tempurungnya sampai beras terasa asam karena peragian, lalu beras ditumbuk hingga halus.

Cara pakainya yaitu dengan cara mengoleskan tepung beras tersebut pada bagian yang sakit secara rutin setiap hari selama 3-4 hari. Untuk mengobati luka bakar caranya air kelapa muda dicampur dengan sejumput bubuk kunyit dan air kapur sirih dalam ukuran sama gunakan ramuan tersebut pada yang sakit. Obat alami ini bisa menghilangkan rasa panas pada telapak kaki dan tangan, sedangkan untuk kulit muka air kelapa bisa untuk mengatasi jerawat caranya yaitu dengan mencuci muka setiap hari secara kontinu dengan air kelapa. Selain bisa untuk menyembuhkan jerawat bisa juga untuk mengatasi noda-noda hitam, kerutan pada wajah, kulit kering, dan wajah bisa tampak menjadi berseri.

Wah, tak disangka buah yang sering banyak kita jumpai ini ternyata memberikan manfaat yang luar biasa bagi kesehatan kita, bahkan bisa menyembuhkan rasa sakit maag kita.

PISANG UNTUK KECANTIKAN

Manfaat Pisang Untuk Kecantikan - Untuk mendapatkan kulit wajah yang halus dan mulus memang agak susah-susah gampang. Tapi apabila kita sudah mendapatkan cara praktisnya, kulit wajah yang cantik alami bukan hanya menjadi impian, melainkan bisa kita miliki secara nyata.

Alternatif yang paling baik untuk perawatan kulit wajah adalah dengan menggunakan bahan-bahan alami. Karena cara ini telah terbukti efektif dalam memberikan hasil yang baik dan memuaskan tanpa efek samping. Dan juga sangat mudah didapatkan disekitar kita.

Banyak bahan alami yang dapat dijadikan sebagai perawatan kulit baik itu dijadikan sebagai lulur, masker, pelembab dan lain sebagainya. Dan salah satunya adalah buah pisang. Pada postingan sebelumnya Info kesehatan menulis artikel Manfaat Pisang secara umum, nah kali ini kami memberikan bagaimana cara pengolaan buah pisang untuk kecantikan.

Cara pengolaan buah pisang untuk kecantikan caranya, sediakan terlebih dahulu pisang ambon dan madu murni. Kemudian bahan ini akan dijadikan sebagai masker untuk melembabkan kulit wajah. Setelah itu sisihkan kulit pisangnya saja, kita hanya menggunakan bagian dalamnya saja dengan cara digosok-gosokkan keseluruh tangan dan kaki.

MANFAAT KAYU MANIS

Kayu manis telah lama menjadi bumbu masak populer baik untuk kue maupun jenis masakan lainnya. Penelitian telah menemukan bahwa kayu manis tidak hanya membuat masakan jadi lezat tapi juga memberikan manfaat kesehatan bagi yang mengkonsumsinya.

Berikut adalah 10 Manfaat Kesehatan dari kayu manis yang mungkin membuat Anda ingin untuk memasukkannya ke dalam diet Anda setiap hari.

Turunkan Kolesterol 
Penelitian telah menunjukkan bahwa hanya 1/2 sendok teh kayu manis per hari dapat menurunkan kolesterol LDL.

Pengaturan Gula Darah 
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa kayu manis dapat memiliki efek regulasi pada gula darah, sehingga sangat bermanfaat bagi penderita diabetes tipe 2.

Pencegahan Kanker 
Dalam studi yang dipublikasikan oleh peneliti di Departemen Pertanian AS di Maryland, kayu manis mengurangi proliferasi sel leukemia dan limfoma kanker.

Anti-Pembekuan 
Kayu manis ini memiliki efek anti pembekuan pada darah.

Bantuan Arthritis 
Dalam sebuah studi di Universitas Kopenhagen, pasien yang diberi setengah sendok teh bubuk kayu manis dikombinasikan dengan satu sendok makan madu setiap pagi sebelum sarapan memiliki bantuan yang signifikan dalam nyeri arthritis setelah satu minggu dan bisa berjalan tanpa rasa sakit dalam waktu satu bulan.

Anti Bakteri 
Bila ditambahkan ke makanan, menghambat pertumbuhan bakteri dan pembusukan makanan, membuatnya menjadi pengawet makanan alami.

Kesehatan Otak
Satu studi menemukan bahwa kayu manis dapat meningkatkan fungsi kognitif dan memori.

Melawan Bakteri E. Coli 
Para peneliti di Kansas State University menemukan bahwa kayu manis melawan bakteri E Coli dalam jus yang tidak dipasteurisasi.

Tinggi Nutrisi 
Kayu manis adalah sumber besar mangan, besi, kalsium dan serat

Menghentikan Infeksi Jamur
Dalam beberapa penelitian, kayu manis telah menunjukkan kemampuan luar biasa untuk menghentikan infeksi jamur. 
 


Itulah tadi 10 manfaat kayu manis yang ternyata memiliki manfaat yang sangat luar biasa bagi kesehatan. Silahkan baca juga info mengenai bahaya penyakit kista.

MANFAAT DAUN PEPAYA


Sebelumnya info kesehatan pernah membahas tentang manfaat daun sirsak dan manfaat pepaya, maka kali ini info kesehatan akan membahas tentang manfaat daun pepaya. Daun pepaya memiliki banyak khasiat, jangan salah selain buahnya yang biasa anda konsumsi, maka begitu pula dengan daunnya yang dapat memberikan manfaat bagi kesehatan anda.

Berikut ini kami akan memaparkan beberapa manfaat daun pepaya, diantaranya adalah sebagai berikut:

Mencegah Penyakit Kanker
Kanker merupakan penyakit yang sangat ganas dan mematikan, jika tidak dicegah mulai sekarang maka akan membahayakan jiwa. Di dalam daun pepaya sendiri memiliki kandungan getah putih yang begitu banyak seperti susu (white milky latex) yang dapat dikembangkan sebagai anti kanker. Getahnya secara otomatis didapatkan pada saat anda mengkonsumsi daun pepaya, baik itu di masak atau dengan cara apapun.

Menstabilkan Tekanan Darah
Daun pepaya juga sangat bermanfaat bagi penderita tekanan darah tinggi. Karena daun pepaya memiliki fungsi sebagai pengontrol tekanan darah. Caranya cukup mudah, anda tinggal siapkan 5 lembar daun pepaya kemudian direbus atau dimasak dengan air setengah liter. Masak sampai airnya menyisakan 3/4. Biarkan sampai dingin kemudian diminum. Anda boleh mencampurnya dengan madu sebagai pelengkap atau pemanis.

Menambah Nafsu Makan
Bila anda memiliki masalah dengan tubuh yang kurus yang disebabkan karena kurangnya nafsu makan, maka solusinya adalah daun pepaya. Karena didalam daun pepaya memiliki kandungan yang dapat menambah nafsu makan. Caranya daun pepaya dihaluskan dengan cara diblender yang sebelumnya sudah dicampur dengan garam dan air hangat secukupnya. Setelah itu disaring dengan menggunakan penyaringan lalu air sudah disaring tersebut siap untuk diminum.

Menghilangkan Jerawat
Daun pepaya mempunyai khasiat sebagai solusi bagi mereka yang mempuyai jerawat yang membandel. Cara pembuatannya yaitu; petik 2-3 helai daun tua pepaya kemudian jemur sebentar sehingga daun tampak layu. Setelah itu daun yang sudah layu ditumbuk sampai halus. Hasil tumbukan diberi sedikit air (setengah sendok) dan oleskan pada bagian wajah yang terdapat jerawat sampai beberapa saat (sekiranya da neresap pada jerawat) setelah itu bilas dengan air bersih (jangan menggunakan pembersih wajah ataupun sabun untuk membersihkan ramuan tersebut dari wajah).

Dan masih banyak lagi manfaat daun pepaya lagi yang belum disebutkan. Apa yang disebutkan diatas hanya beberapa manfaat yang umum dialami oleh semua orang. Mudah-mudahan info mengenai manfaat daun pepaya memberikan pengetahuan bagi yang membacanya. Baca juga artikel lainnya mengenai penyakit kista.

CARA MENGHILANGKAN KOMEDO DI HIDUNG

Komedo merupakan masalah kulit bagi sebagian orang, kulit akan terlihat kusam akibat bintik-bintik hitam yang menempel di wajah khususnya dibagian hidung. Timbulnya komedo disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan kelenjar minyak yang berlebihan. Hal ini terjadi bila Anda tidak rutin membersihkan kulit wajah, sehingga sel-sel kulit mati menumpuk, dan minyak di permukaan kulit menutupi sel-sel kulit sehingga sel kulit tersumbat dan terbentuklah komedo pada wajah Anda.

Info kesehatan kali ini akan membahas tentang cara menghilangkan komedo di hidung, tapi ada baiknya kita mengetahui terlebih dahulu jenis-jenis komedo yang biasa menempel di wajah kita terutama di hidung.

Jenis komedo ada 2 yaitu:
  1. Blackhead (komedo yang terbuka) merupakan pori – pori yang membesar dan berwarnah hitam yang disebabkan oleh penyumbatan pori-pori kulit karena teroksidasi dengan udara. 
  2. Whitehead (Komedo yang tertutup) merupakan kulit yang tumbuh diatas pori-pori yang mengalami penyumbatan sehingga terlihat seperti tonjolan putih kecil-kecil pada kulit. 

Nah itulah jenis komedo yang sering terdapat pada sebagian wajah seseorang, Berikut adalah cara menghilangkan komedo secara Alami.

Cara menghilangkan komedo dengan menggunakan uap
Hadapkan wajah Anda di atas mankok atau wadah yang berisi air mendidih agar uap air menyentuh kulit wajah, tutup kepala Anda dengan handuk untuk mendapatkan uap yang maksimal. Uap tersebut akan membuka pori-pori kulit yang tersembat. Cara ini akan menghilangkan komedo sekaligus melembutkan kulit Anda.

Cara menghilangkan komedo dengan kulit jeruk
Campurkan kulit jeruk dengan air untuk membentuk pasta yang kental, setelah itu kulit jeruk yang sudah menjadi pasta tempelkan di daerah wajah yang terdapat komedo, biarkan hingga satu malam lalu bilas dengan menggunakan air bersih.

Cara mengghilangkan komedo dengan menggunakan putih telur
Kocok putih telur kemudian tambahkan 2 sendok makan madu segar lalu poleskan pada hidung atau wajah secara merata. Tunggu hingga menjadi kering selama ± 20-30 menit setelah itu bilas dengan air hangat, untuk hasil yang maksimal sebaiknya dipakai 1 minggu 2 kali.

Cara menghilangkan komedo dengan lidah buaya
Patahkan batang lidah buaya lalu oleskan lendirnya ke area hidung yang berkomedo. Lidah buaya ini berfungsi untuk menghaluskan kulit serta mempercepat proses penyembuhan kulit.

Cara menghilangkan komedo dengan air garam
Garam berguna untuk mengurangi minyak berlebih di wajah, dengan kata lain akan membantu mengurangi komedo. Mungkin cara ini agak aneh tapi jangan remehkan cara yang satu ini karena cara ini juga ampuh menghilangkan komedo. Caranya dengan mencuci wajah Anda sehari sekali dengan menggunakan air hangat yang telah tercampur dengan garam.

Berikut adalah Tips agar kulit wajah dan hidung kita terhindar dari komedo:
  • Sebelum memilih produk kecantikan yang akan Anda gunakan, sebaiknya kenali dulu tipe kulit Anda, apakah termasuk kulit normal, kering, atau bahkan berminyak. Karena komedo dapat muncul akibat pemakaian kosmetik yang kurang cocok bagi kulit wajah kita. 
  • Hindari makanan yang dapat memicu munculnya komedo diantaranya coklat, susu, durian, kacang tanah, telur, mete, keju, alpukat, gorengan, santan dan daging berlemak.