Tips kesihatan
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh dan mahumahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti:-
1. Bersenam @ beriadah
2. Mengawal makanan
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "0" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Insyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti berkesan)
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:- 1. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 2. Rasullullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepada yang tidak dipenuhi darah dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. 4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, ia dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzime sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Tekanan darah tinggi (hipertensi) Bagaimana tekanan darah tinggi ditakrifkan? Kategori sistolik/diastolik pengesyoran. Normal kurang daripada : 130/85 - Periksa semula dalam 2 tahun. Normal tinggi: 130 -139/85 - 89 - Periksa semula dalam masa 1 tahun: ubah gaya hidup |
|
Peringkat 2 - 160 - 179 / 100 - 109 - Penilaian perubahan, mulakan rawatan dalam masa sebulan.
Peringkat 3 - 180 - 209 / 110 - 119 - Penilaian perubahan - mulakan rawatan dalam masa semunggu.
Peringkat 4 - 210 / 120 dan lebi penilaian perubatan dan rawatan segera.
GEJALA GEJALA YANG BIASA
- Mengalami pitam
- Penglihatan kabur
- Berasa tegang tanpa sebarang sebab (stress)
- Muka menjadi kemerahan
- Hidung berdarah secara spontan
- Sakit kepada waktu pagi
- Telinga berdengung / berdesing
- Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
- Gayat tanpa sebab
Serangan Iskemia Sementara (TIA)
- "Strok kecil" yang datang sekejap sahaja dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
- Dalam masa 5 tahun, 35 % akan mengalami strok sebenar
- Sebab - Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi
- Kawal tekanan darah, 130 - 139 / 85 / 89 meningkatkan risiko strok 50 %
- Gejala, lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan/kaki - sebelaj/kedua belah, masalah percakapan/penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik,
2 JENIS STROK ASAS
"Strok trombik" (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yang membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simpton, badan lemah, lumpu, pertuturan terganggu, koma berpanjanran. "Strok Berdarah"
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simpton, darah tinggi, puncak ke 3 kematian adalah strok seleaps penyakit jantung kanser.
"Strok trombik" (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yang membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simpton, badan lemah, lumpu, pertuturan terganggu, koma berpanjanran. "Strok Berdarah"
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simpton, darah tinggi, puncak ke 3 kematian adalah strok seleaps penyakit jantung kanser.
AMALAN DIET
- Elakkan garam - kreatifkan dengan menukar herba/rempah ratus
- Elakkan makan daging proses: hot dog, burger, bebola daging
- Janagan makan sayur dalam tin
- Elak makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan segera
- Hadkan kafein, kopi dan rokok
- Jauhi bahan pegawet, pewarna dan perasa
- Awas lemak tersembunyil santan dalam kari, nasi lemak dan roti canai....
MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
- Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak
- Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
- Kekacang, soya, dal dan lain-lain
- Makanan tinggi kalium, kacang soya, ikan, ubi kentang dan pisang
- Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
- Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (brokoli, kubis......)
- Cara masakan rebus, kukus, panggang dan sesekali goreng
UBAH GAYA HIDUP
- Pil perancang
- Rokok
- Alkohol
- Ketegangan (stress)
- Amalkan senaman
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Anda keran diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Ia mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada andaaaaa. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik
- Terlalu berlebihan semasa makan
- Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga - Sabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandungi penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)
- Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya
- Kurang kesedaran dalam menajga kebersihan diri : Sabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua sebab bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepada ku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)
- Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor - Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)
No comments:
Post a Comment